IMPEMAS

logo impemas small

IMPEMAS atau Ikatan Mahabbah Pelajar Malaysia adalah persatuan yang menyatukan semua pelajar Malaysia yang di bawah tajaan kerajaan Kuwait , yang belajar di Kuwait.

Presiden sekarang ialah Abdussalam bin Muhamad Zainal Abidin.

Bilangan ahli terkini ialah 16 orang , seperti yang tertera dalam gambar di bawah :

ahli-impemas-09

Impemas diasaskan pada tahun 1995, mengikut satu sumber yang dipercayai, tetapi dikatakan ia telah wujud lebih lama daripada itu. Generasi-generasi awal Impemas masih berhubung sesama mereka, namun generasi selepas tahun 2000 dilihat tidak mempunyai hubungan yang mampan dengan generasi awal tersebut. Antara faktor yang menjadi penyebab mengapa terjadi sedemikian ialah tidak ada usaha yang jitu untuk menyatukan generasi kini dengan yang terdahulu.

Walau bagaimanapun, generasi selepas 2000 ini kebanyakannya adalah dari zon Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Jika kita ingin mengatakan bahawa faktor negeri adalah antara faktor utama mengapa tiada hubungan yang kukuh antara dua generasi itu, faktor ini tidak berasas sama sekali, kerana ramai juga generasi yang berasal dari Kelantan pada zaman terdahulu.

Usaha menyatukan semua generasi ini masih berjalan, dan diharap agar semua generasi, sebelum dan selepas 2000 akan bersatu dan mengenali antara satu sama lain, kerana mereka semuanya adalah generasi berpendidikan dari satu tempat yang sama iaitu Kuwait.

Blog IMPEMAS : http://www.impemas.blogspot.com