Kuiz Bahasa Arab SPM – Tingkatan 4 – Siri 01

Bismillah… sudah lama saya tidak menaip untuk menambah entri dalam blog ini… Ternyata telah lama bersawang dan belum sempat dibersihkan sawang-sawang tersebut…

Namun alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya kemaskini blog ini, dengan satu entri yang boleh dikongsikan kepada rakan-rakan guru yang mengajar Bahasa Arab SPM. Ini juga adalah entri pertama bagi tahun 2015, maka saya hadiahkan satu bentuk kuiz interaktif Bahasa Arab menggunakan Powerpoint.

Kuiz ini direka untuk menguji pengetahuan dan pemahaman para pelajar tingkatan 4 dan juga tingkatan 5 dalam 4 topik :

– Jenis-jenis khabar أنواع الخبر

– Sandaran الإضافة

– Perumpamaan التشبيه

– Hakikat dan kiasan الحقيقة و المجاز

Mari kita lihat apakah kandungan kuiz ini dan bagaimanakah menggunakannya….!! 😀

 

Muka Depan Kuiz Arab

Muka Depan Kuiz Arab

Setelah muka depan kuiz dibuka, dalam beberapa saat slaid tersebut akan terus maju ke slaid yang berikutnya, iaitu :

Taklimat Cara Permainan

Taklimat Cara Permainan

Tekan butang yang berwarna biru muda, bertulis :

هيا إلى المسابقة

anda akan dibawa ke slaid sementara, kemudian akan muncul slaid yang mempunyai bulatan-bulatan kecil seperti di bawah :

 

Papan Markah

Papan Markah

Slaid di atas adalah untuk kegunaan guru sahaja, dan hanya guru yang patut menekan butang-butang berwarna-warni tersebut untuk mengurangkan markah setiap kumpulan. Awas! Jangan tersilap tekan…

Pada awal permainan, tidak perlu tekan apa-apa di skrin tersebut, kecuali butang berwarna coklat tua untuk maju ke bahagian soalan.

إلى قائمة الأسئلة = bermaksud Ke Papan Soalan

Manakala butang coklat muda di sebelah kiri skrin adalah untuk menamatkan permainan.

 

Papan Soalan

Papan Soalan

Slaid di atas adalah untuk memilih soalan. Setiap kumpulan diberi peluang untuk memilih nombor soalan yang mereka inginkan. Guru-guru sila pastikan setiap kumpulan hanya menjawab 6 daripada 24 soalan, dengan perincian berikut :

– soalan nombor 1 hingga 8 (bahagian Jenis-jenis Khabar) = setiap kumpulan hanya jawab 2 soalan yang mereka pilih.

– soalan nombor 9 hingga 16 (bahagian Al-Idhafah) = setiap kumpulan juga hanya perlu pilih dan jawab 2 soalan.

– soalan nombor 17 hingga 20 (bahagian Tasybih) = hanya pilih satu soalan bagi setiap kumpulan

– soalan nombor 21 hingga 24 (bahagian Haqiqah wa Majaz) = hanya pilih satu soalan bagi setiap kumpulan juga

Di bawah adalah antaramuka (interface) bagi semua elemen dalam slaid untuk paparan soalan :

 

 

Paparan Soalan

Paparan Soalan

Apabila soalan telah dipaparkan, pengira masa akan bermula, dan setiap kumpulan hanya diberi 30 saat untuk menjawab. Jika betul, kotak jawapan akan bertukar menjadi hijau, manakala warna merah akan terserlah apabila jawapan salah telah dipilih.

Jika masa tamat, kotak hitam seperti dalam gambar di atas akan muncul bagi menandakan masa menjawab telah tamat.

Setelah selesai menjawab soalan, sila tekan

قائمة الدرجات

untuk meletakkan markah kumpulan yang baru sahaja menjawab soalan tadi. Kalau jawapan mereka betul, tak perlu tekan pada butang mengikut kumpulan masing-masing. Namun butang tersebut perlu ditekan jika : kumpulan tersebut tidak dapat menjawab atau tidak menjawab dengan betul.

Kesimpulannya, anda perlu biasakan dahulu bermain sendiri permainan Bahasa Arab ini sebelum menggunakannya dalam kelas masing-masing… Selamat mencuba ya….

بالتوفيق

Klik sini untuk download fail powerpoint di atas :

http://www.4shared.com/office/ECMQHtcNba/kuiz_arab_spm_t4_-_siri_01.html

 

Advertisements
This entry was posted in Bahasa Arab. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s