10 Fakta Tentang Kesihatan Menurut Islam

healthy-heart

Intipati Khutbah Jumaat @ Herbalife SPECTACULAR 2014
MIECC, Serdang, Selangor

Khatib : Ustaz Mus’ab (Mill Team)
Muazzin : Ustaz Sabran (GET)

================================================================

Tajuk : Islam dan kesihatan

Di sini diberikan 10 fakta berkenaan kesihatan menurut Islam, yang menunjukkan betapa pentingnya kesihatan seseorang itu dari segi agama :

1- Islam menjaga 5 perkara yang dipanggil Maqasid Syar’iyyah : agama, keturunan, nyawa, akal dan harta :
– Untuk menjaga nyawa, antara caranya ialah menjaga kesihatan badan dan mengelakkan perkara yang memudaratkannya.
2- Islam membenarkan rawatan-rawatan yang tidak melanggar prinsip syarak.
– Ada rawatan yang menjadi wajib jika memang diperlukan, ada yang sunnah dan ada juga yang harus.
3- Kesihatan adalah antara nikmat yang besar :
– Hadith : “Dua nikmat yang selalu manusia terpedaya (cth : dalam menghargainya) : kesihatan dan masa lapang.” – riwayat al-Bukhary no. 6412.
– Hadith : “Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara… antaranya masa sihatmu sebelum masa sakitmu.”
4-Islam anjurkan agar berdoa untuk kesihatan :
– Hadith Abbas r.a. : Nabi s.a.w bersabda padanya : “wahai Abbas, wahai bapa saudara Rasulullah , mintalah pada Allah kemaafan dan keafiatan di dunia dan akhirat.” – riwayat Tirmizi no. 3514
5-Islam melihat kelebihan orang mu’min yang kuat tubuh badan berbanding orang mu’min yang lemah :
– Hadith : “Orang mu’min yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding orang mu’min yang lemah”
6-Islam menyuruh umatnya mencari makanan yang halal dan baik (halalan toyyiban) :
– Ayat : “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi ini, yang halal dan baik (toyyib)” – surah alBaqarah ayat 168
7-Rasulullah s.a.w melihat bahawa salah satu bala kepada umatnya nanti ialah kekenyangan :
– Hadith : “Antara bala terbesar ke atas umatku ialah kekenyangan”.
– Hadith/Athar Sahabat : “Kami kaum yang tidak makan kecuali jika kami lapar, dan apabila kami makan, kami tidak makan hingga kenyang.
8-Akal yang sihat dapat diperolehi dengan penjagaan badan yang sihat :
– Kata pujangga Arab : “Akal yang selamat (sihat) datangnya daripada badan yang sihat”
9-Dalam Islam, terdapat pemakanan sunnah. Ada dua makna :
– Makan makanan sunnah : iaitu memakan makanan yang Nabi s.a.w suka makan seperti kurma, habbatus sauda’ dan madu. Makanan ini membantu menyihatkan badan, tetapi perlu juga penjagaan pemakanan yang seimbang.
– Pemakanan gaya sunnah : iaitu makan mengikut cara Nabi s.a.w seperti tidak kenyang, memilih yang sihat dan tidak berlebihan. (etika, bahan, kualiti dan kuantiti makanan)
10-Rasulullah s.a.w mengingatkan kita agar memberikan tubuh badan kita hak yang sepatutnya, seperti cukup rehat, cukup nutrisi dan cukup tenaga :
– Hadith : “Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu” .

NOTA : Tulisan ini adalah dari kefahaman pencatat, dan diadaptasi daripada khutbah tersebut. Insya allah akan update sumber bagi hadith-hadith tersebut.

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

One Response to 10 Fakta Tentang Kesihatan Menurut Islam

  1. satu maklumat yang bagus. kita perlu menjaga kesihatan diri kita agar selesa untuk beribadat kepada Allah dan selesa membuat kerja. sekarang ni banyak cara untuk menjaga kesihatan diri kita. shaklee ada supplement untuk mengekalkan kesihatan diri anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s