Gurindam 13 – pasca PRU13

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita peluang lagi untuk meneruskan kehidupan atas muka bumi ini, yang mana seluruh isinya adalah hak mutlak milik-Nya, bukan milik makhluk yang serba lemah dan tidak berkuasa. Jika zahirnya sepotong tanah itu adalah bak milik seorang hambaNya sekalipun, itu hanyalah satu istikhlaf Allah bagi hamba itu, yang bernama manusia.

Gurindam13
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, junjungan dan ikutan umat ini sepanjang zaman, dialah sebaik-baik pemimpin di dunia ini, yang telah dipilih oleh penciptaNya, yang Maha Berkuasa, dan Maha Bijaksana.
Setiap manusia adalah pemimpin, ia adalah pemimpin kepada dirinya, pada keluarganya, kaumnya, mungkin juga negaranya. Dan setiap dari mereka akan disoal di akhirat kelak tentang apa yang dipimpinnya.
Sempena dengan PRU 13 yang baru sahaja berlalu, saya ingin kongsikan sebuah gurindam ringkas, hasil inspirasi daripada sebuah karya hebat oleh Raja Ali Haji, iaitu Gurindam 12. Saya namakannya “Gurindam 13”.
Asalnya, gurindam ini hendak ditulis sebelum PRU, namun apakan daya tidak dapat meluang masa untuk menyempurnakannya. Terimalah gurindam yang tak seberapa ini, moga apa yang ditulis ada manfaatnya.
1
Barangsiapa membuang undi,
Pilih yang telus, ikhlas berbakti.
2
Semasa mengundi, izinkan yang layak,
Jangan dihalang, disoal kau kelak.
3
Berpada-pada kempen dijana,
Guna yang baik, bersih bicara.
4
Tika kau dengar khabar melewat,
Sabar, sebar lepas kau siasat.
5
Calon sang rakyat menjadi wakil,
Usah pula kau bongkak nan degil.
6
Jiwa yang luhur, calonnya bersih,
Calon berlumpur, eloklah disisih.
7
Kalau yang pimpin, tadbir saksama,
Pasti jelata undi yang sama.
8
Harapan rakyat jangan disia-sia,
Pilihanraya, amanah semua.
9
Jika kau menang, syukur-syukurlah,
Jika kau kalah, jangan menyalah.
10
Siapa yang menang, laksana janji,
Pihak yang kalah, terus berbakti.
11
Jaga sentiasa hukum bersaudara,
Jangan dicalar dek kejar kuasa.
12
Kaum yang mana, jangan dihina,
Kita kan sama satu negara.
13
Pilihan saudara penentu negara,
Bijak memilih, tanggung bersama……
– Qafmimra,  11 Mei 2013
Putrajaya
—————————-
P/s : bahasa yang umum lebih mudah dirangka gayanya, agar tidak disentuh mana-mana pihak khusus… Wallahu a’lam
Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s