(SAJAK) Kau Yang Jauh….

Kadangkala, perasaan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata…  tetapi ada kalanya, perasaan itu muncul dengan begitu mendalam, bahkan menghantar impuls pada benakku agar menulis satu puisi…..

Terimalah puisi ringkas dariku, khas buat Masjid Al-Aqsa tercinta…..

Baca hingga habis dengan menghayati perasaan dan sejarah…. kalau nak nilai bahasa pun boleh, tetapi bahasa yang ku gunakan ini tidaklah puitis mana….

KAU YANG JAUH

oleh : Qafmimra

Kau yang jauh, nun di sana….
Lahirmu genap Al-Haram dewasa…
Jasadmu dijejak sebaik manusia…
Selawat ke atasnya,di dalammu solatnya…
Mendepani anbiya’, lalu ke sidratul muntaha..

Ku lihat peta, berkudis mata,
Ingin dipadam memori jelata,
Agar tidak kau muncul dinyata,
Walau apa cara dicipta…..
Kau yang jauh, takkan dilupa,
Kau bertiga, sabda Baginda…
Masjid Al-Haram, kanda yang setia,
Masjid Nabawi, dinda yang perkasa…..
Masjid – hamparan sujud, itu maknanya…
Yang Jauh, kau tanya ? Itulah Al-Aqsa!!!

Kau qiblat Islam pertama…
Hadirmu di kalbu umat manusia..
Kau milik Allah yang Esa,
Kau bukan boneka sang hina….

Suburmu di bumi berkat, sentiasa…
Dijirus nyawa pahlawan berjasa..
Mahar itu mahal tak dirasa….
Kau bukan binaan biasa….

Kau yang jauh, dekat ku rasa…
Akhir zaman makin terasa…
Teguh beriman, bak genggam bara…
Takkan dihempas, semangat membara…
Panasnya bara, bukan dalihnya…
Iman di jiwa, jihad dalilnya….

Andai langkahku tidak laksana,
Langkah ke bumi Al-Aqsa tercinta…
Andai jodoh tidak bersua…
Wahai sahabat, ku kirim pelita…
Pelita ruh perjuangan wibawa…
Buat suluhan pejuang bernyawa..

Hapus dan roboh, mereka cita…
Khuatir muncul Umar kedua?
Bimbang Salahuddin datang, merdeka ?
Takkan musnah warisan anbiya….
Takkan hilang Al-Aqsa di dunia…!!

Kau yang jauh…. nantikan hamba!!!!

tamat dinukil pada 18 Nov 2011

———————————————————

p/s : Mohon baiki jika ada salahnya….

p/s : Alhamdulillah, dapat juga update blog yang sudah bersawang seperti siling rumahku…..

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku, Karya and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s