Kuiz Sirah Nabawiyyah 1432H – bahagian 1

Alhamdulillah…. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Yang mencipta langit dan bumi. Yang mengutuskan para Nabi dan Rasul bagi memimpin umat manusia di muka bumi ini menuju rahmat dan redhaNya.

Selawat dan Salam yang paling sempurna buat junjungan besar kita Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wa sallam, pemimpin umat, teladan sepanjang zaman, kekasih Allah. Alangkah indahnya jika dapat menatap wajahnya. Alangkah indahnya jika dapat mengucup tangannya. Alangkah indahnya jika dapat menjadi umatnya yang diredhai. Alangkah indahnya jika cinta padanya mekar sentiasa…. Allahumma solli ‘ala Muhammad…

Aku ingin berkongsi satu kuiz keilmuan berkaitan Sirah Nabi s.a.w kekasih Allah…. Sirahnya yang amat hebat bukanlah hanya untuk dibaca, malah untuk dihayati dan diambil pengajaran dalam kehidupan kita… Moga Allah menerima usaha yang kerdil ini untuk mengingatkan umat Nabi Muhammad s.a.w. kepada sirahnya..

Intro kuiz :Kuiz Sirah Nabawiyyah 1432H


Kuiz ini ada 30 soalan sirah, dan ini hanya bahagian 1. Bahagian 1 meliputi perjalanan sirah Nabi Muhammad s.a.w. dari sebelum kelahiran Baginda s.a.w sehingga tempoh awal kerasulan. Insya allah akan ada bahagian 2 dan seterusnya.

Kuiz ini ku buat sempena mengingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Aku bukanlah seorang yang bijak mengarang kata-kata buat kekasih Allah. Namun ku gunakan apa yang mampu dari pengetahuanku untuk membuat satu kuiz ilmuan – insya allah ada manfaatnya pada pembaca blog ini.

Jika anda pernah mencuba Kuiz Ramadhan 1431H yang ada di blog ini, maka cara menggunakannya adalah hampir sama, kecuali pada kali ini aku tidak meletakkan Pokok Masa untuk menetapkan masa, tetapi jika anda lupa atau tak tahu jawapannya, silalah berselawat ke atas Nabi s.a.w dan sekiranya perlu, rujuklah mana-mana buku sirah yang mu’tabar.

Mari lihat beberapa paparan skrin kuiz ini.

Skrin taklimat bagi kuiz ini

Ini pula skrin bagi menu utama. Klik pada nombor yang ada untuk ke soalan yang berkaitan. Setiap nombor yang diklik akan ditandakan dengan warna biru gelap.

Skrin menu utama

Dan apa yang istimewa juga pada kuiz kali ini ialah aku telah sertakan sedikit info tambahan bagi jawapan yang betul. Moga dapat memberi lebih manfaat kepada semua, insya allah. Sila lihat contoh yang diberi.

Skrin soalan

Skrin soalan : jawapan yang salah ditandakan dengan warna merah, manakala yang betul akan jadi warna hijau dan satu kotak dengan info tambahan akan muncul.

Kuiz ini juga diharap akan menggalakkan anda untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Insya allah, jika tamat kuiz ini, lebih 30 kali selawat telah diucapkan…

Jika anda berminat untuk mencuba, silalah download failnya di sini : kuizsirah1432h.4shared.com
atau kuiz sirah 1432H – bahagian 1.pps

Semoga anda terhibur dengan ilmu sirah Nabi s.a.w. yang banyak sekali diabaikan oleh sebahagian umatnya.

Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala aalihi wa sohbihi wa barik sallim…

———————————————————————————

p/s : Jika anda ingin mengubah kuiz ini, disyorkan sekiranya ada perubahan yang banyak, maka janganlah meletakkan nama Qafmimra di situ, kerana aku tidak akan bertanggungjawab pada apa yang tidak ku buat.

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku, Karya, Komputer. Bookmark the permalink.

5 Responses to Kuiz Sirah Nabawiyyah 1432H – bahagian 1

  1. teja wafa' berkata:

    salam. mohon izin share yea! 🙂

  2. izianmuda berkata:

    salam.mohon share di blog saya.

  3. zack berkata:

    slm alaik ,mhn share yea..

    • qafmimra berkata:

      waalaikumussalam…
      silakan..

      insya allah saya akan post bahagian 2… lama dah rupanya tak buat kuiz….

  4. aca berkata:

    salam.. nak tanya .. kenapa x boleh download ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s