Harapan Gaza

Ku hadiahkan nukilanku yang tak seberapa ini buat semua konvoi ke Gaza yang tak pernah putus asa menyalurkan bantuan…

Ku dedikasikan ‘suara hati’ ini buat semua penduduk Palestin, khususnya di Gaza…

Ku intai-intai…Manakah cahaya…
Ku tanya-tanya…Apa khabar dunia?

Ku toleh kanan..
Pagar ku lihat..
Lari ke lautan..
Nak renang tak dapat..

Ku cari si jiran..
Pintaku bantuan..
Diam tak berlisan..
Itukah jawapan?

Yang dekat, ku rapat..
Namun yang jauh, ku lihat..
Yang hampir, tercegat..
Musafir pula yang berdebat..

Apa khabar wahai umat?
Sudikah datang melawat..
Kami nanti wahai sahabat..
Simpati ditimba, rindu terhambat..

Usahlah bimbangkan..
Masih ada harapan..
Berita gembira, khabar-khabarkan..
Bukan kecewa patut digambarkan..

Pasti runtuh segala kepungan..
Sehari-hari nampak rekahan ..
Konvoi berduyun penuhi jalan..
Gaza pasti akan dibebaskan!!

Wahai umat wahai saudara..
Kami menunggu kelibat anda..
Jangan khuatir, kami sedia..
Bukankah Allah janjikan berjaya?

– nukilan : Qafmimra @ 11.15pm 6 Januari 2011

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Karya. Bookmark the permalink.

5 Responses to Harapan Gaza

  1. Habib Ahmad berkata:

    JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

    8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

    11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

    12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

    MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG PONDOKHABIB

  2. Ekmi berkata:

    Assalamualaikum, sajak yg bagus dan sangat berkesan di hati. saya mohon share. Saya akan link blog awak sbg sumber saya.

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam….
      Silakan….
      Ini hanya secebis rasa yg diluahkan…. tak dapat nak disamakan dengan apa yg dirasai oleh saudara2 kita di Gaza / palestin sana…

  3. mujahadah berkata:

    Harapnya sajak ini boleh d baca kan sendiri oleh penulis d Gaza nnt? n lebih byk sajak /puisi yg menyentuh hati dpt d kongsikan d masa akan datang.

    Moga Allah memberi kemenangan kepada PALESTIN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s