Kuiz Ramadhan 1431 H

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah yang sehingga kini memberikan kita nikmat Islam dan Iman, serta peluang untuk kita selaku hamba-hambaNya di dunia ini untuk beramal dan mencari keampunanNya.

Insya allah, esok atau lusa akan bermulalah bulan yang amat diberkati Allah s.w.t , bulan yang dibebaskan ribuan hambaNya daripada seksaan api neraka kelak – Allahumma,  ij’alna minhum – , bulan yang diibaratkan sebagai bulan ‘bonus’ bagi umat Islam seluruhnya.

Setahun , hanya sekali, menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak, semoga kita sambutnya dengan penuh ketaqwaan , keinsafan serta kesabaran dalam usaha menggapai keredhaan Allah yang Esa.

Semenjak seminggu yang lalu, aku dapat ilham/idea untuk berkongsi sedikit pengisian sebaran ilmu Allah yang amat luas ini, dan ilmu ini berkaitan dengan puasa dan bulan Ramadhan. Kali ini, aku datangkan dengan bentuk Kuiz yang ku siapkan menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint 2007 . Sebenarnya kuiz ini ku ubah daripada kuiz Sirah Nabawiyah yang ku ‘design’ untuk pelajar-pelajar dari negara Benin beberapa bulan yang lalu.

Kuiz ini mengandungi 30 soalan, dengan pelbagai bidang ilmu termasuk fiqh dan sejarah, yang mana semuanya berkaitan dengan puasa dan Ramadhan. Jika sudah mengetahui jawapan bagi soalan-soalan tersebut, maka anggaplah itu hanya untuk mengulangkaji ilmu yang ada, tetapi jika belum tahu, maka diharapkan sumbangan kecil ini dapat memberikan ilmu dan maklumat baru kepada para pengunjung blog ini.

Mari lihat beberapa ‘screenshot’ untuk Kuiz Ramadhan 1431H.

Skrin intro

Ini pula skrin bagi taklimat Kuiz tersebut :

Skrin Taklimat

Untuk bermain kuiz ini, sila pilih dengan klik pada nombor-nombor soalan yang ada .

Ini contoh interface bagi soalan kuiz ini. Jika dilihat, daun hijau itu jatuh, menandakan masa semakin hampir tamat. Anda diberi 30 saat untuk menjawab, dan setiap daun yang jatuh/luruh itu menandakan telah berlalu 3 saat.

Contoh soalan kuiz

Dan apabila anda jawab dengan betul – insya allah – , anda akan dapati skrin ini.

Jawapan anda betul!!!

Jika ingin memuat turun, sila ke link ini : http://kuizramadhan.4shared.com

Selamat berhibur dengan ilmu. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh mujahadah dan ketaqwaan, serta penuh pengharapan agar amalan-amalan yang dilakukan itu diterima Yang Maha Mengasihani.

Wallahu a’lam…

—————————————–

p/s : Anda bebas untuk menyebarkan kuiz ini dan mengubah mana-mana bahagian dalam slideshow Powerpoint ini, tetapi jika banyak pindaan/pengubahan dilakukan, harap letaklah nama anda sendiri dalam slideshow itu nanti ye. Sekian.

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Karya. Bookmark the permalink.

12 Responses to Kuiz Ramadhan 1431 H

  1. AHMAD ARIFF berkata:

    Tolong email ke dlam email ana kuiz ni

  2. jamal berkata:

    Salam..

    Mohon download kuiz ramadhan tersebut..

    Semoga usaha anda mendapat keberkatan dari-NYA

    Syukran

    • qafmimra berkata:

      waalaikumussalam…
      silakan download… terima kasih
      aamiin…
      semoga semuanya diberkati Allah…
      mohon doakan saya ikhlas dan istiqamah dlm berdakwah…

      jika ada apa2 cadangan, silakan beri komen di sini…

  3. Rosman berkata:

    Syukran sheikh banyak manfaat laman anta nie, ana mohon kebenaran untuk copy kuiz Ramadhan n edit apa yang patut….. dengan izin .
    Jazakallahu Kahiran Kathira … Ramadhan Karim

    • qafmimra berkata:

      Afwan…
      silakan copy n edit..
      tapi jangan lupa, kalo banyak benar perubahan yg dibuat, harap tukar nama saya dlm kuiz tu kepada nama sedara sendiri…
      wallahu a’lam…

  4. wan berkata:

    Syukran sheikh banyak manfaat laman anta nie, ana mohon kebenaran untuk copy kuiz Ramadhan n edit apa yang patut….. dengan izin .
    Jazakallahu Kahiran Kathira … Ramadhan Karim

  5. siti hajar berkata:

    salam sy minta izin untuk share ye!!!!

  6. panitia ba berkata:

    semoga dijadikan alaman jariah kita bersama

  7. Nuur Syahadah berkata:

    salam..sya mohon ingin share..

  8. Nuur Syahadah berkata:

    tapi cm mna nk bka erk…

  9. Yusuf Nasirudin berkata:

    tak boleh nak edit sbb file .pps..boleh sheikh emelkan pada saya file power point .ppt nya?kena siapkan tugasan utk DPLI…tkasih membantu…alifflamra@gmail.com

  10. salam , mohon untuk share bagi tujuan anak murid saya di bulan ramadhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s