Nasyid Akulah Hamba – أنا العبد

Apakah mulia dengan bergelar hamba? Hamba Allah yang Esa… Bahkan Nabi s.a.w. bersabda : Nama yang paling digemari oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. – yakni Hamba Allah , Hamba kepada Yang Maha Pemurah.

Namun apabila si hamba ingkar dan asyik derhaka pada Allah yang Esa, hinalah ia dengan dosanya yang dilumur pada jasadnya, bak kotoran dan lumut pada sebatang kayu… Sudahlah buruk, berat pula jadinya…

Si hamba merintih dan berkata : Akulah hambaNya… yang penuh dosa…

Ini nasyid Ana al-‘Abdu (akulah hamba) , oleh Sheikh Misyari Rasyid al-‘Affasy, amat menyentuh hatiku. Video klip ini menceritakan tentang seorang remaja yang selama ini bergelumang dengan dosa, tetapi hatinya masih ini bertaubat, sehinggalah Allah buka hatinya untuk benar-benar bertaubat.

Taubat

Jika anda perhatikan, antara dosa-dosa yang digambarkan dalam video ini ialah : bermain daun terup, arak, merokok dan derhaka pada bapa… Mungkin pada pendapat sesetengah ulama’, merokok contohnya, adalah berdosa, kerana membahayakan kesihatan diri dan orang lain. Wallahu a’lam.. Mungkin boleh dirujuk pada ulama’ tentang perkara ini. Aku bukan ulama’.

Saksikanlah video : Ana al-‘Abdu…. disertakan lirik dan terjemahannya secara makna, bukan harfi.

أنا العبد الذي كسب الذنوبا وصدته الأماني أن يتوبا

Akulah hamba, yang berbekal dosa, penuh dan sejat,

Dan angan-angan telah menghalangiku daripada bertaubat..

أنا العبد الذي أضحى حزيناً على زلاته قلقاً كئيبا

Akulah hamba, yang sedang dilanda kesedihan,

Duka, bimbang, atas segala dosa ku lakukan…

أنا العبد الذي سطرت عليه صحائف لم يخف فيها الرقيبا

Akulah hamba, yang lembaran amalannya,

Selama ini dihitami, tanpa gentar pada pengawasanNya…

أنا العبد المسيء عصيت سراً فمالي الآن لا أبدي النحيبا

Akulah hamba, bernoda, lakukan dosa, ketika bersendirian,

Hinggakan hatiku kotor , tak mampu lagi berintihan…

أنا العبد المفرط ضاع عمري فلم أرع الشبيبة والمشيبا

Akulah hamba, yang telah melampau, lenyap telah umurku,

Ku tidak menjaga masa muda dan tuaku…

أنا العبد الغريق بلج بحرٍ أصيح لربما ألقى مجيبا

Akulah hamba, yang lemas dalam lautan bergelora,

Bertempikan suaranya, dikira ada yang mahu menyahutnya…

أنا العبد السقيم من الخطايا وقد أقبلت ألتمس الطبيبا

Akulah hamba, yang gering dek virus dosa,

Dan kini ku cari siapakah empunya penawarnya..

أنا العبد الشريد ظلمت نفسي وقد وافيت بابكم منيبا

Akulah hamba, yang telah sesat, zalimi dirinya,

Dan kini ku kembali mengetuk pintuMu… ku mohon terima….

————————————————-

Selagi pintu taubat masih terbuka, marilah kita semua bertaubat kepada Allah yang maha Pengampun. Lebih-lebih lagi pula sekarang sudah masuk bulan Sya’ban , maka bersedialah untuk menambahkan amalan dan bertaubat, supaya lebih bersedia untuk Ramadhan kelak.

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Ideologi, Inspirasiku. Bookmark the permalink.

One Response to Nasyid Akulah Hamba – أنا العبد

  1. Fakeh Khalifah Saka berkata:

    KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) SIFAT 20 – http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    (h) TAJUK KHAS – BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s