Mahu tulis khat secara digital?

Khat thuluth : قمر الزمان بن عبد الرحيم

Pernahkah anda melihat papan-papan tanda atau iklan-iklan yang menggunakan khat seperti di atas?

Jika belum, maka ini adalah kali pertama anda… jika pernah, maka di sini disediakan tutorial ringkas bagaimana caranya untuk melakar khat seperti di atas, menggunakan program Kelk 2000 , kemudian PDF Factory dan Photoshop.

1. Pastikan komputer anda boleh menaip , mengedit dan membaca font arab. Jika anda menggunakan Windows XP, (seperti penulis sendiri) , dan belum ada tulisan arab dalam pc anda, maka anda boleh lawati link ini : http://www.microsoft.com/middleeast/arabicdev/windows/winXP/editions.aspx , serta lakukan semua arahan yang diberikan . Dan untuk versi Windows yang lain, sila lawati link ini : http://www.microsoft.com/middleeast/arabicdev/windows/client.aspx . Dan sila dapatkan keyboard arab, atau sticker untuk keyboard Arab jika anda tidak memilikinya.

2. Download program Kelk 2000 dari link ini : http://www.4shared.com/file/s7HhBnus/Portable_Kelk_2000_arabic.html

3. Pastikan juga pc anda telah diinstall PDF printer seperti PDF Factory dan lain-lain, serta program mengedit grafik seperti Photoshop . Adalah digalakkan menggunakan Photoshop kerana boleh import PDF untuk diedit bagi menghasilkan grafik khat. Jangan lupa untuk jadikan PDF printer itu sebagai Default Printer, sebelum memulakan program Kelk bagi mengelakkan sebarang masalah!!!

4. Setelah extract fail Kelk tadi, buka fail bernama : Portable Kelk 2000 arabic.Program Kelk portable

5. Setelah program berjaya dimulakan – alhamdulillah – , anda akan dapati dua baris tulisan seperti dalam gambar di bawah.

File > DefaultsSila pergi ke menu ملف atau File dalam bahasa inggeris, kemudian pilih افتراضي atau Defaults .

6. Untuk memudahkan kerja anda, sila tukarkan bahasa program tersebut kepada Latin (English) , seperti dalam rajah di bawah.

Defaults dialog box in ArabicSelepas anda memilih لاتيني , tekan موافق atau OK. Kemudian untuk memastikan anda telah berjaya menukarkan paparan program kepada Latin, sila pergi ke menu ملف kemudian افتراضي . Anda akan dapati kotak dailog tadi dipaparkan dalam bahasa Inggeris.

Dialog box in English/Latin

7. Anda disyorkan menukar background bagi canvas khat yang akan anda lakarkan nanti, kepada warna putih. Untuk menukarkannya, klik kanan (right-click) pada mana-mana tempat kosong dalam canvas itu, dan pilih Properties. Setelah tukar, pilih Apply.

Properties

8. Sekarang anda bolehlah mula ‘design’ tulisan khat anda sendiri. Perhatikan toolbox di sebelah kiri skrin program Kelk. Anda akan dapati beberapa peralatan yang boleh digunakan.

toolbar functions

Klik pada garisan merah di bawah tulisan كلك seperti dalam rajah pada arahan nombor 5 tadi, dan gerakkannya ke tempat yang sesuai. Anda boleh zoom in/out jika menghadapi kesukaran.

9. Setiap garisan yang ada tulisan كلك itu dipanggil خط الكرسي atau Line . Untuk menukar tulisan Line tersebut, sila klik kanan pada hujung garisan itu dan pilih Properties.

Edit tulisan di Text, dan pastikan anda memilih opsyen OS Compatible. Taip perkataan yang anda mahukan.

Pilih jenis font yang dikehendaki : Thuluth, Naskh atau Farsi (Nastaligh, Tahriri atau Shekasteh). Program ini tidak menyediakan khat Diwani , Kufi, Ruq’ah dan lain-lain.

Setelah selesai memilih saiz dan warna (hitam adalah terbaik) , klik Apply, kemudian Close.

10. Jangan khuatir jika tulisan yang muncul tidak bernoktah. Selalunya, para khattat (penulis khat) akan meletakkan noktah , baris dan hiasan bagi huruf-huruf khatnya selepas tamat menulis, begitu juga dengan Kelk. Anda akan dapati toolbar tersembunyi di atas toolbar kiri tadi. Lihat rajah di bawah.

Hiasan khat

Sekarang anda bolehlah menyusun semula huruf-huruf tadi mengikut kreativiti anda sendiri.

11. Kelk 2000 menyediakan pelbagai variasi untuk susunan huruf-huruf yang ada. Klik pada mana-mana huruf sehingga huruf itu menjadi biru, kemudian klik kanan, lalu pilih Other shapes. Lihat rajah di bawah.

Other shapes , untuk memilih variasi susunan huruf

Berikut adalah contoh design khat yang sudah disiapkan.

Design khat bagi Persatuan Pelajar Melayu Kuwait

12. Setelah siap merekabentuk lakaran khat tadi, sudah tiba masanya untuk ditukarkan ke format PDF. Klik ملف kemudian pilih طباعة atau Print. Pastikan sekali lagi bahawa printer yang tertera ialah PDF printer tadi. (rujuk rajah pada arahan nombor 7 : PDF Factory dalam kotak Properties ). Klik Print. Jika anda menggunakan PDF Factory, skrin ini akan muncul.

pdf factorySave fail PDF tadi, dan ikuti langkah seterusnya. ( Anda rasa susah ke tutorial ini? 🙂   )

13. Sekarang buka fail PDF yang disimpan tadi dengan Photoshop. Pastikan resolution yang dipilih adalah antara 300 dan 600 , bagi memudahkan proses mengedit dalam Photoshop kelak. Resolution yang besar akan menjamin kekemasan khat semasa proses edit grafik khat itu.

Import PDF ke Photoshop

Grafik khat yang siap diimport ke Photoshop

Sekarang anda boleh edit grafik khat itu mengikut kreativiti anda sendiri!!!

Di bawah ada beberapa contoh khat yang pernah ku siapkan sebelum ini.

Design khat untuk PPMKCover belakang bagi majalah al-Mustaqbal, untuk National Union of Senegali Students , Kuwait

Design khat bagi Madrasah Imam Dar al-Hijrah, Gambia... kawanku minta ku buatkan untuk sekolah ayahnya

—————————————————————-

p/s : Ini adalah kali pertama aku buat tutorial, mungkin kurang jelas pada sebahagian arahan yang ku sediakan. Mohon maaf dan jika ada sebarang pertanyaan, boleh diletakkan di komen bawah artikel ini.

p/s 2 : Insya allah, jika berkesempatan, aku sediakan pula tutorial berbentuk video untuk memudahkan lagi proses  tutorial. Wallahu a’lam….

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Karya, Komputer. Bookmark the permalink.

118 Responses to Mahu tulis khat secara digital?

  1. Firdaus ZA berkata:

    Assalamualaikum..apa kbr ustaz man? Wah..perkongsian interaktif yg menarik ni..
    Sudah lama ingin belajar khat..rupanya kutemui di sini..
    Syukran

    • qafmimra berkata:

      waalaikumussalam…
      baik alhamdulillah… terima kasih kerana sudi jenguk blog ana yang tak seberapa ni…
      ana pun dah lama nak belajar khat, tapi takde peluang…
      last2 buat khat dlm komputer jek… hehehe
      harap dapat manfaatkan….

    • uzair berkata:

      nak download tapi masa download antivirus saya sekat. kenapa ea?

  2. ejai berkata:

    assalammu’alaikum ustaz..
    jazakallah…akhirnya ana jumpa pun tempat dan cara nak buat kaht secara digital. kalau ustaz dah buat tutorial yang lain, harap dapat di forward pada enail ana, ye.
    ilal liqa’, insya-Allah.

  3. fad berkata:

    Assalammu’alaikum Ustaz…
    Alhamdulillah saya akhirnya jumpa dengan halaman web ini,dah lama saya cari cara membuat khat secara digital ni.
    Terima Kasih Ustaz, mohon izin untuk dw program Kelk 2000 dan Arabic font
    Wassalam

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam….
      Alhamdulillah..
      semoga usaha memartabatkan khat yang juga seni dalam Islam dapat tercapai, tak kira melalui digital atau cara tradisional….

    • YASIN berkata:

      AJARKAN AQ BAGAIMANA NAK BUAT KHOT NI

  4. zahrin berkata:

    Assalamu’alaikum Tuan,
    Tahniah di atas usaha Tuan, moga ramai yang dapt mengambil manfaat daripadanya dan semoga usaha Tuan mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah SWT.

  5. Suryan Masrin berkata:

    Assamu’alaikum akh…
    ana dr Indo, berterima kasih kpd akh, mudah2an bermanfaat. amin….

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam…
      Jazakallahu khairan atas ziarahnya…. Semoga dimanfaatkan.. Doakan ana ikhlas n istiqamah dalam berdakwah…

  6. abdullah berkata:

    Salam. Perisian kalau untuk Macintosh ada tak? Atau ada apa2 alternatif lain?

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam…
      Setakat ini saya tak ada info berkenaan software begini utk Macintosh….

  7. Yeng berkata:

    Knape sy nk buke fail kelk 2000 tu x dapat ea?

  8. Faisal berkata:

    Boolehkah saya membeli CD program ini, kerana bila saya download tak dapat run. katanya ada fail miss

  9. shamsul berkata:

    salam… dah download…. tp mcm x support window 7… or laptop saya bermasalah….

  10. Mzaini berkata:

    Alhamdulilah..moga allah berkati usaha u.tgvm

  11. shamsul berkata:

    dah dpt… tq….

  12. jazakallah khairan.
    insya allah bermanfaat sekali.

  13. Hamba-Mu berkata:

    macamana nk sav?sye da tuka printer setup jdi pdf factory..tpi nk sav x kluar macam arahan no 12 tu..

  14. delb252 berkata:

    Salam.. saya telah mendownload software tersebut.. masaalah nya tak boleh buka software tersebut.. saya guna windows 7 ultimate..

    • qafmimra berkata:

      Waalalikumussalam…

      Dah cuba Kelk 2010 ?
      Link ada dalam salah satu komen di artikel ini…
      Dan semasa nak running Kelk 2010 tu, klik kanan, n pilih Run As Administrator… moga2 membantu…

  15. Firdaus Ali berkata:

    Salam ustaz, kenapa smasa sy download Kelk ni dia kata file corrup.
    ~firdaus ali
    ~johor malaysia

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam….

      Maaf atas kelambatan menjawab soalan saudara…

      Firdaus download yang mana satu ? Kelk 2000 atau Kelk 2010 ?

  16. HuraiyahKaisah berkata:

    Salam ‘alayk. Bagaimana ya nak buat khat yang membina sesuatu bentuk? Bukan mendatar di atas garisan sahaja.

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam…
      maaf lambat reply..
      seingat saya, yang boleh hanya bentuk bulatan…
      cuba function Shape …. saya akan kaji lagi insya allah…

  17. ridhwan berkata:

    jazakallah khairan kathira…..

    cuma satu soalan ustaz, saya buat kerja grafik, adakah mungkin dapat saya gunakan perisian ni untuk kerja saya? maksud saya, saya mendapat keuntungan darinya…..

  18. heremonyshah berkata:

    salam…camna cara nk buat tulis tu jd melengkung?

  19. AbuZuhdi berkata:

    JazakaLLAH Khair..
    Moga diberkati Allah sentiasa… Ana baru download.. mudah2an ianya dapat membantu ana lukis khat yang menarik dan bermanfaat…

  20. nizam berkata:

    ALLAHUAKBAR…… Alhamdulillah wa syukurillah… Syukran kasiraya ustaz atas pkongsian ilmu ini… InsyaAllah akan saya manfaatkannya untuk memartabatkan lagi jawi di negara ini… Alhamdulillah…

  21. zaimaamin berkata:

    Kmputer sy boleh tulis jawi, tp bila install keluar tulisan cacing kenapa ye ustaz?

  22. Asyraf Maaruf berkata:

    salam..kenapa bile saya dah extract file,tapi tak bleh nak buka?

  23. hadzri berkata:

    salam uztaz, saya perlukan program ini … tapi tak boleh dapat … boleh tunjuk ajar?

  24. Salleh berkata:

    Assalam. Boleh saya dapatkan no phone ustaz. Harap dapat sms pada saya ditalian 019-3932209
    Terima kasih

  25. nur berkata:

    assalmualaikum
    macam mana nak save file tu dalam betuk pdf,tk dapat la.mohon pertolongan.syukran

  26. reza berkata:

    salam wbt tuan.. bleh tak tuan terangkan cara nak letak bunga-bunga khat mengikut kesesuaian atau mengikut kaedah yang betul? Contohnya ada tak bunga khat tu khas untuk bhg bawah je atau ada bunga tu khas untuk yang bhg atas shaja… Syukran jazilan

  27. ejump berkata:

    Salam…

    saya xdpt nak open file.. boleh bantu saya?

  28. Muhammad Zakwan bin Zaine berkata:

    salam ustaz…
    sy ada masalah dengan kelk 2010 ni rasanya…
    huruf ta marbutho = keypad M di keyboard…
    tapi bila ditulis dalam kelk 2010…
    tidak dapat detect… hurmm
    walaupun dah ‘Run as Administrator’
    ustaz boleh bantu saya? syukran~~~

    • reza berkata:

      salam wbt… mintak izin tlg jawab… anda boleh gunakan huruf ha ه pastu letak titik sendiri… begitu juga untuk huruf jawi yang lain sperti cha , nga. va. dsbnya, taip ikut basic hruf tersebut pastu letak titik sendiri.. contohnya huruf nga bleh gune huruf ‘ain atau ghain,, huruf nya gune huruf nun pastu tambah titik… sekadar berkongsi sedikit info.. semoga bermanfaat..

  29. Khairuddin berkata:

    En Qafmira…. boleh tolong saya untuk lukiskan khat nama masjid saya.. Masjid mukim chiku 2 terdapat beberapa masalah untuk saya menaipnya pakai keyboard. kalau sudi tolong emaikan pada mmchiku2@e-maik.my harap segera.

    • qafmimra berkata:

      Insya allah… dalam minggu ni ke boleh ?
      مسجد مقيم جيكو 2
      ?
      Adakah begitu ejaan yang diperlukan ?
      Khat yang biasa saya guna ialah Thuluth, n nak buat tulisan yg straight je kan ? tak perlu bentuk bulat dan sebagainya ?
      Mohon penjelasan segera juga….

    • Khairuddin berkata:

      Ok la tu cantik…. khat biasa, bentuk straight …terima kasih…

    • qafmimra berkata:

      Baik tuan…
      Dah hantar…
      Sila rujuk di emel yang disebut….Maaf lambat sket, tak berkesempatan nak hantar segera…

  30. fbi berkata:

    Assalamualaikum,
    Kalau saya nak mintak tolong buat untuk saya satu boleh? Gabungan dua nama untuk dijadikan sebagai logo untuk design kad jemputan majlis perkahwinan..
    Kalau tak keberatan, ni namanya: Fadhli & Rushdina (round shape)

    Saya setakat ni masih gagal nak install sofware ni.. 😦
    Jazakallah..

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam…
      Tolong confirm beberapa perkara berikut :

      1- ejaan di bawah :
      فضلي
      dan
      رشدينا
      atau
      روشدينا ؟
      saya cadangkan tanpa huruf wau

      2- nak khat apa ?
      – saya biasa buat yang thuluth jek.. yg lain2 mcm diwani / kufi tu tak berapa pandai nak susun, kena cuba dulu…

      3- bila nak ?

      4- alamat emel ?

      Insya allah lepas dapat confirmation ni, baru saya buat…
      akan buat pada masa lapang…..

    • fbi berkata:

      1. Saya ikut cadangan lah, tanpa huruf wau
      2. Khat thuluth pun ok.. klu yang lain bimbang ambik banyak masa plak.
      3. Kalau possible, ingat nak dalam minggu ni.. Sempat ke?
      4. Email: fadhli.ilias@gmail.com

      Terima kasih bebanyak di atas respond yang diberi.

  31. fbi berkata:

    Pembetulan:
    Yang no 1 tu, nama tu ada huruf wau.. xjadi ikut cadangan huhu
    Tq

  32. Ifa Chan berkata:

    As-salam
    saya xdapat nk download tulisan arab pada link: http://www.microsoft.com/middleeast/arabicdev/windows/winXP/editions.aspx
    mohon tunjuk ajar kepada sesiapa yg sudi. syukran

  33. nabilah berkata:

    asalamualaikmm..sy tertarik nk blajr..tp xdpt nk install la

  34. An-Nur berkata:

    Salam, Ustaz..saya tak dapat nak buka link ni: http://www.microsoft.com/middleeast/arabicdev/windows/winXP/editions.aspx. dah try banyak kali..tapi still tak dapat buka. saya nak buat khat dekat baju muslimah..syukran ustaz.

  35. azfar berkata:

    Assalam..dimana nk dptkn khat diwani dan kufi?

  36. haziq berkata:

    assalamualaikum..
    ni untuk windows XP je kn.?? untuk windows 7 tak ada ke.?

  37. reza berkata:

    Kelk 2010 compatible dengan windows xp dan windows 7.. semua boleh install..

  38. wakjaman berkata:

    assalamualaikum.
    terima kasih kepada sdr qafmimra di atas pengenalan software khat jawi ini. saya sudah menggunakannya dan Alhamdulillah ia memudahkan kita menulis khat secara digital.
    tetapi satu kemusykilan saya ialah huruf kaf yang saya tulis tidak keluar dalam tulisan tersebut.
    contohnya saya mahu menulis sekolah yang keluar hanya huruf sim wau lam ha, huruf kaf tidak keluar walaupun saya sudah menaipnya. apa masalahnya?
    terima kasih.

  39. zamri berkata:

    assalamualaikum.
    boleh tolong tuliskankan
    cintakan Allah Cinta Rasulullah SAW

    Terima kasih banyak.

  40. Salam Ustaz, leh tak saya minta tulisan khat ustaz untuk surau saya. Nama:
    Surau al Hikam Taman Mutiara Vista,
    Jalan Bakau, Jelutong
    Pulau Pinang.

  41. immal berkata:

    salam ustaz..sy nak ty..saya dh download sofware kelk 2010 tapi x dapt nak install, ke sebb sy guna windows 8 yg myebabkan x dpt install. bila di click yg kluar “dll not found” camna tu..harap dpt reply..trima kasih

  42. Rose berkata:

    Assalammualaikum Ustaz,
    Saya dah cuba download kedua dua link kelk 2000 dan kelk 2010. kelk 2000 mmg tak boleh buka.manakala kelk2010 pula antivirus block….saya guna antivirus kaspbelajar seni khat digital ni.mohon tk ersky.saya amat2 berminat tunjuk ajar ustaz dan jika ustaz ada jual perisian ini,sy sggup beli.syukran ustaz.

  43. Rose berkata:

    Assalammualaikum Ustaz,
    Saya dah cuba download kedua dua link kelk 2000 dan kelk 2010. kelk 2000 mmg tak boleh buka.manakala kelk2010 pula antivirus block….saya guna antivirus kaspersky.saya amat2 berminat tunjuk ajar ustaz dan jika ustaz ada jual perisian ini,sy sggup beli.syukran ustaz.

  44. as’salam. ustaz, terimakah sebarang tempahan untuk tulisan khad? mohon untuk email sy. (roslan_rusli91@yahoo.com) terima kasih…. =)

    • qafmimra berkata:

      waalaikumussalam….
      1- untuk makluman, saya tidak menerima tempahan utk buat khat… biasa buat khat guna Kelk ni untuk kegunaan sendiri sahaja, dan bukan berniaga…
      2- untuk tempahan khat, saya cadangkan tuan hubungi saudara Firdaus Mahadi di : http://callidesign.blogspot.com/

      Terima kasih

  45. dinhimalaya berkata:

    Alhamdulillah…terima kasih kepada Saudara Qafmimra yang berusaha. Dengan jasa dan khidmat tuan ana dpt memperlajari kaligrafi Khat dengan menggunakan software kelk 2010… Semoga Allah taala meberkati dan melimpahkan rezeki yg meluas keatas saudara Qafmimra.
    .

  46. zamieli berkata:

    Assalamualaikum. Dah banyak website saya lawat. tapi masih tak dapat download pdf factory. semuanya disekat oleh antivirus sbb software tu ada virus trojan.. mohon bantuan..

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam…
      Saya dah cuba CutePDF , boleh berfungsi juga insya Allah utk Kelk Portable 2010

  47. aishahanan berkata:

    sedihnya tk dpt nk install. mcmn nk bt lg ye.

  48. Mohd Zainizam Zainol Abidin berkata:

    Assalamualaikum ustaz… Minta bantuan sekiranya tidak keberatan.. tolong buatkan tulisan khat utk masjid kampung saya ‘Masjid Jamek Cherok tokun Bawah’ .. Dalam bentuk mendatar untuk saya masukkan ke dalam Letterhead masjid nanti … Sekian, Terima Kasih
    Nizam
    mohd_zainizam@yahoo.com.my

  49. nur berkata:

    ustaz kenapa saya punya tulisan tak boleh tukar ke bahasa jawi,perkataan tu asyik bahasa melayu je

  50. Syam berkata:

    Assalamualaikum , sya kurg mahir utk menggunakn software ini . Ada x tutorial mcm mna utk gunaknnya ??

    Syukran..!! 🙂

  51. Saiful berkata:

    Salam…saya try download..tapi tak blh nak extract file..mungkinke skg dah tak,boleh…saya amat perlukan software ni…

  52. Saiful berkata:

    Harap bantuan dari sahabat2…i.allah digunakan untuk manfaat umum….i.allah akan jadi amal jariah kita

  53. Hamba Allah berkata:

    Akhi, boleh tolongkan buat untuk saya tak ?

  54. agus hari berkata:

    afwan: anti virusnya harus disable dlu apa gmaana?
    soalnya ane extrax filenya malah minta di break operations?
    jazakumullah

  55. agus hari berkata:

    syukron ustadz….. ana sudah bisa menggunakannya,
    bagi yang belum bisa di install. ternyata antivirusnya di disable dlu, kmudian extraxt file kemudian install program kelk ini,setelah suskses di install kmudian hapus file yang di extraxt tadi (folder) karena file asli ada dalam rar (tidak usah khawatir).

  56. umair berkata:

    Assalamualaikum, nak tanay kenapa saya tidak boleh menulis huruf ‘ya’

  57. g berkata:

    ni yg mls nk cri jns khat

  58. Dharma berkata:

    Alhamdulillah. Blog ni sangat berguna untuk smua

  59. amlee berkata:

    assalamualaikum….ustaz, saya sudah mencuba beberapa kali untuk install software ni, dan yg terbaru saya install 2010 punya…tapi runtime down..dan ade missing file…bole bantu saya?

    amleenology@gmail.com

  60. khaleq berkata:

    SALAM….sy mggunakn wndow 8…mcm mna plak…xleh nk install…mnta dibantu…

  61. moh yunus berkata:

    salam….napa x ble download software???tolong…..

  62. BAIZURA berkata:

    SY DA CUBA 2010 PUN MASIH GAGAL

  63. امينه berkata:

    Assalamualaikum…

    Ya Allah… terima kasih di atas perkongsian ini… sangat2 membantu saya dalam membuat kerja..
    semoga Allah membalas budi baik kamu…

    tq

    • امينه berkata:

      Alamak… ade satu je masalah… bila saya export ke .pdf file, artwork yang dah saya buat tu x bleh nak appear… dia jadi macam text corrupt. Macam mane eh… sesiapa dapat membantu… tolong…

      tq

  64. nabilah berkata:

    Terima kasih atas info ni. Sgt bermanfaat!

  65. assalam berkata:

    VIRUS TROJEN

  66. shahidan berkata:

    Assalamualaikum UStaz.

    jika saya mahu pertolongan Ustaz untuk buatkan tuliasan arab bagi perkatan

    1. al hidayah
    dan
    2. al fahmu

    boleh?

    saya akan bayar.

    mohon ustaz respon ya.
    emel saya shahidan.alhidayah@gmail.com

  67. amier berkata:

    Assalamualaikum…terima kasih berkongsi ilmu sebegini ustaz…

  68. enyerawati berkata:

    Reblogged this on Eny Erawati's Blog and commented:
    menyenangkan membayangkan bisa mengajarkannya pada anak anak

  69. mohamadazwad berkata:

    assalamualaikum ustaz..saya nak tanya..ada tak software utk khat kufi?

  70. Mohd Tarmizi berkata:

    Assealamnualaikum
    Saya mkasih gagal nak install dalam windows 8. kalau ada yang mahir mohon tunjuk ajar

  71. adisonr tapatoh berkata:

    salam ustaz saya ingin beli sofware khat digital untuk guna di pattani thailand boleh ke tolong saya walau di kl. pun saya akan pergi beli jawab lah dalam email saya syukran

  72. adis yala berkata:

    Salaam ustaz saya ingin beli cd khat digital. Boleh. Beri alamat kepada saya a

  73. kursiah dolwahit berkata:

    assalamualaikum.. ustaz, khat digital ni perlukan bayaran ke?

  74. srar sungai rokam berkata:

    assalamualaikum..malangnya bila sy cuba ‘run’ program KELK 2010 tu, keluar pula popup window yg bagitau lesennya sudah expired.

  75. nur berkata:

    assalamualaikum…
    boleh tak bantu saya menulis “JAMILATUN” dalam jawi khat nasakh beserta dengan baris.

  76. Fadhli berkata:

    Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu’alaikum wbt

    Saya amat gembira ketemukan blog saudara. Amat berguna sekali bagi yg tidak pandai menulis khat. Untuk mencari tukang mahir khat agak sukar disini. Hanya bisa didapati ketika pesta buku ilmiah kebanyakannya. Terima kasih atas perkongsian saudara..
    Wassalam

  77. Hussien berkata:

    Assalamualaikum Ustaz. mohon pertolongn. semoga dapat membantu. mohon buatkan khat thulut ” Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ” .. saya da cuba download software nya. tapi ia kata pautan tidak sah. mohon pencerahan

  78. Badrul Hisham berkata:

    salam

  79. Badrul Hisham berkata:

    salam.. ustaz atau sesiapa saya yg boleh membantu ku..

    Kenapa saya guna kelk 2010 tu.. tak boleh nak klik pada tulisan, nak jadikan dia biru dan saya tak boleh nak move ke tempat lain dgn mouse

    TQ

  80. iwan reduwan berkata:

    Ustaz minta no.tel

  81. Dabest Paan berkata:

    ustaz boleh tolong hubungi saya untuk ajar buat khat ini? harap dapat membantu
    dabestpaan@gmail.com

  82. hasru salleh berkata:

    saya dah cuba tapi tak menjadi. mohon bantuan saudara utk buat khat thuluth seprti dibawah

    jabatan hal ehwal agama negeri terengganu

    mohon tuan emelkan pdf file kepada
    sritekukur@gmail.com

  83. AzizAli berkata:

    Salam Kawanku,
    Minat Tulisan Jawi/Arab/Quran?
    1. Cari Fon Jawi/Arab/Quran?
    2. Cari Daftar Kata Rumi Jawi?
    3. Cari Kamus 3 Bahasa?
    4. Cari Bunga Jawi?
    Sila muat turun fail-2 dari Telegram saya:
    https://t.me/FonJawi
    Boleh Kerjasama?
    Semoga bermanfaat dan semoga semua sentiasa ceria selalu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s