The Wounds of Nation

Hari ini, khatib Jumaat di masjid Kuwait University telah membicarakan tentang pelbagai topik penting, yang semuanya menyentuh tentang realiti umat Islam kini, juga bagaimana para anbiya’ dahulunya hidup bersama dengan umatnya , susah dan senang, agar dapat memahami dan membaiki kehidupan mereka.

Islam mengajar umatnya agar bersatu dan melihat semua umatnya bersaudara, dan Allah telah pun berfirman dalam al-Quran :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya : Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. – Surah al-Hujurat ayat 10.

Islam juga menyuruh umatnya agar peka dengan perkembangan dan hal ehwal saudara-saudaranya seIslam, di serata dunia, selain menyuruh umatnya membantu yang tidak berupaya dan tertindas.

Di bawah ini, ada satu video yang amat menyentuh perasaanku, apabila dihayati. Video ini menunjukkan derita umat Islam di serata dunia, dan bagaimana saudaranya yang lain pula hanya berbincang dan tidak buat apa-apa. Video ini dibuat oleh channel An-Nas TV , dalam bahasa Arab, berbentuk nasyid yang agak panjang, namun maknanya amat mendalam. Bahkan mereka menggunakan satu uslub/cara yang begitu menggetarkan jantung, tatkala mereka kata : Apakah yang akan kita katakan pada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wa sallam nanti?

Sebaik-baik perkara dan peristiwa yang kita tahu ialah yang kita ambil iktibar darinya. Dan sebaik-baik iktibar ialah yang ada kesannya pada perbuatan dan pendirian kita. Marilah kita hayati nasyid : The Wounds of Nation atau جراح أمة yang disampaikan oleh penasyid-penasyid terkenal : Solah Abu Islam , Mustafa Jamal , Tohir Wajdi, Muhammad as-Sayyid , Muhammad Radhi , Islam dan adik Aayah .

Disertakan lirik nasyid ini, dalam loghat Mesir dan lain-lain, dan maknanya.

(BEGINNING of CHORUS)

ماذا نقول إذا التقينا بالرسول هنقلوا ايه :::: هنقلوا يا هل ترى شفت للأمة جرى

Apakah yang akan kita katakan, jika kita bertemu Rasulullah s.a.w , apa yang akan kita katakan?

Adakah kita akan kata : Lihatlah umat ini, apa yang berlaku…

شفت البشر وقــلــوب أشــد من الحجر :::: والشــمـــس تـشـهــد والقـــمــــــر

Lihatlah manusia, dan hati-hati yang lebih keras daripada batu

Dan matahari serta bulan yang menjadi saksi

صــابــــــريـــن على حــكــم القـــــــدر :::: هــنـقـــولـــوا ايـــه هــنــقــولوا ايـــه

Kami bersabar atas apa yang ditakdirkan

Apakah yang akan kami katakan? Apakah yang akan kami katakan?

(END of  CHORUS)

الحلم الضائع Mimpi yang hilang

الطفلة آية

أنا كنت نايمة فى غرفتى باحلم وحلمى فى لعبتى

Aku sedang tidur di bilikku

Dan sedang dibuai mimpi, mimpi tentang permainanku

وأضحك والاعب قطتى وسمعت صرخة جدتى

Dan aku ketawa dan bermain dengan kucingku,

Tatkala itu aku mendengar jeritan nenekku

فجريت عليها بلهفتى ولقيت دمار

Maka aku bergegas mendapatkannya,

dan aku lihat kehancuran…!

طب اعمل ايه وبايدى ايه

Baiklah.. apa aku mampu buat?

Apa yang ada pada tangan/kudratku…?

<chorus>

الوحدة العربية ؟ Kesatuan Arab ?

محمد السيد

احنا عرب ايوه عرب نفس العقيدة والنسب

Kamilah Arab, ya! Arab… sama akidah dan nasab (keturunan)

وحروف كتابنا من ذهب ولما جاء وقت الغضب

Dan huruf tulisan kami daripada emas,

Dan tatkala datang waktu kemarahan..

لقينا غزة تغتصب

dan kami dapati Gaza dijajahi / dizalimi

سكتنا ليه سكتنا ليه

Mengapalah kami senyap? Mengapa kami senyap…?

<chorus>

بيوت الله تستغيث Rumah-rumah Allah meminta tolong!

صلاح أبو إسلام

الليل طويل رافض يفوت هدموا المساجد والبيوت

Malam itu seperti amat panjang, tidak mahu pergi…

Mereka menghancurkan masjid-masjid dan rumah-rumah

والموت يسلمهم لموت بصرخ وأنادى بأعلى صوت

Kematian mendatangi mereka satu per satu,

Aku berteriak dan menjerit setinggi suara

ليه وانتو شايفين محنتى سيبتونى أموت

Mengapa kamu semua lihat musibah kami

Lalu kamu tinggalkan kami mati?

ليه السكوت ليه السكوت

Mengapa senyap? Mengapa senyap?

<chorus>

شرف الأمة Keagungan umat

إسلام

كان نفسى ألعب زى زمان كان نفسى أعيش لحظة أمان

Aku terkenang semasa aku bermain-main dahulu kala,

Aku terkenangkan kehidupanku yang aman

كان نفسى أكمل حصتى كان نفسى أفرح  جدتى

Kalaulah boleh aku habiskan kelasku,

Kalaulah aku boleh menggembirakan nenekku

كان نفسى أشرف أمتى

Aku terbayang jika aku dapat memuliakan umatku!

وأنا ذنبى ايه وأنا ذنى ايه

Apa dosaku..? Apa dosaku..!?

قولولى ايه قولولى ايه؟؟

Katakan padaku..! Katakan padaku..!

<chorus>

سلام و أوهام Keamanan dan fantasi?

ليه بتظلموا كلمة سلام

Mengapakah kamu menzalimi kalimah : KEAMANAN ?

طب ما احنا عايزين السلام

Baiklah ! Bukankah kami hendakkan keamanan?

لكن الجبان هو اللى خان

Tetapi si penakut, itulah yang mengkhianat

قتل المؤذن والآذان حرق الزيتون ذبح الحمام

Dia membunuh muezzin (tukang azan) dan azannya juga

Dia membakar tanaman zaitun (gambaran di Palestin) , juga membunuh si merpati?

دم الشهيد بعتوه بكام

Darah si syahid…. Dizalimi si bisu!

بعتوه بكام؟؟؟

Dizalimi si bisu…!

<chorus>

كل بدعة ضلالة Semua perkara baru (tanpa asas) itu sesat..

طاهر وجدي

هنقولوا شفت أمتك راحت بعيد عن سنتك

Adakah kita akan katakan (pada Rasulullah s.a.w) lihatlah umatmu..

Mereka sudah terpesong jaug dari sunnahmu..

الفين طريق غير سكتك يا للى علينا برحمتك

Beribu jalan, tetapi bukan jalan sunnahmu..

Wahai Rasul , rahmat ke atas kami semua

فى الجنة عايزين صحبتك

Di syurga kelak, kami ingin bersamamu….

هنقولوا ايه هنقولوا ايه

Apakah yang akan kami katakan? Apakah yang akan kami katakan?

<chorus>

طريق المجد و النصر  Jalan kegemilangan dan kemenangan

ما خلاص رجعنا للطريق وعرفنا مين هو الصديق

Sekarang kami pulang ke jalan sebenar,

Dan kami dah tahu siapakah kawan yang benar

وفهمنا معنى المهزلة أصل السؤال والمسألة

Dan kami telah faham makna sendaan,

Yang sepatutnya menjadi tanda tanya dan persoalan

لو كنا عايزين منزلة يبقى الجهاد

Jika kami inginkan martabat (di sisi Allah)

Yang tinggal hanyalah Jihad..

أول وآخر مرحلة

Itulah yang pertama dan terakhir

—————————————————

sumber lirik : http://forums.myegy.com/thread44593.html

—————————————————

p/s : Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk berjihad di jalanNya : Jihad harta, diri, nafsu dan syaitan.

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s