Malukah untuk solat berjemaah?

“Tak maulah jadi imam… solat aku tak betul sangat.. tak layak jadi imam…”

“Aku solat tak khusyuk sangat…”

“Aku takut tak sah jek jadi imam depan orang…”

“Aku nak cepat.. ada keje…”

“Pakaian aku tak sesuai mana untuk jadi imam…”

Banyak lagi alasan oleh golongan ini. Diminta jadi imam, itulah antara alasan yang dibuatnya. Selagi boleh buat alasan, selagi itulah golongan ini tidak mahu berjemaah.

“Aa… masing-masing solat sendiri lah ye…”

“Kau sembahyanglah dulu… jap lagi aku pula solat..”

Ini pula antara alasan yang pernah ku dengar apabila ku ajak berjemaah sekali.

Semua sudah tahu, bahawa pahala solat berjemaah adalah lebih afdhal 27 darjat pahala solat sendirian.

Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam :

صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة

Maksudnya : Daripada Abdullah bin Umar radiallah anhuma , Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam : “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian , dengan sebanyak 27 darjat”

– Riwayat Muslim , hadith no. 650 , sumber : http://www.dorar.net

Aku ingin kongsikan sedikit pengalaman di Kuwait ini.

Jika anda biasa pergi ke surau di sini, atau masjid-masjid, di mana jua di Kuwait ini, anda akan dapati bahawa pada setiap waktu solat, orang ramai akan bergegas menuju ke surau/masjid , sebelum iqamah dilaungkan nanti.

Surau, contohnya, di pasaraya, hypermarket, shopping complex, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, dan lain-laiin tempat, semuanya akan penuh, khususnya jika masuk solat Maghrib dan Isya’.

Bahkan, jika tempat solat tidak muat, mereka akan menunggu sehingga jemaah pertama selesai solat, kemudian mendirikan jemaah kedua, bersama-sama… begitulah seterusnya.. Kadangkala, sampai jemaah keempat pun ada…

Apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah, masyarakat di sini tidak ‘malu’ untuk berjemaah, dan tidak ‘beri banyak alasan’ untuk tidak berjemaah.

Kalau aku pergi ke surau – di Kuwait – , dan ketika itu ada dua tiga orang yang belum solat, biasanya aku akan dapati mereka menunggu-nunggu yang lain agar dapat dirikan solat berjemaah. Dan mereka tidak ‘malu’ untuk menjadi imam.

Tambahan pula, banyak masyarakat India atau Pakistan di sini yang membalut kepalanya dengan sapu tangan (handkerchief) semata-mata untuk menutup kepala ketika solat.

Ini apa yang aku lihat di sini. Adapun di Malaysia, suasananya mungkin agak berbeza, sepanjang pemerhatianku yang singkat setiap kali pulang ke Malaysia.

Yang ku lihat dan ku dapati (biasanya) , jika hendak solat, jarang benar aku jumpa orang yang mengajakku solat berjemaah , bersama. Masing-masing masuk ke tempat solat, lalu mencari satu sudut di surau, lalu solat sendirian.

Lihat gambar contoh yang ku ambil ini, di salah satu surau di lebuh raya PLUS.

Gambar di salah satu surau di lebuh raya PLUS

Seperti mana yang ku sebut di permulaan artikel ini, banyak alasan yang dibuat untuk mengelak menjadi imam, atau solat jemaah.

Baiklah, mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang ku bicarakan, tetapi tidak mengapa.

Aku tujukan buat yang takut jadi imam : jika dirasakan bahawa solatnya TIDAK SAH , bagaimana dia solat? Jika dia rasa solatnya tidak sempurna dan tak cukup syarat, bagaimana selama ini dia solat? Solat ini menghadap siapa? Apakah dia rasakan solatnya itu hanya satu kewajipan harian tanpa ada maknanya?

Marilah kita renungkan bersama…..

Semoga umat Islam di Malaysia peka dengan kepentingan solat jemaah.

1- Aku tidak menafikan langsung bahawa ramai juga yang suka bahkan sentiasa solat berjemaah, dari solat Subuh hinggalah Isya’, di Malaysia.

2- Jika dirasakan solatnya ‘tidak betul sangat’ , maka wajiblah ke atasnya mempelajari lagi hukum-hakam solat, jika tidak, sia-sialah amalannya setiap hari . (na’uzubillah)

3- Solat jemaah dapat mengeratkan hubungan antara jemaah. Secara langsung dan tidak langsung.

Aku teringat dalam ‘Body Language’ , sentuhan dan jarak antara dua orang memainkan peranan yang penting dalam menyemai ukhuwah atau kasih sayang antara mereka.

-Sebagai contoh, seorang bayi atau kanak-kanak akan sentiasa mencari ibu atau ayahnya apabila dia risau atau takut. Jika disentuh dan dibelai, makinlah dia akan rasa tenang.

Kita lihat dalam solat jemaah, masing-masing berdiri bersebelahan, bahu dan kaki biasanya akan bersentuhan (itu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w , tetapi masyarakat tidak ambil tahu kepentingannya, khususnya di Malaysia…) .

Sentuhan tersebut sebenarnya dapat melahirkan rasa kesamaan dan ukhuwwah antara para jemaah. Manusia takkan benarkan sesiapa menyentuh badannya , kecuali jika dia benarkan, betul tak?

– Jarak antara dua jemaah pula. Dalam body language juga, ada satu istilah dipanggil : Personal Zone Distances. (lihat rajah di bawah)

Personal Zone Distances

Kajian mereka menunjukkan bahawa setiap manusia ada “personal space” yang dia perlukan dalam menentukan zon yang boleh orang lain masuk untuk mendekatinya.

Jika demikian, maka barangkali, solat jemaah ini melebihi paras ‘intimate zone’ , dan menunjukkan betapa Allah subhanahu wa ta’ala  ingin mengajar kita agar bersatu dan bermuafakat, seperti mana Firman Allah swt :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚوَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya : ( Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.) – Surah Ali Imran ayat 103.

4- Dalam peperangan sekalipun, ada kaifiyat solat ‘khauf’ , betul tak? Solat ‘khauf’ atau ‘dalam ketakutan’ dalam peperangan, pada pengetahuanku yang cetek ini , dibuat secara berjemaah, seperti dalam surah an-Nisaa’ ayat 102.

5- Pernah ku dengar dari sebahagian ulama’, mereka menceritakan bagaimana pada suatu zaman pemerintahan Soviet, mereka solat sendirian secara bersembunyi di rumah. Bahkan, ada seorang ulama’ di sana menceritakan bagaimana dia terpaksa solat di bawah katil , bagi mengelakkan anak-anak kecilnya terlihatnya solat, lalu menceritakan pada kawan-kawan di sekolah. Sedangkan kita yang duduk senang-lenang di rumah, tanpa ada apa-apa halangan, tidak pula mahu solat berjemaah.

Akhir kata, cukuplah ku rasa kata-kata yang diberikan, agar tidak memberi kebosanan kepada pembaca. Insya allah apa yang ku katakan ini dapat memberi pengajaran – walaupun sedikit – kepada kita tentang pentingnya solat berjemaah.

Maka ayuh, marilah kita semua solat berjemaah, di mana jua kita berada…

Aku akhiri dengan hadith Rasulillah s.a.w :

عن أبي هريرة رضي الله عنه : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ( كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى . قالوا : يا رسول الله ، ومن يأبى ؟ قال : من أطاعني دخل الجنة ، ومن عصاني فقد أبى)  رواه البخاري حديث 7280

(Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Semua umatku masuk ke syurga, kecuali mereka yang enggan. ” Mereka (sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w) : Dan siapakah yang enggan itu? , Sabdanya s.a.w : “Barangsiapa yang mentaatiku, nescaya masuklah ia ke dalam syurga, dan barangsiapa yang derhaka padaku, maka dialah yang enggan…” ) – Riwayat al-Bukhari , hadith no. 7280 , sumber : http://www.dorar.net

——————————————–

p/s : Artikel ini dah lama nak tulis , tetapi tak sempat-sempat nak habiskan kecuali minggu ini. Jadi jangan pelik kalau minggu ini banyak artikel aku post di blog ini..

p/s 2 : Jangan lupa doakan keselamatan saudara-saudara kita di seluruh dunia, termasuk Palestin, khususnya Gaza, dan rombongan kapal Freedom Flotilla yang ditahan dek askar Yahudi itu.

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Ideologi, Inspirasiku, Kembara. Bookmark the permalink.

One Response to Malukah untuk solat berjemaah?

  1. solat berjemaah ni besar fadhilatnya. kita perlu praktiskan diri kita dengan pergi ke masjid untuk solat berjemaah. kat umah pun boleh solat jemaah bukan dekat masjid je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s