Bila nak bangkit?

” Bayangkan jika Masjidil Haram diserang dan dikepung ? Dan umat Islam dihalang daripada memasukinya?
Bayangkan jika Masjid an-Nabawi diancam untuk diruntuhkan? Dan jasad suci baginda Muhammad s.a.w. ada di masjid mulia itu? Apakah yang akan umat Islam lakukan? Adakah buat demonstrasi sahaja? Desak kerajaan-kerajaan dan kuasa besar campur tangan? Bagaimana pula jika masjid al-Aqsa pula runtuh ? ”

Itu kata-kata Sheikh Dr Ahmad al-Mu’allam , dari Yaman, ketika memberikan pengisian dalam satu forum yang diadakan di dalam masjid Kuliyyah Syari’ah sendiri, beberapa minggu yang lalu.

Aku bagaikan tersentak mendengar apa yang diucapkannya tadi. Seperti tidak pernah terfikir tentang itu. Masjid al-Aqsa adalah masjid ketiga yang disebut Nabi s.a.w , yang patut dilawati dan di’imarahkan.

Sebelum itu pula ahli panel yang lain memberikan info yang jarang ditemui di web-web terkemuka. 2 ahli panel sebelum syarahan Dr Ahmad tadi telah banyak memberikan impak – pada tanggapanku – pada pemikiran jemaah di masjid.

Yang pertama ialah Ustaz Iyhab, guru sebuah sekolah di al-Quds, Palestin. Kedua ialah Sheikh Asyraf Shalhab , ketua Biro Zakat al-Quds. Mereka semua memberikan maklumat berkenaan keaadan dalam Palestin sendiri.

Kata Ustaz Iyhab pula : ” kami dibenarkan masuk ke Masjid al-Aqsa jika ada ‘permit khas’ yang diberikan oleh puak Yahudi..” —- ” selesai fasa membuat terowong bawah masjid al-Aqsa, sekarang tinggal fasa mencantumkan semua terowong di bawahnya.. kemudian – nauzubillah- mudahlah masjid al-Aqsa nak diruntuh kelak!”

“Pernah suatu ketika, seorang guru perempuan sedang mengajar di sebuah sekolah di al-Quds, dan dia menulis di papan hitam, lalu tatkala menoleh ke pelajar-pelajar perempuannya, dilihatnya mereka sudah tiada! Lantai kelas rupanya telah runtuh deh terowong yang dibuat oleh Yahudi!”  Inna lillah…

  • Proses ubahsuai rumah tak dibenarkan untuk umat Islam di al-Quds!
  • Para pengkaji sejarah dan carigali kini mengatakan sekiranya ada kapal terbang yang lalu di atas al-Aqsa, nescaya boleh runtuh masjid itu!
  • 15 April yang lalu, Yahudi meraikan ulangtahun ke-62 penjajahan mereka!
  • Di pintu-pintu masjid al-Aqsa, terdapat askar-askar Yahudi yang mengawasi kemasukan umat Islam, sedangkan setiap hari orang Yahudi dan Rabbi-rabbi mereka keluar masuk dengan mudah…
  • Selepas isya’, askar Yahudi akan membuat pemeriksaan dalam masjid al-Aqsa, jika ada lagi orang Islam di dalamnya, mereka akan dihalau
  • Dalam kawasan masjid al-Aqsa, ada kamera pengawasan, balai polis dan pejabat kecil untuk tentera Yahudi
  • Di bawah Masjid al-Aqsa kini, ada 3 rumah ibadat Yahudi yang sudah pun menjalankan aktivitinya, dan orang-orang Yahudi setiap hari keluar masuk di situ
  • Itu belum cukup lagi, sedangkan banyak masjid-masjid di kawasan al-Quds dan lain-lain sudahpun ditukarkan menjadi muzium atau rumah ibadat Yahudi!

Banyak lagi yang disampaikan oleh Ustaz Iyhab tadi, diriwayatkan darinya sendiri, dengan apa yang ada di hadapan matanya…

Aku juga tertarik dengan kata-kata ahli panel kedua , Sheikh Asyraf Syalhab ketika mengatakan tentang bantuan-bantuan yang disalurkan ke Palestin , katanya : ” Kami mengumpul dana bantuan untuk rakyat Palestin, bukanlah secara utamanya untuk membina sebuah rumah di sana – sedangkan beratus-ratus rumah orang Islam di sana dirobohkan hampir setiap bulan- , tetapi kami ingin membina seorang INSAN yang mampu memimpin umatnya demi menegakkan kalimah Allah! …”

Umum ku rasa sudah pun mengetahui kelebihan masjid al-Aqsa , namun aku ingin sebut sedikit sahaja, sebagai mengulangkaji : (seperti apa yang disebut juga oleh Dr Ahmad al-Mu’allam)

  1. Masjid al-Aqsa ialah masjid kedua yang dibina selepas masjid al-Haram, jarak antara pembinaan kedua-dua masjid ini ialah 40 tahun
  2. Solat di dalamnya digandakan pahala sehingga 500 kali ganda
  3. Masjid al-Aqsa ialah qiblat yang pertama bagi umat Islam, sebelum Allah perintahkan Nabi Muhammad s.a.w menghadap ke Kaabah.
  4. Masjid al-Aqsa ialah tempat Nabi s.a.w mi’raj ke langit, pada malam Isra’ dan Mi’raj
  5. Masjid al-Aqsa adalah masjid ketiga yang disebut Nabi s.a.w , yang patut dilawati dan di’imarahkan, selepas Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi

Banyak lagi fadhilat Masjid al-Aqsa yang ku tak sebut di sini. Yang pasti, Masjid al-Aqsa ialah untuk umat Islam, itu yang penting!

Semalam dan kelmarin, kapal-kapal untuk menerobos benteng kezaliman dan penjara buatan Yahudi ke atas Gaza telah dirampas , dan ramai yang terbunuh dan cedera parah dek diserang oleh askar Yahudi! Katanya, mereka – anak-anak kapal – telah dibawa ke pusat tahanan Yahudi!

Mereka datang dengan aman, namun masih dihalang!

750 peserta menyertai konvoi kapal besar-besaran itu, dari lebih 40 negara, termasuk dari Malaysia dan Indonesia. Syeikh Ra-id Solah juga ada.

Ini video saat-saat Yahudi menyerang kapal-kapal tersebut, dari Al-Jazeera English.

Semoga Allah menyelamatkan mereka dari segala macam bencana dan kezaliman Yahudi…..

Wahai umat Islam…  bila nak bangkit?

Pernah suatu ketika , aku terfikir, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya… sama ada nyata atau tidak, itu atas kehendak Allah subhanahu wa ta’ala.

Kita lihat bagaimana setiap kali umat Islam semakin senyap dalam menyuarakan pegangan dan pandangan, timbul pula ancaman lain dari musuh-musuh Islam, seolah-olah memanggil kembali umat Islam untuk “bersuara”. Setiap kali semangat makin kurang, Allah akan bangkitkan kembali semangat mereka dengan ancaman musuh yang menyedarkan kembali mereka dari tidur. Barangkali itulah hikmahnya, wallahu a’lam.

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Ideologi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s