Kuiz al-Quran – 3 level

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini aku ingin kongsi dengan para pelawat blog ini,  satu kuiz tentang al-Quran. Kuiz ini bertujuan menguji pengetahuan tentang al-Quran.

Aku telah bahagikan kuiz ini kepada tiga level : Beginner, Intermediate dan Advanced .

Beginner : untuk maklumat yang biasa didengar. Intermediate : untuk yang ada minat nak mendalami al-Quran . Advanced : untuk yang sudah mahir dalam hafazan al-Quran.

Soalan-soalan ini juga sesuai digunakan dalam proses pembelajaran al-Quran di sekolah rendah dan menengah. Harap dapat dimanfaatkan.

Walaupun dinamakan kuiz, tetapi aku telah sertakan jawapannya di bawah setiap soalan.

————————————-

Level : Beginner

1 – Bilakah Al-Quran diturunkan di langit dunia?
– Malam Lailatul Qadar

2 – Apakah ayat pertama yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ?
– 5 ayat pertama dalam surah Al-‘Alaq

3 – Berapakah bilangan surah di dalam Al-Quran ?
– 114 surah

4 – Jika bilangan juzuk  dalam al-Quran ialah 30, berapakah bilangan Hizb dalam al-Quran?
– 60 hizb , kerana setiap satu juzuk merangkumi 2 hizb.

5 – Sebutkan 5 nama al-Quran yang masyhur :
– Az-zikr, al-Furqan, al-Kitab, al-Qur’an , at-Tanzil

6 – Apakah nama surah yang paling panjang dalam al-Quran ?
– Al-Baqarah , kerana ada 286 ayat

7 – Apakah nama surah yang paling pendek dalam al-Quran ?
– Surah al-Kauthar , ada 3 ayat

8 – Apakah ayat yang paling panjang dalam al-Quran ?
– Ayat ad-Dayn (yang mana dalamnya terdapat hukum-hakam berkenaan dengan hutang ) , iaitu ayat 282 , surah al-Baqarah

9 – Apakah kalimah terpanjang dalam al-Quran ?
– فأسقيناكموه  – surah al-Hijr ayat 22 : ada 11 huruf

– أنلزمكموه – surah Hud ayat 28 : ada 10 huruf

– فسيكفيكهم – surah al-Baqarah ayat 137 : ada 9 huruf

10 – Dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat (ayat sajadah) yang disunatkan sujud tilawah apabila membacanya, berapakah bilangan ayat sajadah tersebut ?
– 14 ayat , dan dikatakan 15 ayat, termasuk surah Sod :

1-  ( إن الذين عند ربك لا يستكبرون عن عبادته ويسبحونه وله يسجدون ) (الأعراف/206 ) .

2-  ( ولله يسجد من في السماوات والأرض طوعاً وكرهاً وظلالهم بالغدو والآصال). ( الرعد/15) .

3-  ( ولله يسجد ما في السماوات وما في الأرض  من دابة والملائكة وهم لا يستكبرون ) (النحل/49) .

4-  ( قل آمنوا به أو لا تؤمنوا إن الذين أوتوا العلم من قبله إذا يتلى عليهم يخرون للأذقان سجدا ) (الإسراء/107 ) .

5- ( إذ تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجداً وبكياً ) ( مريم/58 ) .

6-  ( ألم تر أن الله يسجد له من في السماوات ومن في الأرض والشمس والقمر والنجوم والجبال والشجر والدواب وكثير من الناس وكثير حق عليه العذاب ومن يهن الله فما له من مكرم إن الله يفعل ما يشاء ) (الحج/18 ) .

7-  ( يا أيها الذين آمنوا اركعوا واسجدوا واعبدوا ربكم وافعلوا الخير لعلكم تفلحون) (الحج/77 )

8-  ( وإذا قيل لهم اسجدوا للرحمن قالوا وما الرحمن أنسجد لما تأمرنا وزداهم نفوراً) . ( الفرقان/60 ) .

9-  ( ألا يسجدوا لله الذي يخرج الخبء في السماوات والأرض ويعلم ما تخفون وما تعلنون  ) (النمل/25 ) .

10-  ( إنما يؤمن بآياتنا الذين إذا ذكروا بها خروا سجداً وسبحوا بحمد ربهم وهم لا يستكبرون ) (السجدة/15 ) .

11-  ( وظن داود أنما فتناه فاستغفر ربه وخر راكعاً وأناب ) (ص/24) .

12-  ( ومن آياته الليل والنهار والشمس والقمر لا تسجدوا للشمس ولا للقمر واسجدوا لله الذي خلقهن إن كنتم إياه تعبدون  ) (فصلت/37) .

13-  ( فاسجدوا لله واعبدوا ) (النجم/63) .

14-  ( وإذا قرء عليهم القرآن لا يسجدون ) (الانشقاق/21 ) .

15-  ( كلا لا تطعه واسجد واقترب )      (العلق/19 ) .

11 – Surah apakah yang terdapat dua ayat sajadah dalamnya?
– Surah al-Hajj

12 – Surah apakah yang pada setiap ayatnya ada Lafzul Jalalah (kalimah ‘الله’ ) ?
– Surah al-Mujadilah

13 – Setiap surah dalam al-Quran dimulakan dengan basmalah , kecuali satu surah, surah apakah itu?
– Surah at-Taubah / al-Bara-ah

14 – Berapakah bilangan lafaz basmalah (bismillahirrahmanirrahiim) disebut dalam al-Quran ?
– 114 kali

15 – Basmalah disebut 114 kali di dalam al-Quran, kerana terdapat satu surah yang disebut  lafaz basmalah dalamnya sebanyak dua kali. Apakah nama surah itu, dan ayat apa?
– Surah an-Naml , ayat 30 :
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

16 – Dalam al-Quran, hanya satu nama sahabat Nabi s.a.w  disebut , siapakah sahabat itu?
– Zaid bin Harithah , dalam surah al-Ahzab ayat 37

17 – Apakah nama surah yang dinamakan dengan nama hari ?
– Surah al-Jum’ah

18 – Surah ini dinamakan dengan nama salah satu perang Baginda Muhammad s.a.w. , apakah nama surah ini ?
– Surah al-Ahzab

19 – Dikatakan ayat ini adalah ayat yang paling agung dalam al-Quran, ayat apakah itu?
– Ayatul Kursi , surah al-Baqarah ayat 255

20 – Surah ini , dalam satu hadis adalah seperti satu per tiga al-Quran . Surah apa ?
– Surah al-Ikhlas


21 – Dua surah ini dipanggil : al-Mu’awwizatain . Apakah nama surah-surah tersebut ?
– Surah Al-Falaq dan an-Nas

———————————————————————————————————————————

Level : Intermediate

22 – Berapa kalikah kalimah Ramadhan disebut dalam al-Quran ?
Sekali sahaja , iaitu dalam surah al-Baqarah ayat 185

23 – Berapakah bilangan surah Makkiyyah dan surah Madaniyyah dalam al-Quran ?
Surah Makkiyyah ada 86 surah , manakala Madaniyyah ada 28 surah

24 – Apakah yang dimaksudkan dengan surah Makkiyah dan surah Madaniyyah ?
Surah Makkiyyah ialah surah yang diturunkan sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah , manakala surah Madaniyyah ialah surah-surah yang diturunkan selepas hijrah Baginda s.a.w.  , walaupun bukan di Madinah. (mengikut pendapat yang masyhur )

25 – Apakah nama surah-surah yang dimulakan dengan : Alhamdulillah…. ?
5 surah : Surah al-Fatihah , surah al-An’aam , surah al-Kahf, surah Saba’ dan surah Fatir


26 – Apakah nama surah-surah yang dimulakan dengan : Tabaraka…. ?
Dua surah : surah al-Furqan dan surah al-Mulk

27 – Apakah nama surah-surah yang dimulakan dengan kalimah tasbih (Subhana… ; Sabbaha … ; Yusabbihu … ; Sabbih… ; ) ?
– Ada 7 surah :
–> surah al-Isra’ : سبحان الذي ….
–> surah al-Hadid, al-Hasyr, as-Soff : سبح لله
–> surah al-Jum’ah , at-Taghabun : يسبح لله
–> surah al-A’la : سبح اسم ربك الأعلى

28 – Apakah surah-surah yang dinamakan dengan nama para Nabi s.a.w ?
yang mu’tamad : surah Yusuf, surah Ibrahim, surah Yunus, surah Hud, surah Muhammad dan surah Nuh
dalam satu pendapat : surah Yaasiin dan surah Tohaa

29 – Satu surah , dinamakan dengan salah satu rukun Islam, apakah surah itu?
Surah al-Hajj

30 – Surah ini dimulakan dengan kalimah : Suratun… . Apakah nama surah ini ?
Surah an-Nur

31 – Surah ini dinamakan dengan nama seorang wanita , apakah nama surah ini ?
Surah Maryam

———————————————————————————————————————————-

Level : Advanced

32 – Berapakah bilangan surah-surah yang dimulakan dengan huruf muqatta’ah (huruf-huruf yang disebut namanya ketika membaca) ? Sebutkan.
– 29 surah , iaitu : al-Baqarah, Ali Imran, al-A’raf, Yunus, Hud, Yusuf, ar-Ra’d , Ibrahim, al-HIjr, Maryam , Toha, asy-Syu’ara’ , an-Naml , al-Qasas , al-‘Ankabut, ar-Rum , Luqman , as-Sajdah, YaaSiin , Sod , Ghafir, Fussilat, asy-Syura, az-Zukhruf , ad-Dukhan, al-Jathiah , al-Ahqaf , Qaf dan al-Qalam

33 – Surah-surah ini dimulakan dengan Ya Ayyuhal laziina aamanu… Apakah namanya ?
– 3 surah : al-Ma-idah , al-Hujurat dan al-Mumtahanah

34 – Surah-surah ini dimulakan dengan Ya Ayyuhan Nas.. Apakah namanya ?
– 2 surah : an-Nisaa’ dan al-Hajj

35 – Surah-surah ini dimulakan dengan Qul , apakah namanya ?
– 5 surah : surah Al-Jinn , surah al-Kafirun , Surah al-Ikhlas , surah al-Falaq dan surah an-Nas

36 – Apakah nama surah yang digelar surah at-Tauhid ?
– Surah al-Ikhlas

37 – Surah-surah ini dimulakan dengan Innaa…  , apakah namanya ?
– 4 surah : surah al-Fat-h , surah Nuh , surah al-Qadr dan surah al-Kauthar

38 – Ada 15 surah dalam al-Quran yang dimulakan dengan lafaz sumpah : Wa… (Demi … ) , apakah nama surah-surah itu ?
– 15 surah : Az-Zariyat , at-Tur , an-Najm, al-Mursalat, an-Nazi’at , al-Buruuj , at-Toriq , al-Fajr , asy-Syams , al-Lail , adh-Dhuha , at-Tin , al-‘Adiyat , al-‘Asr dan as-Soffaat

39 – Berapakah bilangan ayat dalam al-Quran ?
– 6236 ayat

40 – Apakah nama surah yang digelar : an-Nisaa’ as-Sughro ?
– Surah at-Tolaaq

41 – Apakah nama surah yang setiap ayatnya diakhiri dengan huruf Ra’ ?
– Surah al-Kauthar

42 – Apakah nama surah yang setiap ayatnya diakhiri dengan huruf Dal ?
– Surah al-Ikhlas

43 – Surah ini mengandungi 10 huruf Wau , walaupun hanya tiga ayat , apakah namanya ?
– Surah al-‘Asr

44 – Apakah nama surah yang tiada huruf Ra’ dalamnya ?
– Surah al-Ikhlas

45 – Apakah nama surah yang tiada huruf Mim dalamnya ?
– Al-Kauthar

46 – Apakah nama surah yang dimulakan dengan tasbih, dan diakhiri juga dengan tasbih ?
Surah alHasyr

—————————————————————————————————————————-
Source : Banyak web yang aku jadikan tempat rujukan beberapa soalan, antaranya  :
dan secara umumnya, kita sendiri boleh buat soalan-soalan ini kerana al-Quran adalah satu.
——————————————————————————————————————————
p/s : Semoga dapat manfaatnya… Jangan hanya tahu sahaja mengenai al-Quran, tetapi tidak membacanya..

Qafmimra

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

23 Responses to Kuiz al-Quran – 3 level

  1. khairi berkata:

    Assalamualaikum, bolehkah saudara membantu saya mencari kekerapan penggunaan kalimah
    Az-zikr, al-Furqan, al-Kitab, al-Qur’an dan at-Tanzil di dalam al-Quran yang merupakan 5 nama al-Quran termashur sebagaimana telah saudara sebutkan di atas.

  2. qafmimra berkata:

    waalaikumussalam…
    saudara khairi boleh cari di http://tanzil.info
    berikut adalah contoh apa yg saya dapat :
    Kalimah “Az-zikr” الذكر : ayat2 yg menyebut Az-Zikr dan membawa maksud sebagai al-Quran ialah :
    –>> Ali Imran 58 , al-Hijr 6 dan 9 , An-Nahl 44 , Yaasiin 11 , Sod 8 , Fussilat 41, az-Zukhruf 5 , al-Qamar 25 dan al-Qalam ayat 51.

    Harap dapat manfaatnya. Wallahu a’lam

  3. intan shaliza berkata:

    assalammualaikum…

    1) apakah yg dimaksudkan samiallahuliman hamidah?

    2) apakah 4 surah yg terdapat kalimah ‘muhammad’ di dalam al-quran?

    sekian terima kasih

    wassalam…

    • qafmimra berkata:

      waalaikumussalam

      1) sami’allhu li man hamidah : Allah mendengar sesiapa yang memujiNya… ini maksud yang zahir pada saya… wallahu a’lam

      2) Ada 4 surah seperti soalan saudari tadi :
      a- Surah Ali Imran ayat 144
      b- Surah Al-Ahzab ayat 40
      c- Surah Muhammad ayat 2
      d- Surah al-Fath(i) ayat 29

      Sumber rujukan : http://tanzil.info

  4. Julya Julyqah berkata:

    Assalammualaikum…? boleh kah saudara membantu sy untuk persoalan di bawah..?

    1.Sebutkan nombor ayat dan surah yang terdapat bacaan “Tashill” didalam Al-Quran disisi bacaan riwayat hafz?

    2.Nyatakan sebab turunya surah Al-kafirun dan kaitanya dengan seruan dakwah Rasulullah s.a.w?

    3.Sebutkan nombor ayat dan surah yang terdapat bacaan “Ishmaan” didalam Al-Quran disisi bacaan riwayat hafz?

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam….. insya allah mana yg boleh , saya bantu. Walau bagaimanapun, saya bukan pengkhususan ilmu al-quran mahupun qira-at, jadi maaf jika ada yang tak dapat jawab:

      1 – Cuba saudari rujuk sini, dalam bahasa Arab : http://www.maroc-quran.com/vb/t11483.html , atau rujuk buku2 tajwid dan qira-at, mungkin boleh membantu. Saya tak tahu sangat bab qira-at ni.

      2- Saudari boleh rujuk website http://www.altafsir.com , memang berbaloi, ada English dan Arabic , n cari di sebelah kiri page tu nanti, Asbabun Nuzul oby Al-Wahidi. Kemudian pilih surah al-Kaafiruun.
      Tentang kaitannya dengan seruan dakwah Rasulullah s.a.w , daripada apa yg saya faham, surah al-Kaafiruun ini menegaskan bahawa walau apa yang berlaku , walau apa pun cabaran n dugaan dalam berdakwah, agama Islam tidak sekali2 akan disamakan dengan agama lain, jadi Rasulullah s.a.w tidak sama sekali mengalah dalam berdakwah kepada orang2 musyrikin ketika itu.
      Kalau saudari boleh rujuk tafsir-tafsir quran , mungkin ada disebutkan. Dan salah satu yg baik juga untuk bincang tentang dakwah ialah tafsiran Syed Qutb, iaitu Fi zilalil quran , boleh download PDFnya di laman 4shared.com saya di : http://www.4shared.com/dir/KeGxXpF8/sharing.html ,
      cari Islamic Books > folder Tafsir al-Quran (Fizilalil) > fail 109_Al-Kafirun.pdf .. berguna insya allah…

      3 – Isymaam : Apa yang saya tahu, dalam surah Yusuf, ayat 11 :
      لا تأمنا
      Baik saudari rujuk buku2 qira-at , jika ada. Sekali lagi saya mohon maaf kerana tak dapat memberikan jawapan yg benar2 tepat, kerana saya tak begitu arif tentang ilmu qira-at ini.

      Wallahu a’lam.

  5. imran berkata:

    post ini sangat bermakna buat saya. pada saya punca kejatuhan orang islam pada masa ini kerana kita sendiri tidak kenal Al-Quran. marilah bersama memahami dan mengamalkan Al-Quran, pasti selesai semua masalah di dunia ni 🙂

    • qafmimra berkata:

      Insya allah….
      Al-Quran adalah kitab Allah..
      perlembagaan bagi yang mencari hukum hakam di dunia…
      panduan bagi yang mencari jalan ke syurga…
      kamus bagi yang mencari sumber kefasihan bahasa…
      penawar bagi yang punya penyakit, rohani ataupun nyata…
      sama-samalah kita menghayati dan mengamalkannya….. selamat di akhirat, selepas di dunia…

  6. afifah aqilah berkata:

    assalamualaikum,,

    ustazah saya bagi soalan kuiz ni, tpi saya xtau la.. boleh tolong jawabkan? hehe..

    1) apakah 2 perkataan yang berlawanan yang disebut sama banyak di dalam alquran?

    terima kasih..

  7. Ahmad said berkata:

    Assalamu’alaikum..wr,wb..

    Syukron wayarhamukallah..

    Nukilan nya sangat bermanfaat..

  8. Ahmad said berkata:

    Ma’af numpang tanya : bukan kah jumlah ayat2 dlm al qur’an ada 6666 ayat..wallahu a’lam..

  9. wazan5 berkata:

    Surah apa yang dalam ayatnya tiada baris bawah?

  10. linda berkata:

    Assalamualikum
    saya nak tahu jwpn drp soalan di bawah ni bboleh x?
    1) dua nama surah dari nama serangga
    2) Surah yang dikenali sebagai Ummul Kitab
    3) Ayat yan diturunkan selepas peristiwa hijrah walaupun bukan di madinah
    4) 5 surah yang mengisahkan kedasyatan hari kiamat
    5) surah yg dinamakan dgn sejenis nama buah

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam….
      Saya cuba menjawabnya dengan ilmu yang cetek ini :
      1) Dua nama surah : an-Naml (semut) dan an-Nahl (lebah)

      2) Surah Al-Fatihah

      3) Saudari mahukan sesuatu ayat atau istilah utk ayat itu ?
      – contoh ayat : Al-Ma-idah ayat 3
      – istilah : Ayat Madaniyyah , iaitu ayat yang turun selepas hijrah, walaupun bukan di Madinah, menurut pendapat ulama’ yang masyhur.

      4) 5 surah yang mengisahkan kedahsyatan Hari Kiamat : banyak, mungkin ini sebahagiannya, wallahu a’lam.. :
      – Al-Haaqqah
      – Al-Waqi’ah
      – Az-Zalzalah
      – Al-Qari’ah
      – Al-Qiyamah

      5) Surah at-Tiin

      Jika ada di kalangan pengunjung yg mempunyai jawapan lebih tepat, saya alu-alukan. Betulkan jika saya tersilap. wallahu a’lam…

  11. asmimie berkata:

    assalamualaikum.

    ana asmimie. ana minta permission utk download quiz ni utk kegunaan aktiviti persatuan.
    asif, ana terdownload dulu baru minta permission.
    jazakallahhu khayr~

  12. nurul berkata:

    salam. syukran atas perkongsian yg sangat bermanfaat ni. saya mohon keizinan utk kuiz ini dijadikan aktiviti pelajar sekolah. moga pahala jariah berkat ilmu dari perkongsian saudara berterusan, amin.

  13. mohd usbah berkata:

    Assalam. mohon kebenaran nak share…..syukran.
    Kesungguhan anda menyediakan maklumat tersebut sangat dihargai. Semoga usaha anda diberkati. Ameen.

  14. vince smart berkata:

    Ini layak dan bagus dibaca

  15. ifan berkata:

    ijin share bang, ini bermanfaat untuk memancing jamaah, memahami dan meningkat gairah untuk mendalaminya, tdk hanya sekedar membacanya saja sbgimana yg selama ini dilakukan, sukron semoga ada lagi sesuatu yg dpt kmi ambil pelajarannya

  16. RIZAL RIDZUAN berkata:

    Soalan kuiz yang sngat baik. Mohon digunakan untuk utk kuiz di sekolah saya.

  17. NAZIATUL AMIERA berkata:

    salam
    saya nak tnya tntg surah
    surah apakah yg mempunyai 30 patah perkataan dan 114 huruf?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s