Nasyid Huruf Hija-iyyah

Ini ada nasyid huruf-huruf Arab yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan, – tak tahu siapa – . Nasyid ini digunakan oleh ibu bapa di tanah Arab untuk mengajar anak-anak mereka huruf-huruf bahasa Arab dari Alif hingga Ya ‘ dalam bentuk lagu atau ‘seloka’ .. nak kata sya’ir tak mungkin, sebab wazan dan qafiyah dia rasanya tak sekata.

Nyanyian juga berkesan bagi memudahkan proses mengingat. Jika tak percaya, cuba anda nyanyikan buku-buku anda yang dibaca.. 🙂

Apa pun, aku letak video serta terjemahan liriknya ini di blogku atas permintaan seorang kawan baikku, dia amat suka mendengar lagu ini. Malah gembira katanya. Boleh diajar pada anak-anaknya nanti…

Terimalah terjemahanku yang ku buat khas untuknya. Seperti biasa, aku meminta maaf jika bahasa yang ku guna tidak begitu tepat, maklumlah BM ku tak hebat mana.

Video untuk nasyid ini banyak di Youtube, tetapi ku pilih yang ini kerana ada gambarnya sekali.

ألف أرنب يجري يلعب يأكل جزرا كي لا يتعب

Alifun – arnab yajri yal’ab ya’kulu jazran kay la yat’ab

Alif – seekor arnab berlari, bermain, lalu makan lobak merah agar tidak keletihan

باء بطة نطت نطة وقعت ضحكت منها القطة

Ba-un – battoh nattot nattoh waqa’at dhohikat minhal qittoh

Ba’ – seekor itik melompat-lompat dan jatuh, lalu si kucing mentertawakannya

تاء تاج فوق الراس فيه الذهب وفيه الماس

Ta-un – taj fauqar ra’si fihiz zahabu wa fihil mas

Ta’ – mahkota di atas kepala, terdapat padanya emas dan permata

ثاء ثعلب صاد دجاجة هو ماكر وقت الحاجة

Tha-un – tha’lab soda dajajah huwa maker waqtal hajah

Tha’ – musang menangkap ayam, ia licik ketika punya hajat

جيم جمل في الصحراء مثل سفينة فوق الماء

Jimun – jamalun fis sohra’ mithlu safinah fauqal ma’

Jim – seekor unta di padang pasir, seperti kapal di atas air

حاء حج أسمى رغبة فيه طواف حول الكعبة

Ha’un – hajj asma raghbah fihi towafun haulal ka’bah

Ha’ – Haji, semulia-mulia keinginan, padanya ada tawaf di keliling Ka’abah

خاء خبز عند البائع لا يأكله إلا الجائع

Kha-un – khubzun ‘indal ba-i’ la ya’kuluhu illal ja-i’

Kha’ – sekeping roti pada penjual, tidaklah memakannya kecuali orang yang lapar

دال ديك حسن الصوت قام يؤذن فوق البيت

Dalun – diik, hasanus souti qaama yu-azzin fauqal bayti

Dal – seekor ayam jantan, suaranya merdu, ia berkokok di atas rumah

ذال ذئب وحش صلب لا يرهبه إلا الكلب

Dzalun – dzi’bun wahsyun solbun la yurhibuhu illal kalbu

Dzal – seekor serigala yang liar, garang, tiada apa mencabarnya kecuali si anjing

راء رجل عرف الدين فهو صدوق وهو أمين

Ra-un – a rajulun ‘arafad din fahuwa soduqun wahuwa amiin

Ra’ – seorang lelaki yang tahu agama, maka dia bercakap benar dan dia seorang yang amanah

زاي زهرة أصفر أحمر هي بعيني أحلى منظر

Zayun – zahrah asfaru ahmar hiya bi’aini ahla manzor

Zay – sekuntum bunga kuning dan merah , ia pada pandanganku adalah seindah-indahnya

سين ساعة تحفظ وقتي في مدرستي أو في بيتي

Siinun – sa’ah tahfazu waqti fi madrasati au fi baiti

Sin – jam yang menjaga waktuku, di sekolahku, dan di rumahku

شين شمس صنع قدير فيها الدف وفيها النور

Syinun – syamsun sun’un qadirun fihad dif-u wa fihan nuru

Syin – matahari , kejadian yang hebat, padanya kehangatan dan padanya juga cahaya

صاد صائد ألقى الشبكة بعد قليل صاد سمكة

Sodun – so-id alqasy syabakah ba’da qalilin soda samakah

Sod – seorang nelayan melontar jalanya, tak lama selepas itu dia dapat menangkap seekor ikan

ضاء ضابط يحمي وطني يحفظ أمني يرعى سكني

Dhodun – dhobit yahmi watoni yahfazu amni yar’aa sakani

Dhod – pegawai polis menjaga negeriku, memelihara keamananku, menjaga rumahku

طاء طفل أجمل طفل فهو نظيف حسن الشكل

To-un – tiflun ajmalu tiflin fahuwa nazhifun hasanusy syakli

To’ – bayi yang paling comel, suci dan cantik rupanya

ظاء ظفر نظفناه طال قليلا فقصصناه

Zho-un – zhufrun nazzhofnahu tola qalilan faqasasnahu

Zho’ – kuku yang kami telah bersihkan, telah panjang sedikit maka kami potongnya

عين عين تخش الله تشهد خيرا فيه رضاه

‘Ainun – ‘ainun takhsyAllaha tasyhadu khairan fihi ridhohu

‘Ain – mata yang takutkan Allah, melihat perkara yang baik , diredhai Allah

غين غار غار حراء فيه أنزل القرآن

Ghaynun – ghaar ghaaru hiraa’fihi unzilal qur’aan

Ghayn – gua, gua hira’ yang mana di situlah turunnya Al-Qur’an

فاء فيل ذو أنياب وهو صديق يا أصحاب

Fa-un – fiilun zu anyab wahuwa sodiqun ya as-haab

Fa’ – seeorang gajah yang ada belalai, dan dia adalah kawan, wahai kawan-kawan

قاف قمر فيه منال ومواقيت تهدى السائح

Qafun – qamarun fihi manaalun wa mawaqitu tahdis sa-il

Qaf – bulan padanya harapan dan takat waktu untuk si pengembara

كاف كلب عاش جواري يحرس غنمي يحرس داري

Kafun – kalbun ‘aasya jiwari yahrusu ghanami yahrusu daari

Kaf – seekor anjing tinggal berdekatanku, menjaga kambing-kambingku , mengawasi rumahku

لام لحم ينمو جسمي يكسو عظمي فيه أسماه

Laamun- lahmun yanmu jismi yaksu ‘azhmi fihi asmah

Laam – daging, badanku membesar, ia membaluti tulangku di atasnya

ميم مسجد بيت الله فيه أؤدي كل صلاة

Miimun – masjidun baytullah fihi u-aadi kulla solaah

Mim – masjid , rumah Allah, dalamnya ku tunaikan semua solat

نون نهر نهر النيل فهو كريم غير بخيل

Nunun – nahrun nahrun nili fahuwa karimun ghairu bakhilin

Nun – sungai, sungai Nil, ia amat pemurah (kiasan pada air yg tak putus) , tidak bakhil

هاء هرم عالي القمة وبناؤه رمز للهمة

Ha-un – haramun , ‘alil qimmah , wa bina-uhu ramzun lilhimmah

Ha’ – pyramid, puncaknya tinggi, dan pembinaannya symbol kesungguhan

واو وجه للإنسان فيه إشراق بالإيمان

Wawun – wajhun lil insaan, fihi isyarqun bil imaan

Wau – wajah manusia, padanya cahaya keimanan

ياء يد ترسم زهرة تبدع شكلاً تظهر فكراً

Ya-un – yadun tarsumu zahrah tubdi’u syaklan tuzh-hiru fikran

Ya’ – tangan melukis bunga, cantik bentuknya, menyerlahkan ideanya

———————————————————————-

p/s : Semoga terhibur….. 🙂

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

9 Responses to Nasyid Huruf Hija-iyyah

  1. abdussalam berkata:

    terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat,…nanti ana pun nak buat gitu untuk anak-anak ana..hehe….

  2. fuad berkata:

    gimana cara downloadnya

  3. zawani berkata:

    sedap lagu ni..
    ana pun suke mendengarnya.. 🙂

  4. terhibur mendengarnya.blh ajar anak2 murid ni

  5. Bintun Omar berkata:

    akhirnye ana jumpe liriknye serta maknanye. syukran ‘awi2

  6. Ibnu Usman berkata:

    Syukron, jazakumullahu khair….
    Ada nggak lagu yang lain, yang senada..?

  7. fisha berkata:

    minta share ye. syukran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s