Peperiksaan itu hiburan ?

Gambar hiasan : Kenangan semi-final dengan Burhan, dia menang 2-1 , dengan deuce 11-9

“Peperiksaan itu seperti permainan ping-pong. Pukullah bola sepertimana ia datang padamu. Jika top-spin, maka balaslah dengan top-spin, jika back-spin, maka balaslah dengan back-spin. Tetapi pukullah dengan kadar yang sepatutnya, jangan terlalu jauh, jangan terlalu dekat…”

“Dan semestinya kita hanya diberi peluang untuk pukul bola ping-pong itu sekali sahaja apabila ia datang. Maka pukullah dengan pukulanmua yang paling baik…”

Dua ungkapan yang ku buat di Facebook semalam. Ada juga respons oleh kawan-kawanku… Aku sendiri tersenyum tatkala membaca semula apa yang ku ungkap itu….

——————————————

Dah lama aku tidak update blog ku ini. Sibuk mungkin.

Sekarang sudah masuk musim peperiksaan, bagi semua peringkat pendidikan di Kuwait…

Semoga Allah memberikan kekuatan kepadaku untuk membuat yang terbaik dalam exam-exam yang bakal ku hadapi…

Inspirasi 1 : Peperiksaan itu hiburan

Peperiksaan itu sebenarnya satu hiburan buat diri sendiri. Mungkin ada yang tidak setuju, tetapi apa yang pasti, akan ku terangkan sendiri mengapa ku katakan hiburan.

Dengan peperiksaan, kita akan membaca lebih banyak daripada biasa.
Dengan peperiksaan, kita dapat tahu kelebihan dan kekurangan diri kita.
Dengan peperiksaan , kita dapat lihat pelbagai gelagat dalam dewan.
Dengan peperiksaan, kita semakin dekat pada Allah.

Membaca banyak itu satu hiburan. Mengetahui tentang diri sendiri itu juga bagiku adalah satu hiburan.
Melihat gelagat orang adalah satu hiburan juga. Dekat pada Allah, juga sepatutnya suatu hiburan buat kita….

Maka kesimpulan yang ku beri ialah peperiksaan itu satu hiburan. Keputusannya juga harap-harap suatu hiburan buat kita.. 🙂

—————————————-

Inspirasi 2 : Mohon taufiq daripada Allah, bukan bergantung pada diri sendiri sahaja

Selepas solat Maghrib, 2 hari yang lalu, seorang mushrif(warden) di hostel kami, ustaz Ibrahim Sibaq, tampil ke hadapan para jemaah. Seperti biasa , beliau akan memberikan sedikit tazkirah buat para pelajar, dan kami sedia maklum bahawa dia antara mushrif yang baik dan banyak pengetahuan dalam bidang agama. Apa yang penting, kali ini dia membawa satu topik yang amat bermakna, dan aku rasa seolah-olah tidak pernah ku dengar.

Menjelang peperiksaan, para pelajar semuanya akan sibuk dengan proses mengulangkaji, atau studi untuk menghadapi segala macam soalan dalam peperiksaan nanti.

Bagi sesetengah pelajar, rutin hariannya akan berubah serta-merta menjelang peperiksaan. Jika biasanya dia menonton tv di lobi hostel selepas isyak, – contohnya- maka pada hari-hari peperiksaan dia akan berhenti seketika. Ada yang akan berhenti ber’internet’ pula. Ada yang rutinnya bermain ping-pong, atau bersembang di hadapan pintu masuk kafeteria, atau hadapan pintu hostel, semuanya akan berubah.

Hostel akan jadi sedikit lengang, kecuali di dua tempat : Surau dan kafeteria.
Surau untuk menunaikan solat berjemaah, dan kafeteria untuk bersantap dan bersantai seketika bersama kawan-kawan seperjuangan.

Antara isi kandungan kata-kata ustaz Ibrahim, secara mafhumnya (isi tersirat) :

1- Manusia perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh, agar dapat mencapai segala yang dicitanya.

2- Manusia sebenarnya lemah dan perlukan kekuatan untuk belajar sekuat yang boleh.

3- Manusia hanya merancang dan berusaha, selebihnya dia hanya boleh bertawakkal pada Allah dan berdoa.

4- Kata ulamak dahulu kala : Barangsiapa yang bergantung hanya pada dirinya , dia akan penat dan letih, tetapi jika bergantung pada Allah, Allah tidak penat dan jemu menunaikan permintaan hambaNya.

5- Pelajar yang belajar kuat ketika musim peperiksaan, perlulah dekat dengan Allah, sentiasa berdoa memohon agar segala yang diusahakannya membuahkan hasil.

6- Pelajar , sejauh mana pun cerdas dan pintar akalnya, jika tidak diberikan taufiq oleh Allah dalam peperiksaannya, tidak akan dapat berjaya.

Sungguh bermakna kata-kata beliau itu, dan aku telah mendapat satu motivasi baru, selepas aku menerima kejutan hebat daripada dua peperiksaan yang baru berlalu kelmarin, Isnin 18 Januari 2010.

Peperiksaan itu adalah bagi subjek Fiqh Mu’awadhat (fiqah jual-beli) dan fiqh al-Mawarith (fiqah harta pusaka). Soalan-soalannya amat sukar, dan walau apa pun, aku teruskan juga menjawab hingga tamat soalan yang diberi. Yang pasti, semua pelajar seperti ‘shocked’ setelah keluar dari dewan peperiksaan.

Oleh yang demikian, seharusnya kita sentiasa memohon daripada Allah subhanahu wa ta’ala agar memberikan kita taufiq dan petunjuk untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang, di samping memohon agar segala amalan dan usaha kita dalam menuntut ilmu itu diterimanya.

Mohon juga agar hati ini ikhlas dalam menuntut ilmu.

———————————————-

p/s : Tinggal lagi 4 exam untuk ku hadapi. Moga persiapanku cukup insya Allah..

p/s 2 : beberapa hari selepas sahaja tamat exam, aku akan pulang ke Malaysia sekejap, untuk menghadiri majlis perkahwinan abangku nanti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s