Melawat UKM dan UIA

Pada Rabu, 2 September yang lalu, aku telah mengadakan lawatan sambil bertanya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pada mulanya aku ingin pergi sendirian, tetapi ayahku ingin menghantarku dengan kereta bersama ibuku.

Yang penting, ini adalah sebahagian daripada agendaku untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang program Master di sana. Insya allah aku akan melawat pula UM , dan barangkali juga USIM.

Lebih kurang jam 10.30 am , aku tiba di perkarangan UKM, dari Bukit Mahkota , rumah abangku Amin. Alhamdulillah, UKM dekat sahaja dari situ, lebih kurang 10 ke 15 minit sahaja rasanya.

Sebelum ini juga, seorang pensyarah UKM, Prof Madya Dr Zamri Arifin telah menghubungiku dan menyatakan bahawa beliau dan beberapa rakan lain akan melawat Kuwait University pada hujung Oktober ini insya allah. Jadi beliau ingin berjumpa denganku. Alang-alang ke sana, baik juga aku singgah di pejabatnya.

Bangunan di tengah itu ialah Fakulti Pengajian Islam UKM

Bangunan di tengah itu ialah Fakulti Pengajian Islam UKM

Memasuki kawasan UKM di Bangi ini mudah sahaja, kerana tidak ada pengawalan yang terlalu ketat, mereka hanya meminta aku menyerahkan kad lesen atau kad pengenalan kepada mereka, dan memberiku satu kad bertulis : Pelawat. Sempat juga aku bertanya di manakah Pusat Pengurusan Siswazah dengan pak guard itu, dengan penuh dedikasi, dia memberikanku sehelai kertas memaparkan peta UKM, dan menunjukkan arah yang patut aku lalui untuk ke sana.

Belakang : Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman

Belakang : Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman

Ini adalah kali pertama aku pergi ke UKM juga. Jadi aku, ayah dan emakku pada mulanya agak kekok dengan kawasan itu, namun alhamdulillah, berbekalkan peta yang diberi dan sedikit kemahiran yang ku perolehi semasa bermain ‘treasure hunt’ di Kelantan dahulu, akhirnya kami menemui bangunan itu.

Pendek cerita , aku telah bertanya akak yang menjaga kaunter itu dan meminta padanya brochure dan apa-apa yang boleh diminta. Bahkan aku meminta untuk melihat borang untuk permohonan masuk. Ku lihat akak itu agak penat menjawab soalan-soalanku, banyak juga, kerana bagiku inilah peluang untuk mendapat sebanyak info yang boleh. Jika tidak, sia-sialah aku ke mari. Rupanya UKM tidak mensyaratkan IELTS atau TOEFL bagi rakyat Malaysia, namun kemungkinan 60% aku akan menduduki peperiksaan untuk IELTS nanti di Kuwait, bagi memudahkanku apply untuk mana-mana institusi.

Kemudian, aku pergi menemui Dr Zamri, dan sebelum itu aku menghubunginya dan bertanya di manakah letaknya pejabat beliau, bangunan Fakulti Pengajian Islam.
Masya allah, bangunan besar, tetapi luarannya agak kelihatan lama atau buruk sedikit, maaf jika pernyataan ini mengguris pihak UKM. Yang pastinya, aku bersyukur seadanya dengan penerimaanku untuk belajar di Kuwait University, kerana jika dibandingkan bangunan dan fasiliti yang ada, Kuwait Univ. lebih canggih dan cantik. Mungkin atas faktor kewangan? Wallahu a’lam. Jadi ingatlah adik-adikku yang belajar di K.Univ itu, syukurilah dengan peluang yang ada di sana, belajarlah sebaik yang boleh.

Aku pun masuk bangunan FPI, menuju ke biliknya,di aras 3, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Sesampai di biliknya, ada rakannya di situ, jadi aku menunggu sebentar dan kemudian aku pun ketuklah pintunya.
Aku disambut dengan penuh keramahan, dan tiba-tiba dia memanggil Dr Maheram yang berada di seberang biliknya. Apa yang special?
Dia kata, inilah pelajar Kuwait!

Rupanya, Dr Zamri dan Dr Maheram adalah bekas pelajar Kuwait! Baru ku tahu! Aku pun terus ditemu ramah oleh mereka berdua, sekejap Dr Zamri, sekejap Dr Maheram. Masing-masing mengenang kembali zaman ketika mereka di sana. Kaifan, Shuwaikh, Souk Jum’ah dan lain-lain. Kedua-dua mereka belajar di Kuliyyah Adab (Sastera). Aku begitu gembira dan teruja kerana dapat berjumpa senior-seniorku yang memang selama ini aku tercari-cari. Katanya, dahulu kala, kebanyakan pelajar adalah dari Kelantan. Sekarang juga demikian sebenarnya kataku. Akulah satu-satunya anak Melaka yang belajar di K.Univ.

Pendek cerita, aku sempat bertanya juga tentang program MA di UKM, dan aku juga telah bawa bersamaku beberapa buku sebagai rujukan tentang K.Univ. dan sedikit cenderemata.

Kata Dr Zamri, semua lepasan Kuwait diiktiraf kredibiliti dan keilmuannya di Malaysia , seperti Dr M Daud Bakar, Dr Abd Rahman Chik dan lain-lain, dan dia harap aku dan kawan-kawanku juga demikian. Insya allah..

Yang menariknya, Dr Zamri berkata, jika sebuah universiti itu ada lepasan Kuwait, lebih mudah proses untuk apply nanti kerana boleh aku minta bantuan daripada mereka. Di UIA ada, di UM ada. Di UKM seorang lagi lepasan Kuwait ialah Dr Md Zain. Sayangnya aku tak sempat berjumpa dengannya, dan sayang sekali aku terlupa bawak kamera dalam poket!

Setelah dipendekkan cerita lagi, bolehlah ku kata, alhamdulillah, dan insya allah, moga mudahlah urusanku nanti jika ingin buat MA. Setelah lebih kurang setengah jam di pejabatnya, aku teringat ayah dan emakku sedang menunggu di tempat parkir kereta. Aku pun meminta diri dan beliau sempat memberiku sebuah buku berjudul : Prosiding Simposium Tamadun Islam – Abad Pertengahan 2 , susunan beliau dan seorang rakan.

Kemudian, aku menuju ke UIA Gombak, dan mujurlah aku teringat bahawa aku menyimpan nombor telefon Dr Abd Rahman Chik, Timbalan Dekan Kuliyyah of IRK, yang juga lepasan Kuwait University. Mujur dia ada di pejabat.

Belakang : Tak tahu nama bangunan apa...

Belakang : Tak tahu nama bangunan apa...

Pendek cerita juga, aku sebenarnya dah jumpa Dr Abd Rahman Chik di Kuwait, semasa perhimpunan alumni Kuwait dua tahun lepas di Masjid al-Kabir , yang diberi nama : Multaqasy Syu’ub ad-Dauli . Jadi tidaklah aku begitu kekok dengannya.

UIA juga bagiku sukar untuk dicari tempat yang dituju di kawasan itu, kerana sign-board tak banyak dan kecil sahaja. Pihak UIA mungkin sedar hal ini. Bahkan Dr Abd Rahman Chik sendiri mula-mula agak pening dengan tempat-tempat di sini, katanya. Bangunan-bangungannya cantik, berprestij juga. Tetapi masih tidak dapat menandingi bangunan di Kuwait University (hehe.. mungkin? nanti aku cerita pasal K.Univ pula di blog ini).

Bergambar di depan pintu masuk UIA.. jadilah...

Bergambar di depan pintu masuk UIA.. jadilah...

Jadi tidak banyak yang ku bualkan dengannya, lebih banyak bertanya khabar dan bagaimana pembelajaranku yang kini di tahun 4 ini. Beliau berkata, biasanya untuk mengetahui program yang ada, pelajar jumpa dengan Dekan Kuliyyah IRK sendiri, tetapi ketika itu Dekan tersebut ada kuliah untuk disampaikan.

Kenangan....

Kenangan....

Kesimpulannya, UIA perlukan IELTS atau TOEFL , international standard; UKM tak perlu bagi rakyat Malaysia. Tentang yuran, akan ku usahakan seadanya, insya allah tak kurangRM5000 dan tak lebih RM10000 .

Seronok melawat universiti-universiti di Malaysia.
Trip seterusnya ialah : UM .. sedang mencari kontek. Atau kontek terus pensyarah lepasan Kuwait di sana…

Wallahu a’lam…

p/s : sayang terlupa nak ambil gambar masa pertemuan dengan mereka… pintu gerbang UKM ada betul-betul depan simpang empat, dengan lampu trafik dan kenderaan yang lalu-lalang.. Tak dapek nak ambil gambar..

Advertisements
This entry was posted in Kembara and tagged , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Melawat UKM dan UIA

  1. aku igt ko g sorang??rupe nyer angkut skali mak ayah.huhu.apesal mak ko mcm kurus sangat ha??

  2. a'ayan berkata:

    dulu amik ielts kat msia lagi murah dari kuwait. silap2 beza dlm 22 dinar gitu. tak tau skang. sementara masih kat msia, klw nak ble search kat net or cek ngan tempat2 yang provide ielts, misal british council. n ble tanya ada ke tak kat melaka.

    • qafmimra berkata:

      terima kasih atas info… ana cek2 ada dalam RM 500 lebih… di Melaka ada, tapi masih tak banyak tempat yang buat.. insya allah balik Melaka semula nanti ana survey balik… kalau tak ambil lagi di Kuwait la kan….

  3. Maheram Ahmad berkata:

    Assalamualaikum…
    Seronok baca tulisan anta…dah tamat belajar di Kuwait..? Masa kami belajar dulu, Univ. Kuwait taklah secanggih skrg..mungkin lps perang telok…semuanya berubah..yg penting ilmu, bukan bangunan atau peralatannya. Semoga terus maju jaya..!

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam….
      Terima kasih kerana sudi melawat blog ana…
      Ye …. alhamdulillah, ana dah tamat belajar, bulan Ogos 2011 yang lepas.
      Sekarang dah 2 bulan kerja di Aqsa Syarif Berhad , kat Kajang, tapi belum sempat nak melawat FPI UKM sejak kerja ni.

      http://www.aqsasyarif.org.my

  4. inni akhafullah berkata:

    salam ‘alaik.. tahniah krn tlh jd graduan dr kuwait universiti.. insyaAllah, ada rezeki nnti blh sambung MA di universiti tmpatan plk. Ana student uia..still undergraduate.. klau gambar yg mula2 enta ambil tu sebenarnya dia panggil bangunan Rectory.. kbnyakan bangunan kat situ office2 admin.. snbrnya xssah pun klau nak cari every kuliyyah kat sana.. klau masuk je main gate, dia jalan one way je.. klau kat sblh kiri smuanya Mahallah2.. sblh kanan plk Kuliyyah2..

    • qafmimra berkata:

      Waalaikumussalam…
      Terima kasih atas info berguna… Ana blum biasa agaknya di UIA…. baru pergi sekali je rasanya?
      Insya allah akan pergi lagi ke UIA satu hari nanti….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s