E-book untuk cerpen Baju Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Ini adalah versi pdf bagi cerpenku yang bertajuk Baju Baru itu. Untuk pengetahuan, aku telah masukkan prolog, epilog dan sedikit nota bagi cerpen ini untuk melengkapkannya dalam versi PDF ini.

Ini cover pagenya :

Cover page untuk cerpen Baju Baru

Ini pula link untuk download cerpen itu (formatted, revised and updated) : at 4shared.com

Adapun nota atau ulasan yang ku tambah adalah antaranya :

  1. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah al-Anbiya’ ayat 7 yang maksudnya : (.. maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui) . Ayat ini menegaskan bahawa jika sesuatu perkara itu tidak diketahui, maka kita perlulah bertanya kepada orang-orang yang berilmu, seperti hukum feqah yang diselitkan dalam cerpen ini.
  2. Kahwin dengan niat talaq/cerai : para ulamak sebenarnya berbeza pendapat dalam hal ini, dan secara amnya jika disebut dalam akad itu bahawa dia akan menceraikan isterinya itu setelah sekian waktu, maka akad nikah itu adalah batal, dan ini adalah sepakat para ulamak yang diiktiraf. Adapun jika niat itu tidak dizahirkan semasa akad nikah, maka umumnya terdapat 2 pendapat:
  • Hukumnya harus (dengan makruh) : puak yang mengatakan harus ini memandang perkara ini atas sempurnanya rukun dan syarat dalam akad nikah dengan cara ini. Antara yang mengatakan harus ialah : Sheikh az-Zarqani daripada Malikiyyah, Abu Hanifah, Ibnu Qudamah daripada mazhab Hanbali, beberapa ulamak mazhab Syafi’I dan lain-lain. Walaubagaimanapun, mereka masih tidak menggalakkan perkahwinan dengan cara ini kerana boleh merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat Islam nanti.
  • Hukumnya haram : antara hujah yang diberikan ialah kerana perkahwinan dengan niat talaq ini berasaskan tadlis/helah dan penipuan terhadap keluarga perempuan, yang mana akan mencetuskan kerosakan dan keruntuhan keluarga, dan Islam tidak membiarkan perkara ini berlaku.Antara yang berpendapat sedemikian ialah Islamic Fiqh Academy dari the Muslim World League dan lain-lain.

Adapun pendapat yang digunakan dalam cerpen ini, iaitu hukumnya harus, penulis memilih pendapat sebilangan besar para ulamak, namun penulis telah menerangkan kesannya jika perkahwinan cara ini berleluasa yang mana boleh mencetus kecacatan dalam sistem keluarga masyarakat Islam.

Sheikh Dr. Muhammad Abd Latif al-Banna, dalam website : Islamonline.net , berpendapat bahawa adalah lebih elok jika mengatakan hukumnya haram atau tidak boleh bagi mengelakkan perkara yang disebutkan di atas tadi.

Sumber : (dalam bahasa Arab ) http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1175008685959&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar

(untuk selanjutnya, sila download fail tersebut)

Advertisements
This entry was posted in Karya. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s