Aku dan dia

Artikel luahan ini aku tulis 2 tahun lalu di blog ku yang lama dan aku edit semula untuk disesuaikan dengan keadaan kini….

——————————————————-

Hmm…. Aku masih bingung… Aku masih cuba mendekatinya…
Ada satu ketika, dia melintasiku, selamba.. tak pandang kiri dan kanan..
Aku cuba memanggilnya, tapi langsung tak diendahnya.

Adakalanya, aku terserempak dengannya, malah bertentang mata, namun dia masih selamba, seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran aku di situ.

Apakah ini takdir? atau hanya nasib? atau ujian buatku, adakah aku bersabar menempuh segala yang dilakukannya ke atasku.

Apabila aku cuba mencarinya, dia seolah-olah melarikan dirinya daripadaku. Jahat sangatkah aku, sehingga diperlakukan begini? Apakah dia ingat bahawa aku ini musuhnya.

Ada kalanya, aku pergi ke suatu sudut, ternampak dia dan kawan-kawannya, seolah-olah sedang merancang sesuatu untuk menganiayaiku, namun apakan daya, aku tak pandai berfirasat, adakah fikiran aku itu benar atau salah.

Ah.. jika benar dia mahu menjadi musuhku, aku sanggup menerima kenyataan itu. Akan ku cuba sedaya upaya menjauhkan diriku daripadanya, malah akan ku guna sepenuh kekuatan dan kudrat ku untuk menghalangnya daripada mendekatiku…..

Hmmm… datang lagi makhluk ni… nah… ku curah isi botol serbuk penghalau padamu yang baru ku beli malam Jumaat lepas di Lulu Hypermarket…

Ku isytihar perang!

Hidup ku di bilik kini agak terancam dengan kehadiran makhluk yang kecil ini.. pelik sungguh.. nak kata bilik ku kotor dan sesuai menjadi sarang lipas, tidak pula… kawan-kawanku juga mengadu masalah yang sama…

Lipas dikatakan suka pada tempat lembap dan gelap, jadi tak hairanlah mengapa di kawasan sinki bilikku itu ku lihat RAMAI yang bertandang dan bersantai tanpa segan silu.. malah kadang kala aku pula yang segan dan silu apabila lipas-lipas budiman itu muncul di hadapanku dan tetamu-tetamuku di bilik..

Khamis lepas, sebaik aku curah dan sembur isi botol serbuk penghalau dan pembunuh lipas itu pada MEREKA, aku diserang kembali oleh lebih kurang 4 atau  ekor lipas, ingin membalas dendam agaknya.. sudah ku jangkakan perkara ini akan berlaku… Lipas-lipas yang berlumuran serbuk itu terus naik ke katilku dan cuba memanjat tanganku..

Hmm.. aku masih bingung… apa lagi cara yang boleh ku guna untuk memerangi mereka..

Ini baru perang biasa…. jika tidak berjaya, aku akan isytihar perang kedua , jika tidak berjaya juga , aku isytihar DARURAT terus !

————————————

p/s : Lipas pun ada unsur BALAS DENDAM…

ni ada link bagus : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitL/Lipas.php

ni satu lagi : http://en.wikipedia.org/wiki/Cockroach

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s