Kalau jatuh, bangunlah terus , jangan tidur kembali

Kalau jatuh, bangunlah terus , jangan tidur kembali…. !!
Kenapa pula tidak tidur semula?
Kerana jika tidur kembali sekalipun,
kau tak jamin dapat mimpi yang sama, maka kau usaha agar tak jatuh semula jika dapat mimpi yang sama!!
Kalau kau tidur kembali, kau akan punya mimpi yang lain…
mungkin lebih indah, mungkin lebih buruk daripada tadi…
Mengapa jatuh? Mengapa kau tak tidur saja di bawah?
Tak payah bangun… tak payah nak penatkan diri untuk bangun semula…

———————————————————————-

Pelik agaknya jika seseorang yang membaca apa yang ku tulis ini..

Mungkin ada yang mengagak, kata-kata di atas adalah untuk orang yang sedang tidur di atas katil, lalu bermimpi sesuatu hingga terjatuh dari katil, lalu ingin tidur semula setelah kembali ke atas katil…

Mungkin ada yang sangka bahawa kata-kata tersebut merujuk kepada kisah seorang pengawal , sedang mengawal pada larut malam di sebuah kilang atau bangunan, maka tanpa disedarinya dia telah tertidur seketika hingga terjatuh dari kerusi yang didudukinya, maka dia bangun kembali, dan tidak tidur lagi…

Ataupun, ada juga yang membayangkan bahawa seorang pelajar yang sedang tekun belajar di tengah malam, dan peperiksaan semakin hampir, maka dikerahkan segala tenaganya untuk meneruskan pembelajaran atau studinya hingga dia terjatuh dari tempat belajarnya ke lantai bilik, lalu dia bangun dan terus sambung belajar….

Tak lupa juga bahawa mungkin ada yang teringat kisah seorang alim ulamak dahulu kala, yang mana tidur berbantalkan buah kelapa, maka apabila kepalanya terjatuh dari buah kelapa itu, dia akan segera bangun, dan terus bersuci lalu mendirikan solat malam hingga subuh…

Apa pun yang difikirkan boleh diterima…

Ungkapan pada baris pertama kata-kataku di atas itu bagiku banyak makna.
Keteguhan.. kesungguhan… kekuatan azam… kekuatan fizikal dan mental…
Tidak putus asa… sanggup berkorban… hati yang sentiasa ingat pada Allah…
Cekal.. tabah… rajin berusaha…

Daripada empat contoh yang ku beri tadi, tiga orang yang terakhir itu iaitu pengawal, pelajar dan ‘alim, adalah berpendirian teguh dan seiring dengan makna-makna yang ku sebut tadi : cekal.. tabah.. dan lain-lain..

Adapun yang pertama, iaitu si polan yang sedang nyenyak tidur itu, pendiriannya itu boleh ditafsirkan sebagai seorang yang tak hiraukan kesakitan, dan mungkin teramat penat, sehingga tak terfikir untuk melihat jam di dinding, pukul berapakah itu? Sudah subuh kah, zohorkah? Jangan-jangan solat Zohor pun tertinggal….

Si pengawal, dia tahu tugasnya adalah untuk menjaga keamanan dan keselamatan bangunan itu, maka mujurlah dia terjatuh… jika tidak, kewajipannya tidak ditunaikannya kerana tertidur nyenyak…

Si pelajar, dia tahu bahawa jika dia tidur, dia akan kerugian masa yang ada untuk belajar.. bahkan, peperiksaan itulah juga yang mendorongnya untuk bersengkang mata menahan diri daripada diselimuti perasaan mengantuk hingga terlena… jika dia tertidur, maka menyesal tidak sudah.. dan jika dia tertidur lalu terjatuh, dan terus sambung tidurnya di lantai, apa pula yang akan terjadi pada pembelajarannya… dan peperiksaannya…

Si ‘alim, hatinya sentiasa mengingati Allah… sentiasa ingin beribadat tak kira masa… malah tidurnya itu hanyalah sekadar membekalkan diri dengan tenaga dan kekuatan untuk beribadat kelak…

Setiap manusia punya kewajipannya.. punya matlamatnya… punya keperluannya..

Jika dia punya kewajipan, maka perlulah dia tunaikan seadanya.. kerana jika tidak, dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain…

Jika dia punya matlamat, perlulah dia berusaha untuk merealisasikannya, sedaya yang mungkin, kerana apa guna matlamat jika tiada keinginan untuk melaksanakannya…

Jika dia punya keinginan, tak kira daripada ilham iman atau bisikan nafsu, tentu dia akan usaha untuk mencapai keinginannya itu…

Tidur bukan bererti seseorang itu lupa tanggungjawab..
Tidur adalah untuk memberi kekuatan padanya untuk melaksanakan tanggungjawab…
Tidur mengembalikan tenaga kepadanya untuk berusaha merealisasikan matlamat..
Tidur memulihkan emosi dan spiritual seseorang untuk meneruskan usaha mencapai keinginan…

Satu lagi makna bagi ungkapan pertama artikel ini ialah buat kerja pada masanya, pada tempatnya. Masa belajar kita belajar, masa main kita main, masa tidur kita tidur…
Bukannya masa belajar untuk tidur, masa tidur untuk kerja, masa main untuk belajar…..

Apa yang penting, coretanku ini tidak lebih sekadar berkongsi renungan dan ilham, mungkin ada yang dapat memahami, mungkin ada yang tidak….

Akhir kata, aku ingin menambah satu lagi contoh tafsiran untuk ungkapan : kalau jatuh, bangun semula.. jangan tidur lagi… :

Seorang ibu sedang menjaga anaknya yang sakit terlantar di katil, tidak tidur sepanjang hari, bahkan semasa waktu tidur pun dia berjaga, tertidur hingga terangguk-angguk kepala lalu jatuh dari kerusinya… sudah pasti si ibu akan bangun semula, dan tidak akan tidur lagi… demi anak tersayang…..

——————————-

p/s : Apa lah yang Qamar melalut agaknya ni….. (kata seseorang)

Bayi di bawah ini macam nak tidur, tapi tak tidur….

Siapa agaknya ni?

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s