Dua PERLAWANAN secara langsung!

Pukul 12 malam tadi, syabab hostel/sakan Kuwait University beramai-ramai telah mendirikan solat sunat hajat beserta doa qunut Nazilah, buat saudara-saudara kita di Gaza, khususnya, dan buat umat Islam seluruh dunia umumnya.

Solat hajat itu diimam oleh Ustaz Ibrahim Siba’ , salah seorang warden asrama kami yang terkenal dengan ilmu dan wara’nya. Idea untuk mengumpul syabab pada waktu itu datang daripada beberapa orang pelajar yang amat mengambil berat hal Palestin, lebih-lebih lagi hal-ehwal Gaza, yang mana malam tadi, askar zionis Yahudi telah memulakan operasi darat mereka menentang Hamas di bumi Palestin, Gaza.

Sebelum solat, para pelajar / syabab sedang menonton dua acara berbeza, siaran langsung, LIVE di kaca televisyen sakan. Sakan/hostel 3, hostel tempat ku diami, sedang memaparkan channel al-Jazeera , dengan tema Al-Harbu ‘ala Ghazzah atau Perang ke atas Gaza. Manakala sakan 4, berlangsung pula perlawanan bola sepak antara 2 pasukan yang aku tidak sempat mengambil tahu siapakah mereka dan apakah keputusannya.

Kawanku, merangkap Presidenku, Mustafa Jabi telah menyuarakan hasratnya memanggil syabab untuk solat di surau sakan, selepas sahaja perlawanan bola sepak itu tamat.

Apa yang menarik, aku lihat walaupun saat-saat genting penduduk Gaza menghadapi musuh Allah, musuh mereka dan umat Islam seluruh dunia, iaitu puak Yahudi (datang dari arah negara Palestin juga, aku tak mahu sebut namanya kecuali sekali sahaja, kerana umat Islam tak iktiraf pun negara mereka itu : Israel ), di mana  beratus atau beribu askar Yahudi berpusu-pusu memasuki tanah Gaza yang seluas hampir 360km persegi sahaja itu, untuk melancarkan perang darat, di sakan 4 pula ramai syabab sedang menonton perlawanan bola sepak, yang mana tak pernah disebut pun dalam jadual dirasi (jadual pengajian) mereka bahawa itu adalah salah satu agenda yang amat penting bagi mereka,  malah lebih penting daripada perkara lain!

Dua PERLAWANAN, secara langsung, di kaca TV , masing-masing punya jumhur/penonton setia, tetapi bilangan penonton perlawanan berdarah itu adalah hanya 1/6 daripada bilangan penonton perlawanan berpeluh sahaja itu!

Aku tidaklah meWAJIBkan mereka menonton al-Jazeera pada ketika itu, cuma jika dikenang nasib yang bakal menimpa saudara mereka, saudara seIslam mereka, di Gaza, akan terasa bersalah jika mereka langsung tidak mengendahkan PERLAWANAN BERDARAH itu, malah melupakannya lalu menonton dan bersorak gembira untuk 22 + 3 orang di atas padang hijau, padahal mereka di atas padang itu hanya sibuk mengejar sebiji BOLA ! Untuk dimasukkan ke jaring gol pihak lawan.

Sedangkan beribu umat Islam di Gaza, yang mana lebih 465 shahid, dan lebih 2500 orang lagi cedera, tidak pula mereka cuba selami , lebih-lebih lagi ketika askar Yahudi menyerang mereka!

Apa akan terjadi pada umat Islam kelak?

Apabila bola keluar padang, atau pengadil tersalah hukum, lantang pula suara-suara mereka membantah. Tetapi apabila Yahudi menghukum dengan salah, sejelas-jelas kesalahan dan kezaliman, mereka hanya geleng kepala dan berlalu seolah-olah Yahudi “TERSALAH” perbuatan!

Wahai Arab! Wahai Umat Islam!

Apa yang anda sedang lakukan? Duduk di meja-meja dan kerusi empuk, masih menuding jari siapa salah, siapa patut bergerak, siapa patut bertindak, apa yang patut dibuat, PATUTKAH BERTINDAK, apa lagi?

Kita semua sedia maklum bahawa Yahudi Zionis sedang menumpukan usaha mereka menakluki semua kawasan antara Sungai Nil dan Sungai Euphrates. Adakah kita ingat, jika Yahudi berjaya menakluki Palestin seluruhnya – La QaddarAllah – mereka akan berhenti setakat itu? Bahkan, Jordan, Mesir, dan lain-lain negara sekeliling Palestin juga akan DITAKLUK!

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya , masih ada umat Islam yang masih bersatu, mengecam keras tindakan Yahudi terkutuk itu ke atas Gaza, dan PALING TIDAK pun mereka berDEMONSTRASI dan BERARAK beramai ramai. Semoga usaha umat Islam menyuarakan pandangan mereka berjaya, Aamiin…

Takkan setakat itu sahaja?

Alhamdulillah, ada yang solat Hajat beramai-ramai, menangis, teresak-esak memohon pada Allah semoga membantu saudara mereka di Palestin, khususnya di Gaza. Alaa inna nasrAllahi Qariib…

Alhamdulillah, Algeria telah bersetuju menerima mangsa yang tercedera akibat tindakan kejam Yahudi itu, seramai yang mungkin untuk dirawat di Algeria atau hospital berdekatan. Algeria? Ya, nun jauh di barat sana.

PBB , diwakili Setiausaha Agung/Kehormat mereka, pula mendesak agar askar Yahudi menghentikan serangan.

Yang pasti, aku tahu, Nasrun minAllahi wa fathun qariib…..

Allah akan bantu orang-orang yang beriman denganNya… Aamiin….

Advertisements
This entry was posted in Inspirasiku. Bookmark the permalink.

3 Responses to Dua PERLAWANAN secara langsung!

  1. abdussalam.... berkata:

    bagus2…..inilah pemikiran syabab islam yg patut dicontohi sebenarnya!

  2. alongq8 berkata:

    bila kesedaran meresapi jiwa, manusia akan mudah tersentuh…
    cuma bagaimana untuk menjentik jiwa manusia…???
    sama2 kita fikirkan…
    sedihlah tak dapat solat bersama semalam..huhuhu..

  3. Amin berkata:

    umat Islam takkan bertindak jika tidak terkena pada batang hidung sendiri..
    macam manalah..nak bagi kesedaran pada umat Islam yang lain..
    lebih2 lagi bangsa arab tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s