Penghujahan ke atas pemikiran kolot

bismillahirrahmanirrahiim…benarkah ideologi remaja kini lebih kolot daripada sebelum ini?kalau benar, apakah yang dikatakan sebagai ideologi kolot itu?kalau salah, dari manakah datangnya istilah Ideologi Kolot itu?adakah remaja kini telah hilang daya pemikiran yang jitu dan terkehadapan, atas sebab-sebab tertentu….?Apabila remaja telah leka dan alpa dengan kemajuan teknologi di dunia ini, daya pemikiran yang kolot akan tercipta dengan sayugianya , asyik mengejar dunia yang tak akan menjamin apa-apa padanya tatkala ia telah meninggalkan dunia ini, melainkan persoalan yang akan senantiasa ditujah kepadanya oleh Malaikat2 penyoalnya, yang tak habis-habis, bahkan semakin banyak lagi kelak jika ia tidak dapat menjawabnya. Dunia yang hanya akan berhenti tersenyum apabila matahari terbit dari tempat ia terbenam selama ini.kalau dulu, remaja pada suatu ketika dulu mampu memimpin bala tentera yang amat gagah dan besar, mampu meruntuhkan kota2 kemegahan pihak lawan yang memusuhi Islam, mampu untuk bersuara menegakkan keadilan dalam masyarakat, berani bersuara, punyai kekuatan ideologi yang mantap, menggapai gunung yang tinggi, namun adakah semua itu masih wujud pada remaja kita masa kini?itulah yang akan kita bincangkan lagi pada artikel yang seterusnya…

Advertisements
This entry was posted in Ideologi. Bookmark the permalink.

One Response to Penghujahan ke atas pemikiran kolot

  1. mu'iz berkata:

    syabas ya akhi…ana melihat kelesuan remaja sekarang akibat kekurangan dan ketiadaan ilmu untuk menjadikan mereka sebagai seorang insan yang boleh melahirkan idealisme-idealisme yang mantap dan relevan dengan situasi sekarang ini. Mereka ini hanya sekadar duduk di bilik-bilik kuliyyah, di kedai-kedai mamak mahupun pasaraya tanpa matlamat untuk membangunkan dan bersama membentu Khaiyrah Ummah. Jelas sekarang ada juga remaja yang tidak tahu dengan isu semasa yang berlaku dan mereka ini seperti tidak endah, acuh tak acuh dengan persekitaran yang semakin menghimpit remaja Islam khasnya dan umat Islam amnya. Penanaman pemahan minda penjajah juga dilihat sebagai faktor kekolotan yang berlaku. Walaupun sudah merdeka begitu lama, namun minda remaja masih dijajah dengan adanya unsur-unsur Yahudi seperti hiburan yang terlampau. Budaya hedonisme ini telah banyak merosakkan minda dan akhlak remaja Islam. Kat sini je kot nk komen…nanti ana sambung lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s