Nota Kilat 2.0 Bahasa Arab SPM 2018

Alhamdulillah telah selesai proses mengemaskini Nota Kilat 2.0 yang merupakan versi penambahbaikan bagi Nota Kilat 2015 yang lalu.

Nota Kilat 2.0 kali ini telah dikemaskini dengan perkara berikut :

  • susunan yang lebih padat dan mesra lipatan
  • tambahan perincian untuk bab Istithna’
  • penambahan kolum masdar bagi fi’il mujarrad
  • keterangan bagi beberapa bab dalam Bahasa Melayu seperti bab Idhafah, ‘Ataf, Istithna’, sohih wa mu’tal, dan sedikit tips bagi mengenali jenis isti’arah

Tetapan (Settings) terbaik untuk mencetak fail PDF bagi Nota Kilat 2.0 ini ialah seperti berikut : (berdasarkan tetapan dalam program Adobe Acrobat Reader)

  • size : fit
  • paper size : A4
  • Print on both sides : Flip on short edges
  • jika ada bajet, boleh cetak dengan warna 😀

Saya kongsikan gambaran nota ini dalam bentuk JPG, tetapi jika hendak cetak, sila gunakan fail PDF.

Nota Kilat 2.0 B Arab SPM page 1

muka depan

Nota Kilat 2.0 B Arab SPM page 2

muka belakang

nota-kilat-demo

cara melipat nota kilat.. pastikan bahagian yg tertulis NOTA KILAT 2.0 adalah yang paling atas

Ini fail PDF yang telah siap diedit…

Nota Kilat 2.0 B Arab SPM updated

Semoga bermanfaat buat semua anak didik yang bakal menjalani peperiksaan SPM 2018.

Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada pengunjung dan individu yang memanfaatkan nota ini kecuali doa untuk kesihatan ibu bapa saya, ayah mertua saya, saya dan keluarga, serta kecemerlangan anak-anak didik saya sendiri yang bakal menghadapi SPM tahun ini di SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau.

Akhukum,

Kamaruzzaman bin Abd Rahim
a.k.a Ust Qamar @ Qafmimra
15 Ogos 2018

 

 

Posted in Bahasa Arab | Tinggalkan komen

Kuiz Bahasa Arab Tingkatan 4 – Bil 01, 02 dan 03 (versi 2015)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga akhirnya saya berkongsi kuiz Bahasa Arab bagi Tingkatan 4 bilangan 03, sebagai pelengkap kepada bilangan 01 dan 02, setelah lama tersimpan dalam laptop saya…. Dalam posting kali ini, kuiz bilangan 03 ini merangkumi tajuk-tajuk berikut :

المبني و المعرب – الميزان الصرفي – الصحيح و المعتل

الاستعارة – المجاز المرسل

Peraturan permainan adalah sama dengan dua kuiz terdahulu, tetapi kali ini mengandungi 32 soalan.

Saya kongsikan di sini beberapa gambar dari kuiz ini. Kuiz ini mestilah dibuka dengan MS Powerpoint atau yang seumpamanya.

Muka hadapan

Muka hadapan

Scoreboard

Scoreboard

Paparan senarai soalan

Paparan senarai soalan

Peraturan

Peraturan

Masa Tamat

Masa Tamat

Keadaan jawapan betul dan salah

Keadaan jawapan betul dan salah

 

Saya sertakan di sini link kepada 3 kuiz untuk tingkatan 4, iaitu termasuk yang bilangan 01 dan 02. Semua fail adalah berformat .pps (slideshow)

kuiz arab spm t4 – siri 01

kuiz arab spm t4 – siri 02

kuiz arab spm t4 – siri 03

Selamat belajar sambil berhibur!

 

Posted in Bahasa Arab | Tagged | 1 Komen

Jadual I’rab SPM Istimewa – berwarna

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah mengizinkan hamba ini untuk menyiapkan satu jadual berbentuk bulatan, dengan pelbagai pengelasan dan warna.

Sebenarnya ini adalah impian ketika masih di tingkatan 2, yang mana saya terinspirasi dengan jadual i’rab yang dibawa oleh seorang ustaz saya di SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan. Ustaz tersebut menunjukkan pada kami di kelas satu jadual i’rab berbentuk tiga segi yang sangat panjang. Jadi saya pulang ke rumah lalu cuba buat jadual sendiri yang ringkas dalam bentuk bulatan, siap dengan lapisan atasnya yang boleh diputar. Tetapi usaha tersebut hanya terhenti setakat itu sahaja.

Alhamdulillah apabila sudah bergelar guru, barulah dapat dibuat semula dalam komputer menggunakan Adobe Illustrator CS5.

Saya kongsikan jadual yang saya cuba siapkan dalam sebulan ini, untuk seluruh pencinta bahasa Al-Quran di Malaysia dan serata dunia, khususnya untuk guru Bahasa Arab SPM. Tetapi saya letakkan beberapa syarat untuk download jadual ini ya..

1- Doakan keampunan buat saya, ibu saya (Hjh Thalbiah binti Ahmad), bapa saya (Hj Abd Rahim bin Tamby), bapa mertua saya (Hj Ismail Basha bin Abu Shamah), arwah ibu mertua saya (Hjh Zainab binti Abdul Samad yang meninggal di Mekah sebulan yang lalu), keluarga saya dan guru-guru saya sepanjang hidup ini.

2- Doakan kecemerlangan buat anak-anak didik saya di SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau, khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM minggu depan.

3- Sumbangkan RM5 atau RM10 ke tabung Back2School yang dianjurkan oleh Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), atas nama MyCARE Melaka. Maklumat lanjut, sila layari : http://www.mycare.org.my/program-back2school-b2s-mycare-kembali-lagi/

4- Dilarang menjual jadual ini untuk tujuan komersil, tanpa kebenaran saya dahulu.

5- Anda bebas untuk cetak bagi kegunaan para pelajar di kelas.

Semoga Allah menerima hasil yang tak seberapa ini dalam berkhidmat untuk bahasa kitabNya Al-Quran dan bahasa baginda Nabi s.a.w. .

Ilaikum zalikal jadwal….


Insya allah saya akan update semula cara menggunakan jadual ini. Secara ringkasnya saya sediakan hukum i’rab dan jenis perkataan yang berkaitan dengannya di atas bulatan tersebut. Kemudian dalam bulatan pula disediakan tanda-tanda i’rab mengikut jenis perkataan dari sudut sorof. Di sebelah tepi kiri dan kanan bulatan pula adalah contoh-contoh mudah i’rab.

jadual-i3rab-spm-qafmimra-resized

Untuk download jadual tersebut, sila pilih daripada dua pilihan ini :

1- versi PDF

2- versi JPG (300 dpi)

Semoga bermanfaat! Barakallahu fikum..

 

Posted in Inspirasiku | 1 Komen

Nota Kilat Bahasa Arab SPM – 2015

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah telah selesai pembikinan Nota Kilat Bahasa Arab SPM 2015 bagi topik-topik Nahu, Sarf dan Balaghah tingkatan 4 dan 5, bersempena dengan tarikh SPM 2015 yang bakal tiba tidak lama lagi iaitu 2 November 2015 ini.

PERINGATAN : Nota ini adalah untuk proses mengingat kaedah utama setiap topik, bukan mempelajarinya secara terperinci. Sila rujuk buku-buku yang berkaitan sebelum menggunakan nota ringkas ini. Antara yang saya syorkan ialah Modul Abu Sakeena.

Konsepnya ialah seperti brosur A4 dua mukasurat yang dilipat 4 secara zig-zag. Saya telah buatkan nombor muka surat bagi memudahkan rujukan pantas.

Nota Kilat Bahasa Arab SPM

Sila klik untuk besarkan – page 1

Sila klik untuk besarkan - page 2

Sila klik untuk besarkan – page 2

Contoh :

nota kilat - demo

Anda boleh download fail PDF-nya di sini :

https://qafmimra.files.wordpress.com/2015/10/nota-kilat-bahasa-arab-spm-final.pdf

atau

Nota Kilat Bahasa Arab SPM – final

Semoga bermanfaat buat semua guru dan pelajar Bahasa Arab SPM, khususnya pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari D’Merlimau. (www.smiaabestari.edu.my)

 

Posted in Bahasa Arab | 8 Komen

Kuiz Bahasa Arab SPM – Tingkatan 4 – Bil. 02 (Tawabi’)

Alhamdulillah, minggu lepas saya telah siapkan kuiz kedua bagi tingkatan 4 dalam subjek Bahasa Arab SPM. Selepas mencuba di kelas, barulah saya upload kuiz ini ke blog, kerana jika tidak, kantoi la kan… 😀

Baiklah, kuiz kali ini berkenaan dengan tajuk paling panjang dalam tahun ini, iaitu Tawabi’ التوابع .

Tawabi’ ialah perkataan yang menjadi pengikut kepada perkataan lain, dengan erti kata lain, tawabi’ akan ikut perkataan yang sebelumnya dalam beberapa aspek seperti : baris, bilangan, jantina dan adanya alif lam ta’rif atau tidak.

Tawabi’ bagi Bahasa Arab SPM hanya ada 4 iaitu : Na’at, ‘Ataf, Taukid dan Badal.

Inilah kuiz yang ditunggu-tunggu…..

Muka depan kuiz

Muka depan kuiz

Kali ini kuiz didatangkan dengan 32 soalan, kerana ada empat topik yang mana setiap topik mengandungi 8 soalan. Kuiz ini sesuai untuk 4 kumpulan kerana dah disediakan papan markah bagi 4 kumpulan.

Papan markah

Papan markah – tekan pada butang biru muda untuk mewarnakannya mengikut bilangan markah. Cuba dulu baru faham.

Ini pula papan soalan.

32 soalan mengikut topik

32 soalan mengikut topik

Baiklah, tanpa melengahkan masa, ini link untuk download kuiz ini. Saya gunakan laman web 4shared untuk host fail ini. Harap maklum.

Klik link ini :

http://www.4shared.com/office/6INuxiKYce/kuiz_arab_spm_t4_-_siri_02_-_t.html

Anda bebas untuk mengubah suai kuiz ini, selagi tidak memburukkan nama mana-mana pihak… 🙂

Wallahu a’lam….

Posted in Inspirasiku | Tinggalkan komen