Laman Blog Qafmimra

Blog Qafmimra… be yourself…

Melawat UKM dan UIA

DIkirim oleh qafmimra di September 4, 2009

Pada Rabu, 2 September yang lalu, aku telah mengadakan lawatan sambil bertanya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pada mulanya aku ingin pergi sendirian, tetapi ayahku ingin menghantarku dengan kereta bersama ibuku.

Yang penting, ini adalah sebahagian daripada agendaku untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang program Master di sana. Insya allah aku akan melawat pula UM , dan barangkali juga USIM.

Lebih kurang jam 10.30 am , aku tiba di perkarangan UKM, dari Bukit Mahkota , rumah abangku Amin. Alhamdulillah, UKM dekat sahaja dari situ, lebih kurang 10 ke 15 minit sahaja rasanya.

Sebelum ini juga, seorang pensyarah UKM, Prof Madya Dr Zamri Arifin telah menghubungiku dan menyatakan bahawa beliau dan beberapa rakan lain akan melawat Kuwait University pada hujung Oktober ini insya allah. Jadi beliau ingin berjumpa denganku. Alang-alang ke sana, baik juga aku singgah di pejabatnya.

Bangunan di tengah itu ialah Fakulti Pengajian Islam UKM

Bangunan di tengah itu ialah Fakulti Pengajian Islam UKM

Memasuki kawasan UKM di Bangi ini mudah sahaja, kerana tidak ada pengawalan yang terlalu ketat, mereka hanya meminta aku menyerahkan kad lesen atau kad pengenalan kepada mereka, dan memberiku satu kad bertulis : Pelawat. Sempat juga aku bertanya di manakah Pusat Pengurusan Siswazah dengan pak guard itu, dengan penuh dedikasi, dia memberikanku sehelai kertas memaparkan peta UKM, dan menunjukkan arah yang patut aku lalui untuk ke sana.

Belakang : Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman

Belakang : Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman

Ini adalah kali pertama aku pergi ke UKM juga. Jadi aku, ayah dan emakku pada mulanya agak kekok dengan kawasan itu, namun alhamdulillah, berbekalkan peta yang diberi dan sedikit kemahiran yang ku perolehi semasa bermain ‘treasure hunt’ di Kelantan dahulu, akhirnya kami menemui bangunan itu.

Pendek cerita , aku telah bertanya akak yang menjaga kaunter itu dan meminta padanya brochure dan apa-apa yang boleh diminta. Bahkan aku meminta untuk melihat borang untuk permohonan masuk. Ku lihat akak itu agak penat menjawab soalan-soalanku, banyak juga, kerana bagiku inilah peluang untuk mendapat sebanyak info yang boleh. Jika tidak, sia-sialah aku ke mari. Rupanya UKM tidak mensyaratkan IELTS atau TOEFL bagi rakyat Malaysia, namun kemungkinan 60% aku akan menduduki peperiksaan untuk IELTS nanti di Kuwait, bagi memudahkanku apply untuk mana-mana institusi.

Kemudian, aku pergi menemui Dr Zamri, dan sebelum itu aku menghubunginya dan bertanya di manakah letaknya pejabat beliau, bangunan Fakulti Pengajian Islam.
Masya allah, bangunan besar, tetapi luarannya agak kelihatan lama atau buruk sedikit, maaf jika pernyataan ini mengguris pihak UKM. Yang pastinya, aku bersyukur seadanya dengan penerimaanku untuk belajar di Kuwait University, kerana jika dibandingkan bangunan dan fasiliti yang ada, Kuwait Univ. lebih canggih dan cantik. Mungkin atas faktor kewangan? Wallahu a’lam. Jadi ingatlah adik-adikku yang belajar di K.Univ itu, syukurilah dengan peluang yang ada di sana, belajarlah sebaik yang boleh.

Aku pun masuk bangunan FPI, menuju ke biliknya,di aras 3, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Sesampai di biliknya, ada rakannya di situ, jadi aku menunggu sebentar dan kemudian aku pun ketuklah pintunya.
Aku disambut dengan penuh keramahan, dan tiba-tiba dia memanggil Dr Maheram yang berada di seberang biliknya. Apa yang special?
Dia kata, inilah pelajar Kuwait!

Rupanya, Dr Zamri dan Dr Maheram adalah bekas pelajar Kuwait! Baru ku tahu! Aku pun terus ditemu ramah oleh mereka berdua, sekejap Dr Zamri, sekejap Dr Maheram. Masing-masing mengenang kembali zaman ketika mereka di sana. Kaifan, Shuwaikh, Souk Jum’ah dan lain-lain. Kedua-dua mereka belajar di Kuliyyah Adab (Sastera). Aku begitu gembira dan teruja kerana dapat berjumpa senior-seniorku yang memang selama ini aku tercari-cari. Katanya, dahulu kala, kebanyakan pelajar adalah dari Kelantan. Sekarang juga demikian sebenarnya kataku. Akulah satu-satunya anak Melaka yang belajar di K.Univ.

Pendek cerita, aku sempat bertanya juga tentang program MA di UKM, dan aku juga telah bawa bersamaku beberapa buku sebagai rujukan tentang K.Univ. dan sedikit cenderemata.

Kata Dr Zamri, semua lepasan Kuwait diiktiraf kredibiliti dan keilmuannya di Malaysia , seperti Dr M Daud Bakar, Dr Abd Rahman Chik dan lain-lain, dan dia harap aku dan kawan-kawanku juga demikian. Insya allah..

Yang menariknya, Dr Zamri berkata, jika sebuah universiti itu ada lepasan Kuwait, lebih mudah proses untuk apply nanti kerana boleh aku minta bantuan daripada mereka. Di UIA ada, di UM ada. Di UKM seorang lagi lepasan Kuwait ialah Dr Md Zain. Sayangnya aku tak sempat berjumpa dengannya, dan sayang sekali aku terlupa bawak kamera dalam poket!

Setelah dipendekkan cerita lagi, bolehlah ku kata, alhamdulillah, dan insya allah, moga mudahlah urusanku nanti jika ingin buat MA. Setelah lebih kurang setengah jam di pejabatnya, aku teringat ayah dan emakku sedang menunggu di tempat parkir kereta. Aku pun meminta diri dan beliau sempat memberiku sebuah buku berjudul : Prosiding Simposium Tamadun Islam – Abad Pertengahan 2 , susunan beliau dan seorang rakan.

Kemudian, aku menuju ke UIA Gombak, dan mujurlah aku teringat bahawa aku menyimpan nombor telefon Dr Abd Rahman Chik, Timbalan Dekan Kuliyyah of IRK, yang juga lepasan Kuwait University. Mujur dia ada di pejabat.

Belakang : Tak tahu nama bangunan apa...

Belakang : Tak tahu nama bangunan apa...

Pendek cerita juga, aku sebenarnya dah jumpa Dr Abd Rahman Chik di Kuwait, semasa perhimpunan alumni Kuwait dua tahun lepas di Masjid al-Kabir , yang diberi nama : Multaqasy Syu’ub ad-Dauli . Jadi tidaklah aku begitu kekok dengannya.

UIA juga bagiku sukar untuk dicari tempat yang dituju di kawasan itu, kerana sign-board tak banyak dan kecil sahaja. Pihak UIA mungkin sedar hal ini. Bahkan Dr Abd Rahman Chik sendiri mula-mula agak pening dengan tempat-tempat di sini, katanya. Bangunan-bangungannya cantik, berprestij juga. Tetapi masih tidak dapat menandingi bangunan di Kuwait University (hehe.. mungkin? nanti aku cerita pasal K.Univ pula di blog ini).

Bergambar di depan pintu masuk UIA.. jadilah...

Bergambar di depan pintu masuk UIA.. jadilah...

Jadi tidak banyak yang ku bualkan dengannya, lebih banyak bertanya khabar dan bagaimana pembelajaranku yang kini di tahun 4 ini. Beliau berkata, biasanya untuk mengetahui program yang ada, pelajar jumpa dengan Dekan Kuliyyah IRK sendiri, tetapi ketika itu Dekan tersebut ada kuliah untuk disampaikan.

Kenangan....

Kenangan....

Kesimpulannya, UIA perlukan IELTS atau TOEFL , international standard; UKM tak perlu bagi rakyat Malaysia. Tentang yuran, akan ku usahakan seadanya, insya allah tak kurangRM5000 dan tak lebih RM10000 .

Seronok melawat universiti-universiti di Malaysia.
Trip seterusnya ialah : UM .. sedang mencari kontek. Atau kontek terus pensyarah lepasan Kuwait di sana…

Wallahu a’lam…

p/s : sayang terlupa nak ambil gambar masa pertemuan dengan mereka… pintu gerbang UKM ada betul-betul depan simpang empat, dengan lampu trafik dan kenderaan yang lalu-lalang.. Tak dapek nak ambil gambar..

Dikirim dalam Kembara | Tagged: , , | 3 Komen »

Ramadhan memanggilmu

DIkirim oleh qafmimra di Ogos 30, 2009

Ramadhan menunggu si hamba Allah agar mendapatkan bonus yang dibawa bersama kedatangannya…….

Adakah kita telah berusaha?

Dikirim dalam Inspirasiku | Leave a Comment »

Airport oh airport

DIkirim oleh qafmimra di Ogos 28, 2009

Mari aku kongsi suatu cerita. Bukan cerpen eh. Kali ini aku akan guna bahasa santai buat pertama kali dalam blog ini. Tukar stail sikit!
Tahun ini adalah tahun yang paling kerap sekali aku ke airport menghantar orang. Seorang demi seorang aku hantar. Bermula daripada abg Sesth, Faisal, adik2 di Qortubah (Zul Amin, Syahrul, Muhammad, Ridhwan, Zulhakim, Saifulhamzi dll),Syazwan, Luqman, Farhan, Ameir & Bahrun, Azuki, Ansoree , Hani(Noppon) , pak cik Amran, dan akhir sekali barulah aku sendiri yang pulang.

aeroport

Di kawasan kedai makanan, KFC.. hantar abg Faisal (yang duduk di hadapanku)

Semasa menghantar Abg Sesth balik

Semasa menghantar Abg Sesth balik

Bayangkan apabila anda yang tidak ada kena mengena dengan airport sama ada pekerjaan mahupun urusan rasmi, pergi ulang alik ke airport kerana menghantar orang pulang. Itu saja.

Syabab melayu hantar abg Sesth.. sungguh gempak...

Syabab melayu hantar abg Faisal.. riuh satu airport...

Secara tradisinya, setiap yang pulang akan ‘belanja’ yang menghantar mereka dengan KFC , Burger King , Naif Chicken atau apa2 yang boleh dibuat makan. Tetapi itu bukan niatku semasa menghantar mereka, namun itulah kenyataan, orang bagi kita makan lah kan. :-)

Menghantar Azuki, Amir dan Bahrun

Menghantar Azuki, Amir dan Bahrun

Menghantar Hani/Noppon (ketiga dari kiri)

Menghantar Hani/Noppon (ketiga dari kiri)

Yang paling menarik dan mahal ialah ketika menghantar Zul Amin, di mana kami makan kat kedai pizza Itali yang nampak simple, namun tatkala daku membuka lembaran indah nan berseri berkertas keras itu, terteralah senarai makanan yang nama-namanya pelik belaka, ala ala aladong kot.. Bila anak mata melihat di sebelah kanan nama makanan itu, terteralah pula harga yang tak kurang hebat (memang tak dapek den nak nolong) . Jus mangga sahaja sudah hampir KD 1.300 ! Aduh.. Aku pun orderlah roti garlic, kononnya paling murah, nak cuba-cuba, sekali dia bagi roti garlic bersalut panas yang KECIL. Rupanya abang Muhsin belanja semua. Masya allah. Hikmah yang tak diduga. Sayang takde gambar. Nak tunjuk bukti resit juga tak mungkin kerana abg Muhsin terus menyembunyikan resit tersebut daripada penglihatan kami.

Tidak lupa ketika menghantar pak cik Amran dan mak cik Liza, dua insan yang amat baik hati dan peramah dengan kami. Semoga Allah memudahkan segala urusan kalian dan membuka pintu rezeki yang berlipat kali ganda.

Hantar Pakcik Amran(keempat dari kanan belakang) n Makcik Liza (ketiga dari kiri depan)

Hantar Pakcik Amran(keempat dari kanan belakang) n Makcik Liza (ketiga dari kiri depan)

Dari kiri gambar : Aku, Ikhwan, Abdussalam, Pakcik Amran dan abg Yunos

Dari kiri gambar : Aku, Ikhwan, Abdussalam, Pakcik Amran dan abg Yunos

Apa-apa pun, mujurlah ada kereta Lancer abang Sufillah yang indah nan permai itu, dapatlah aku menjalankan operasi penghantaran adik-adik di airport. Terima kasih abe Sufi!

Akhirnya, pada malam 19 Ogos yang lalu, aku, Shahril, abe Sufi, Syamsul dan Abdussalam akhirnya pulang membawa diri masing-masing beserta beg-beg yang tak kurang daripada 12kg setiap satu. Mujurlah kami buat group check-in, untuk lima orang, hanya 180kg sahaja. Air zam-zam 4 botol 10 liter, tidak dikira dengan alat penimbang bagasi, kerana Kuwait Airways memberi khidmat percuma untuk membawa air zam-zam dalam penerbangan. Jadi tahun depan, insya allah aku bawa yang 20 liter terus!

Semasa menunggu giliran untuk check-in.. Shahril posing habis..

Semasa menunggu giliran untuk check-in.. Shahril posing habis.. Abdussalam pakai macam Kuwaiti... nekad tu..

Baru selesai check-in. Gambar diambil oleh Moustapha

Baru selesai check-in. Gambar diambil oleh Moustapha

Pendek cerita, malam itu adalah malam bermakna buat aku, kerana telah berjaya menamatkan Summer course yang tak berapa panas itu dan berjaya mengemas barang di bilik seadanya. Sungguh penat. Mujurlah ada kawanku merangkap Presiden Nadi Sadaqah, Moustapha Diaby yang membantu aku memindahkan barang-barang ke stor yang terletak di sebelah bilik . Thanks man!

Dari kiri gambar : Shahril, Syamsul , Abdussalam dan Qamar(aku la tu) . Adapun abang Sufillah, dia on the way, agak terlambat atas urusan tertentu.

Dari kiri gambar : Shahril, Syamsul , Abdussalam dan Qamar(aku la tu) . Adapun abang Sufillah, dia on the way, agak terlambat atas urusan tertentu.

Kalau nak tahu siapa abg Sufillah, tu yang pakai baju pinkie-pink , kanan sekali.

Kalau nak tahu siapa abg Sufillah, tu yang pakai baju pinkie-pink , kanan sekali.

Kesimpulannya, perasaan semasa di airport berbeza antara masa menghantar orang lain dan menghantar diri sendiri, sesungguhnya safar/musafir/perjalanan itu ada di dalamnya azab/keperitan, dan doa seorang musafir adalah mustajab, jadi apabila anda menghantar orang atau dihantar, gunakanlah peluang tersebut, minta si musafir tadi mendoakan anda , atau anda banyakkan berdoa semasa perjalanan.

Apa pun, kini aku sudah berada di Malaysia genap seminggu 2 hari. Tidak tahu apa yang akan ku hadapi ketika cuti sebulan setengah ini, yang pasti, aku perlu susun masa kerana banyak juga tugas sampingan yang belum ku selesaikan seperti update/upgrade website-website yang dibina, le tour de universites de KL, membuat modul kem kepimpinan PPMK yang ku janjikan pada Abdussalam dan lain-lain.

Semoga urusanku berjalan lancar, insya allah..

Dikirim dalam Inspirasiku | Leave a Comment »

E-book untuk cerpen Baju Baru

DIkirim oleh qafmimra di Ogos 26, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Ini adalah versi pdf bagi cerpenku yang bertajuk Baju Baru itu. Untuk pengetahuan, aku telah masukkan prolog, epilog dan sedikit nota bagi cerpen ini untuk melengkapkannya dalam versi PDF ini.

Ini cover pagenya :

Cover page untuk cerpen Baju Baru

Ini pula link untuk download cerpen itu (formatted, revised and updated) : at 4shared.com

Adapun nota atau ulasan yang ku tambah adalah antaranya :

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Karya | Leave a Comment »

PDF version of Jewish Terms book

DIkirim oleh qafmimra di Ogos 17, 2009

Dikirim dalam Ideologi | Leave a Comment »