Laman Blog Qafmimra

Blog Qafmimra… be yourself…

Arkib bagi Kategori ‘1’

Debu kuat di Kuwait

DIkirim oleh qafmimra di Februari 12, 2009

Subhanallah…. Semalam, sejak pagi hari lagi, Kuwait telah dilanda satu fenomena bahaya yang meliputi keseluruhan kawasan di sini.

Jarak penglihatan dianggarkan hanya 10 – 20 meter. Bahkan, pada pukul 12.40pm semalam, aku telah merakamkan pemandangan dari dalam hostel kami. Aku tak dapat keluar ketika itu, kerana udara yang amat tercemar dan berdebu menyukarkan keadaan.

Perlawanan bola sepak semi final yang sepatutnya ditamatkan semalam juga tertangguh, perlawanan yang sepatutnya menandakan bahawa usaha kami, Nadi Sadaqah atau The Students Friendship Club untuk menjayakan kejohanan bola sepak antara persatuan-persatuan pelajar di Kuwait ini akan hampir ke penghujungnya, namun segalanya berlaku tanpa diduga..

Aku kata pada diriku…. kita hanya merancang, Allah jua lah yang menentukan.

Kami redha dengan apa yang ada, malah ada pelajar yang menganggap ini semua ada hikmahnya.. boleh berehat.

Yang penting, cuaca semalam memang memberi kesan kepada semua urusan di Kuwait. Sehinggakan semalam juga, aku menerima dua sms daripada Kementerian Dalam Negeri Kuwait , satu dalam bahasa Arab, dan satu lagi dalam bahasa Inggeris, mengingatkan kepada semua pemandu kereta di jalan raya agar berhati-hati semasa memandu dan memasang lampu hadapan.

Aku pula, hanya duduk di hostel, dan sempat juga berbincang dengan kawan-kawan Exco Nadi Sadaqah tentang apa yang patut kami buat berkenaan dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan itu..

Semoga Allah membantu segala urusan kami, dan menjauhkan kami daripada terkena sebarang penyakit akibat daripada cuaca sebegitu.

Nampak tak kesan debu kat pemandangan belakang aku?

Nampak tak kesan debu kat pemandangan belakang aku?

Dikirim dalam 1 | 2 Komen »

Dua PERLAWANAN secara langsung!

DIkirim oleh qafmimra di Januari 4, 2009

Pukul 12 malam tadi, syabab hostel/sakan Kuwait University beramai-ramai telah mendirikan solat sunat hajat beserta doa qunut Nazilah, buat saudara-saudara kita di Gaza, khususnya, dan buat umat Islam seluruh dunia umumnya.

Solat hajat itu diimam oleh Ustaz Ibrahim Siba’ , salah seorang warden asrama kami yang terkenal dengan ilmu dan wara’nya. Idea untuk mengumpul syabab pada waktu itu datang daripada beberapa orang pelajar yang amat mengambil berat hal Palestin, lebih-lebih lagi hal-ehwal Gaza, yang mana malam tadi, askar zionis Yahudi telah memulakan operasi darat mereka menentang Hamas di bumi Palestin, Gaza.

Sebelum solat, para pelajar / syabab sedang menonton dua acara berbeza, siaran langsung, LIVE di kaca televisyen sakan. Sakan/hostel 3, hostel tempat ku diami, sedang memaparkan channel al-Jazeera , dengan tema Al-Harbu ‘ala Ghazzah atau Perang ke atas Gaza. Manakala sakan 4, berlangsung pula perlawanan bola sepak antara 2 pasukan yang aku tidak sempat mengambil tahu siapakah mereka dan apakah keputusannya.

Kawanku, merangkap Presidenku, Mustafa Jabi telah menyuarakan hasratnya memanggil syabab untuk solat di surau sakan, selepas sahaja perlawanan bola sepak itu tamat.

Apa yang menarik, aku lihat walaupun saat-saat genting penduduk Gaza menghadapi musuh Allah, musuh mereka dan umat Islam seluruh dunia, iaitu puak Yahudi (datang dari arah negara Palestin juga, aku tak mahu sebut namanya kecuali sekali sahaja, kerana umat Islam tak iktiraf pun negara mereka itu : Israel ), di mana  beratus atau beribu askar Yahudi berpusu-pusu memasuki tanah Gaza yang seluas hampir 360km persegi sahaja itu, untuk melancarkan perang darat, di sakan 4 pula ramai syabab sedang menonton perlawanan bola sepak, yang mana tak pernah disebut pun dalam jadual dirasi (jadual pengajian) mereka bahawa itu adalah salah satu agenda yang amat penting bagi mereka,  malah lebih penting daripada perkara lain!

Dua PERLAWANAN, secara langsung, di kaca TV , masing-masing punya jumhur/penonton setia, tetapi bilangan penonton perlawanan berdarah itu adalah hanya 1/6 daripada bilangan penonton perlawanan berpeluh sahaja itu!

Aku tidaklah meWAJIBkan mereka menonton al-Jazeera pada ketika itu, cuma jika dikenang nasib yang bakal menimpa saudara mereka, saudara seIslam mereka, di Gaza, akan terasa bersalah jika mereka langsung tidak mengendahkan PERLAWANAN BERDARAH itu, malah melupakannya lalu menonton dan bersorak gembira untuk 22 + 3 orang di atas padang hijau, padahal mereka di atas padang itu hanya sibuk mengejar sebiji BOLA ! Untuk dimasukkan ke jaring gol pihak lawan.

Sedangkan beribu umat Islam di Gaza, yang mana lebih 465 shahid, dan lebih 2500 orang lagi cedera, tidak pula mereka cuba selami , lebih-lebih lagi ketika askar Yahudi menyerang mereka!

Apa akan terjadi pada umat Islam kelak?

Apabila bola keluar padang, atau pengadil tersalah hukum, lantang pula suara-suara mereka membantah. Tetapi apabila Yahudi menghukum dengan salah, sejelas-jelas kesalahan dan kezaliman, mereka hanya geleng kepala dan berlalu seolah-olah Yahudi “TERSALAH” perbuatan!

Wahai Arab! Wahai Umat Islam!

Apa yang anda sedang lakukan? Duduk di meja-meja dan kerusi empuk, masih menuding jari siapa salah, siapa patut bergerak, siapa patut bertindak, apa yang patut dibuat, PATUTKAH BERTINDAK, apa lagi?

Kita semua sedia maklum bahawa Yahudi Zionis sedang menumpukan usaha mereka menakluki semua kawasan antara Sungai Nil dan Sungai Euphrates. Adakah kita ingat, jika Yahudi berjaya menakluki Palestin seluruhnya – La QaddarAllah – mereka akan berhenti setakat itu? Bahkan, Jordan, Mesir, dan lain-lain negara sekeliling Palestin juga akan DITAKLUK!

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya , masih ada umat Islam yang masih bersatu, mengecam keras tindakan Yahudi terkutuk itu ke atas Gaza, dan PALING TIDAK pun mereka berDEMONSTRASI dan BERARAK beramai ramai. Semoga usaha umat Islam menyuarakan pandangan mereka berjaya, Aamiin…

Takkan setakat itu sahaja?

Alhamdulillah, ada yang solat Hajat beramai-ramai, menangis, teresak-esak memohon pada Allah semoga membantu saudara mereka di Palestin, khususnya di Gaza. Alaa inna nasrAllahi Qariib…

Alhamdulillah, Algeria telah bersetuju menerima mangsa yang tercedera akibat tindakan kejam Yahudi itu, seramai yang mungkin untuk dirawat di Algeria atau hospital berdekatan. Algeria? Ya, nun jauh di barat sana.

PBB , diwakili Setiausaha Agung/Kehormat mereka, pula mendesak agar askar Yahudi menghentikan serangan.

Yang pasti, aku tahu, Nasrun minAllahi wa fathun qariib…..

Allah akan bantu orang-orang yang beriman denganNya… Aamiin….

Dikirim dalam 1 | 3 Komen »