Kenali Qafmimra
Nak kenal siapa Qafmimra?
Ni aku bagi biodata penuh, macam CV kot..
Nama : Kamaruzzaman Abd Rahim
Nama panggilan di rumah : Adik, Zaman
Nama panggilan antara kawan-kawan : Qamar
Nama samaran di internet dan dunia komputer : Qafmimra (QAF-MIM-RA = Qamar dalam bahasa arab)
Tarikh lahir : 29 Disember 1986 / 28 Rabi’ul Awal 1407H (sumber : Islamicfinder.org)
Tempat lahir : Hospital Besar Melaka
Adik-beradik : 5 orang
Anak ke : 5 , atau dengan bahasa mudah > BONGSU… tahukah anda betapa seronoknya jadi anak bongsu?
Pendidikan : (sekolahku banyak sebab familiku selalu berpindah apabila ayahku dapat tawaran naik pangkat. alhamdulillah.. semua negeri di Malaysia aku dah sampai, kecuali Sabah.. satu hari nanti insya allah)
2006 – kini
Kuwait University, Jamal Abdel Nasser Street, Shuwaikh, Kuwait
-Program Ijazah Sarjana Muda – Fakulti Syari’ah dan Pengajian Islam
2001 – 2006
The Religious Institute of Kuwait, Damascus Street , Qortubah, Kuwait
-Kelas Peralihan 1 tahun, Tingkatan 1 hingga 4 (Secondary level – Level 9 hingga level 12)
2001
Menyertai Kursus Intensif Bahasa Arab bagi Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah , di Pusat Bahasa Arab Yayasan Islam Kelantan , Nilam Puri, Kelantan , bermula dari 6.5.2001 hingga 26.7.2001
1999 – 2001
SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan ( http://smuamml.kelantan.edu.my/home.html)
-Tingkatan Peralihan, 1 , 2 dan 3 (hingga September 2001 kemudian di Kuwait)
1998
Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1, Pengkalan Chepa, Kelantan (ni je yg ku jumpa : http://en.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Dato’_Hashim )
-Tahun 6 (semester kedua sahaja sebab pindah ke Kelantan)
1995 – 1998
Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2 , Felcra Seberang Perak, Kg. Gajah, Perak (ni je yg aku dapat : http://pssskcl2.blogspot.com/ )
-Tahun 3 , 4, 5 dan 6(semester pertama)
1993 – 1994
SRB (A) Madrasah Dato’ Haji Abdul Kadir Hassan, Semariang, Sarawak (http://www.geocities.com/ska_dhakh/)
- Tahun 1 dan 2
Aktiviti berpersatuan dan lain-lain :
- 1996 – 1997 Menjadi ahli Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2
- 1996 – 1998 Menjadi ahli kepada Badan Pengawas di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2, dan telah dilantik menjadi Ketua Pengawas sekolah pada tahun 1998
- 1996 Menyertai kumpulan Choral Speaking SK Changkat Lada 2 dalam pertandingan Choral Speaking Peringkat Zon Kg. Gajah , Perak
- 1997 Menyertai Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran Peringkat Sekolah (Johan Lelaki) dan Peringkat Daerah semasa bersekolah di SK Changkat Lada 2 (Saguhati)
- 1997 Menyertai Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Zon (Naib Johan) dan Peringkat Daerah (saguhati)
- 1997 Menyertai Perkhemahan Amali Jawi , dianjurkan oleh Utusan Melayu dan Bank Rakyat, pada 14 dan 15 Jun 1997
- 2000 – 2001 Menyertai Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu dan pencapaian terakhir ialah mendapat bengkung Putih (peringkat kedua)
- 2000 Menyertai Persatuan Tilawah Al-Quran SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki
- 2000 Menyertai Pertandingan Azan Peringkat Sekolah (Johan) , dan Pertandingan Azan Peringkat Daerah (saguhati)
- 2000 – 2001 Bergiat aktif dalam BALKIS (Badan Latihan dan Kepimpinan Islam) SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, dan pernah menjadi pembantu Fasilitator bagi Program MPDPI/Suai Kenal Maahad Muhammadi bagi pelajar baru tahun 2000, dan menjadi ahli Biro Tamrin dan Qiyamullail BALKIS
- 2002 – kini Bergiat dalam bidang nasyid, justeru menyertai kumpulan nasyid Al-Masaar Persatuan Pelajar Melayu Kuwait, dan pernah menjadi jurulatih kumpulan nasyid tersebut
- 2003 – 2004 Menjadi Naib Ketua Biro Kemasyarakatan, Persatuan Pelajar Melayu Kuwait (PPMK)
- 2004 – 2005 Setiausaha 2 , PPMK
- 2006 – 2007 Setiausaha 1 , PPMK
- 2007 Menyertai kursus Khatam Sohih Bukhary sehingga tamat, dengan mendapat Ijazah (sijil kelulusan) daripada dua Ulama’ Hadis dari Mekah dan Madinah, iaitu Sheikh Abdul Wakeel Al-Hashimy dan Sheikh Thana-ullah Al-Madany, selama 10 hari di Masjid Negara Kuwait (Masjid Al-Kabir) pada April 2007
- 2007 – 2008 Menjadi Presiden PPMK
- 2008 Johan pertandingan catur anjuran Persatuan Rakyat Malaysia Kuwait (Malaysian Association of Kuwait – http://maq8.wordpress.com )
- 2008 – 2009 Menjadi Ketua Biro Kebudayaan dan Tarbiyah PPMK
- 2009 Naib Presiden The Students Friendship Club, Kuwait ( http://www.nadisadaqah.co.cc )
Bahasa Pertuturan :
- Bahasa Malaysia (Baik) – boleh faham loghat Melaka, Perak, Kelantan dan Kedah (sikit2)
- Bahasa Inggeris (Baik)
- Bahasa Arab (Baik)
- Bahasa Perancis (Asas)
Makanan kegemaran : Nasi goreng ayam, Kuey teaw tom-yam (lama tak makan)
Minuman kegemaran : Jus epal hijau
Hobi : Membaca (ebook, majalah PC dan buku2 berfaedah), Komputer (internet, designing)
Sukan yg diminati : Pingpong, basketball dan bola sepak
Apa lagi yg ingin diketahui? Ni pertama kali aku letak CV kat internet.. kalo ada cadangan nak sebut perkara-perkara lain, sila tinggalkan pesanan di bawah ini…
Wallahu a’lam…











ana berkata
salam,perkenalan
ana berkata
semoga kita blh bertukar2 pendapat dan pandangan
qafmimra berkata
waalaikumussalam.. ahlan.. salam perkenalan….