Mari mendengar nasyid yang memuji Rasulullah s.a.w , kekasih kita, penghulu sekalian makhluk…
Ma’al Habib (Bersama Kekasih s.a.w )
Nasyid oleh Sheikh Mishary al-Afasy (Kuwait)
Album: Ma’al Habib
Lirik : Anwar al-Mushairy
Lagu : Ahmad al-Harami
Terjemahan : Qafmimra (maaf jika bahasa aku kurang indah, harap maknanya sampai pada pembaca)
Ini liriknya berserta terjemahan .
يسعد فؤادي كلما ذكر الحبيب ترنما
Hatiku bahagia tatkala ; Nama Kekasihku disebut jua
ذاك الذي رب العلا صلى عليه وسلما
Dia, yang mana Tuhan yg Esa; Selawat dan salam ke atasnya…
نبي رب العالمين الصادق الهادي الأمين
Nabi kepada Tuhan seluruh alam ; Yang Benar, Yang Membawa Hidayah, Yang Jujur
الطاهر الدمث الذي للحق صار معلماً
Yang Suci, Yang mulia akhlaknya ; Yang menjadi guru pada kebenaran…
كالنور في جنح الظلام جاء الحبيب إلى الأنام
Seperti Nur (cahaya) di tengah gelita ; Telah datang Kekasihku kepada manusia
هدياً يضيء دروبهم وكأنه بدر السماء
Sebagai hidayah menerangi jalan mereka ; Dan Baginda bagaikan purnama di langit semesta…
لمحمد خلق عظيم وبحبه من لا يهيم
Bagi Muhammad s.a.w akhlak yang agung ; Dan siapa yang tidak tenggelam dalam cintanya
والله جل جلاله صلى عليه وسلم
Dan Allah Maha terpuji Maha agung ; Berselawat dan salam ke atasnya…..
Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad. Marilah kita pertahankan baginda, syari’atnya, sunnahnya, sirahnya dan umatnya…
Video klip di atas menunjukkan sebahagian daripada scene-scene yang diambil semasa program Sirah Nabawiyah oleh al-Watan TV pada Ramadhan 1429H yang lalu, disampaikan oleh Sheikh Nabil al-’Awadhi .
Ni link untuk tengok tentang program itu, Klik Sini
Dan ini pula link-link untuk download:
1) Ada direct link utk FLV, MP4 dan AVI pelbagai saiz , ada yg Hi-Q (episod 1 – 30 lengkap) : http://vb.islam2all .com/showthread. php?t=32043
2) Direct link utk format FLV dan WMV , saiz video sederhana (episod 1 – 29 sahaja ) : http://www.emanway. com/multimedia/ video//sera/
Wallahu a’lam…










