Laman Blog Qafmimra

Blog Qafmimra… be yourself…

Arkib bagi Bulan April 2009

Cerpen : Baju Baru – Part 5 – not final

DIkirim oleh qafmimra di April 21, 2009

Urgent? Kecemasan? Apa hal pula ni…

“Mikraj.. ada tawaran istimewa ni.. terhad… anta nak tak?” suara Faris bernada gembira.

“Eh. Tawaran apa pulak tu Faris? Apa yang urgent nya tu?” Mikraj masih bingung.

“Lajnah Asia Tenggara kat Ihya’ Turath ada buka peluang untuk pelajar-pelajar Asia Tenggara yang nak kahwin, dapat bantuan kewangan. Rupanya hari ni hari terakhir untuk kemukakan permohonan kat diorang.. anta nak tak?”

“Masya Allah.. bagus tu Faris. Ana nak sebungkus boleh?” Mikraj buat-buat tak faham.

“Hoh.. ingat ana main-main ke Mikraj.. Betul… tadi Ustaz Abdul Ghaffar ada call ana.. dia tak sangka tak ada pelajar Malaysia yang nak mohon bantuan untuk kahwin. Ana serta merta teringat kat anta. Maklumlah, ana rasa anta pun memang dah bersedia…..” Faris ketawa perlahan, kedengaran dengusan hidung mancungnya di corong handphone Mikraj.

“Ye la tu. Ana ni lambat lagi la Faris. Calon pun tak pasti lagi confirm ke tak, hmmm… maksud ana dah ada ke belum… Cuma nak tahu, ada syarat ke untuk mohon?” Mikraj seolah berminat!

Faris berdehem dua kali kali. “Hai.. macam berminat bila tanya-tanya begini?”

“Eh.. salah ke ana tanya?”

“Ye la… Masyi… Lajnah kata kalau nak mohon, kena kahwin bila cuti musim panas nanti. Dan perlu beri sekali maklumat bakal isteri pada mereka. Dan lepas kahwin, perlu beri bukti pada Lajnah. Ye lah kan. Diorang pun nak tahu juga ke mana pergi duit tu nanti…” Faris menerangkan dengan panjang lebar.

“Oo.. kalau gitu, tak jadilah ana nak terima tawaran ‘istimewa’ dan ‘terhad’ anta tu.. hehe.”

“Hm.. baiklah.. maksudnya anta tak nak kahwin lagi la ni ye Mikraj? Ana mohon.. hehe… okay Mikraj… assalamualaikum…” panggilan terus dihentikannya..

“Ek…. waalaikumussalam… “

Dah tak tahan nak kahwin rupanya kawan aku ni.. dah tu pula, terus putuskan panggilan, tak mahu tanya lah tu…

Jam’iyah Ihya’ Turath memang membuka peluang kepada para pelajar yang ingin berkahwin di negeri masing-masing. Katanya, lebih KD 400 dinar boleh diberikan oleh mereka, iaitu hampir RM 4800 tunai.

Usaha murni mereka amat digalakkan, kerana perkahwinan adalah salah satu keperluan bagi semua insan, yang punya fitrah normal. Lebih-lebih lagi bagi pelajar-pelajar yang belajar di luar negara, kadang kala boleh menjadi ‘benteng’ diri daripada terjebak dalam kancah maksiat dan dosa besar.

————–

Kaifan, Kuliyyah Syari’ah.

Setelah selesai kelas terakhir bagi semester 1 itu, Mikraj terus ke masjid untuk menunaikan solat Zohor, lalu meninggalkan kawasan kampus menuju ke kawasan letak kereta di luar.

Kelihatan Prado abang Hamdi sudah pun ada di hadapan pintu keluar kampus itu. Mikraj terus membuka pintu kanan hadapan kereta eksklusif itu dan menghulurkan tangan selepas memberi salam.

Hamdi menyambut tangan Mikraj dan menjawab kembali salam dengan panjang lebar. Senyumannya pun agak lebar hari ini. Ceria nampaknya.

“Ish lounik yubba?” Hamdi bertanya khabar, dengan loghat Kuwaiti, bernada gurauan.

“Zein… alhamdulillah…. Allah yu’tikal ‘afiah…. wein naruuh?” Mikraj membalas senyuman dan bertanya ke manakah mereka akan pergi.

“Adalah….” Hamdi terus memandu laju Pradonya menuju ke destinasi yang Mikraj tidak pasti.

—————

Restorang Naif Chicken
Kuwait International Airport
10.00pm

“Mikraj, Inilah bakal ‘baju baru’ abang nanti, insya allah.. dan kamulah yang akan jadi saksi abang yek…” Hamdi perkenalkan bakal isterinya, Sarah pada Mikraj. Ayahnya juga datang.

Mikraj hanya memandang, mengangguk sambil senyum, tanda memberi hormat pada mereka. Cantik juga bakal isteri abang Hamdi. Beruntung dia. Kalau kak Midah tahu…..
Eh.. apa lah aku ni, puji-puji pula bakal isteri orang..
Mikraj terus menghulurkan salam ingin berjabat tangan dengan ayah wanita itu, katanya CEO syarikat tempat Hamdi kerja.

En Uthman dengan sikap yang terbuka dan ceria menyambut tangan Mikraj. Peramah dan mesra juga ayahnya itu.

Selesai makan ayam goreng Naif Chicken itu, mereka terus meninggalkan meja lalu terus menuju ke tangga escalator di tengah dewan ketibaan itu. Restoran-restoran yang ditinggalkan mereka sebenarnya berada di tingkat bawah, bersebelahan dengan pintu ketibaan para penumpang di Kuwait International Airport itu.

“Bila Hamdi akan pulang semula? Jangan lewat tau. Kami tunggu kalian berdua… ” Sarah bertanya pada Hamdi, tarikh dia pulang ke Kuwait.

Hamdi tersenyum, lalu berkata : “Insya allah, lagi empat atau lima hari lagi, saya balik. Jangan bimbanglah. Nanti selesai segala urusan, saya pulang ke Kuwait secepat yang mungkin.”

En Uthman hanya mengangguk, tanda memahami apa situasi Hamdi. Orang yang kemalangan, walaupun tidak parah, namun perhatian perlu juga diberi, lebih-lebih lagi oleh orang yang rapat dengannya. Biarpun mereka tidak tahu bahawa orang itu adalah bapa mertua Hamdi sendiri!

“Ding ding ding ding…. arjul intibah….” kedengaran suara wanita di corong PA mengumumkan sesuatu. Ternyata yang diumumkan itu adalah penerbangan ke Kuala Lumpur, penerbangan Hamdi dan Mikraj malam itu.

—————————-

Airbus 103 , Kuwait Airways
Flight 413 to Kuala Lumpur

“Abang Hamdi. Beruntung ye, dapat anak dara Arab, dari negeri Syam lagi. ‘Baju baru’ abang tu memang padanlah dengan abang.. ” Mikraj mengusik Hamdi.

Hamdi tersenyum bangga. Tiba-tiba, senyumannya kendur sedikit.

“Kenapa bang?” Mikraj hairan dengan Hamdi.

“Abang harap, kak Midah kau tak tahu hal ini. Moga keputusan abang ni betul hendaknya. Abang dah istikharah beberapa hari lepas… bukan mudah ye Mikraj nak buat keputusan…” Hamdi memandang Mikraj di sebelahnya. Mereka mendapat tempat duduk ‘business class’ , itupun kerana sudah tiada tempat di bahagian ‘economy class’.

“Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Mungkin ada baiknya juga abang kahwin, boleh menjaga diri abang sendiri kan. Oh ye.. boleh saya tahu, kenapa abang panggil bakal isteri abang tu ‘baju baru’ ? Dahulu pun, masa di padang bola Shuwaikh tempoh hari, abang tiba-tiba tersedak apabila abang Radhi sebut pasal ‘baju baru’ untuk saya?” Mikraj membuka topik perbualan.

“Eh.. kan kamu sendiri yang pernah sebut, bahawa dalam firman Allah subhanahu wa ta’ala, dalam al-Quran, ada menyebut : mereka adalah pakaian kamu, dan kamu adalah pakaian mereka. Jadi isteri adalah seperti baju atau pakain buat suami lah kan?” Hamdi menjawab dengan dalilnya sekali.

“Oo.. ye tak ye juga ye.. tapi saya rasa macam kurang selesa bila isteri dipanggil baju lah bang. Seolah-olah macam isteri itu hanyalah sebagai pakaian yang bila diperlukan barulah digunakan. Dan jika tak diperlukan lagi, dibuang pula…” Mikraj membalas pula.

“Hmm… tetapi abang rasa tak salah juga. Sebab isterilah yang menutup aib abang, baju menutup aurat abang. Baju menjaga diri abang, isteri menjaga diri abang juga. Baju memberikan keselesaan hidup, begitu juga isteri abang… ha.. jadi betullah penggunaan ‘baju’ untuk isteri abang kan..”

“Jadi kak Midah tu, kiranya baju lama lah?” Mikraj spontan membalas.

Hamdi terdiam. Tidak menjawab soalan tadi.

“Baju lama, tak semestinya sudah tak berguna kan bang?” Mikraj menyambung lagi.

Hamdi masih mendiamkan diri. Dihulurkan tangan ke hadapan kerusi, mengambil majalah Al-Buraq keluaran khas Kuwait Airways itu. Lalu dibeleknya sehelai demi sehelai.

Mikraj masih menunggu reaksi Hamdi.
“Abang Hamdi tak jawab lagi soalan saya tadi kan…”

Hamdi berpaling pada Mikraj. “Hmm…. nanti lah abang jawab yek.. Mengantuk pula rasanya..” Hamdi cuba beralih topik, pura-pura mengantuk pula. Hamdi meletakkan majalah tadi di ribanya. Lalu memasang headphone yang disediakan, mendengar radio.

Mikraj hanya memerhati, dan perlahan-lahan meleretkan senyuman tawar, sendirian, tanpa gula…

Sejam selepas itu, lampu dalaman pesawat itu dimalapkan sedikit, bagi memberi keselesaan buat yang ingin tidur. Walaupun dengan bunyi bising enjin pesawat, namun rata-rata penumpang pesawat itu nyenyak juga dibuai mimpi.

Hamdi belum dapat tidur lagi. Dia hanya dari tadi memejamkan mata, sambil mendengar bacaan ayat suci al-Quran oleh Sheikh Misyari al-Affasy, dalam Channel 1 siaran radio pesawat Kuwait Airways itu.
Kadang-kadang, mereka juga memasang bacaan oleh as-Sudais dan asy-Syuraim.

‘Baju lama.. Hamidah…” kalimah itu bagaikan menyedarkannya dari lamunan cinta ‘baju baru’. Dia tidak dapat menjawab soalan Mikraj tadi. Dia khuatir, jika dia benar-benar anggap Hamidah, isterinya itu sebagai baju lama. Baju lama, jarang dipuji kecantikannya, jarang dipakai. Lambat laun lusuh pula. Atau, jika tidak mahu disimpan lagi, akan diberi pada orang, dibuang , atau dibuat kain buruk!

Salahkah abang kahwin lagi satu Midah? Midah masih di hati abang juga.
Tetapi kenapa abang tak beritahu Midah dahulu? Kan Midah juga isteri abang, sudah 5 tahun kita berumahtangga. Takkanlah dengan isteri sendiri juga perlu berahsia?

Hamdi berangan-angan sendirian, membayangkan soalan-soalan yang mungkin ‘dihujani’ isterinya ke atasnya bak bom-bom buatan Yahudi di Gaza itu.

Mungkin jika aku beritahu isteriku, lebih baik rasanya….
Hamdi berfikir lagi…

Ya Allah…
Ampunilah hamba-Mu ini… Bantulah hamba-Mu ini Ya Allah…

—————————————

Kuala Lumpur International Airport
1.30 pm

Kelihatan Hamidah , Nurul dan Amirul telah sedia menunggu di balai ketibaan, bahagian luar sana. Hamdi berasa begitu gembira, dan hilang rasa rindu tatkala melihat mereka semua di hadapan mata. Ayah dan ibu Mikraj juga ada di situ.

Walaupun baru beberapa bulan Hamdi tiada di Malaysia, namun bagaikan bertahun lamanya buat Hamidah, lebih-lebih lagi apabila menunggu suami tersayang pulang ke pangkuan keluarga.

“Assalamualaikum… Midah, Nurul, Amirul… Pak Uda, Mak Uda…” Hamdi memberi salam dengan senyuman gembira terukir di bibirnya.

“Waalaikumussalam warahmatullah… alhamdulillah ‘alas salaamah… selamat tiba abang Hamdi….” Hamidah menjawab sambil menuturkan kalimah syukur atas ketibaan suaminya dengan selamat.. Hamidah juga tahu serba sedikit pertuturan asas Bahasa Arab yang dipelajarinya semasa di Arab Saudi dahulu.
Hamdi dan anak-anaknya saling berpelukan. Rindu pada ayah mereka terubat.

“Alhamdulillah.. syukur kamu selamat sampai.. eh.. mana Mikraj?” ayah Mikraj tercari-cari anaknya pula.

“Mikraj pergi ke tandas sekejap. Entah lah, mungkin silap makan kot.. hehe…” Hamdi sempat berseloroh dengan dengan ayah saudara isterinya itu.

“Ayah bagaimana Midah? Kat hospital mana?” Hamdi terus bertanyakan hal ayah mertuanya yang kemalangan tempoh hari.

“Alhamdulillah, tak ada kecederaan berat yang menimpa. Luka sedikit di kepala, itupun kerana terhentak pada stereng van. Cermin hadapan pecah separuh, tetapi nasib baik tak kena pada muka ayah… cuma ayah masih mendiamkan diri. Kadang-kadang sahaja ayah bercakap, itupun tak banyak.”

“Syukur ke hadhrat Allah.. abang hari tu terkejut dengar Midah teresak-esak menangis.. abang tak dapat tidur malam itu…” Hamdi memegang bahu isterinya.

“Maaf menyusahkan abang. Ayah ada di Hospital Serdang sekarang. Mak sedang menunggu ayah di biliknya..”

Akhirnya Mikraj keluar dari pintu di balai ketibaan itu. Tersengih-sengih, bagaikan melakukan kesalahan pula..

“Assalamualaikum ayah, mak, Kak Midah, Nurul… oh ye.. Amiruddin…” Mikraj mengucup tangan ayah dan ibunya. Ibunya memeluk lalu mengucup dahinya.. Rindu..

“Waalaikumussalam…. lama betul kau di bilik air ye.. projek besar ke tu?” ayahnya ketawa perlahan. Semua yang lain juga ketawa…

“Baiklah, Pak Uda, Mak Uda.. kami pulang dulu, karang lebih kurang pukul 5.30 petang nanti, kita jumpa di hospital…” Hamdi meminta izin. Waktu ziarah di hospital itu ialah antara jam 5 petang hingga 8 malam sahaja.

“Okay.. nanti apa-apa hal Pak Uda call Hamidah je lah kan…” ayah Mikraj menghulurkan tangan, lalu mereka berpisah di situ.

————————-

Dalam kereta, Nurul galak bercerita, pelbagai cerita diluahkan pada ayahnya.
Hamdi sentiasa tersenyum apabila melayan kerenah anaknya itu.

“Midah.. baju yang Midah dan anak-anak pakai ni baju baru ke?” Hamdi membuka topik, topik biasa sahaja..

“Eh.. tak lah bang… semua baju lama.. baju yang abang beli tahun lepas… abang tak ingat dah ke…” Midah memutar stereng kereta, keluar dari lebuhraya.

“Hm.. maaf le. Mana la abang nak ingat sangat.. abang ada beli baju baru untuk semua.. Made in Kuwait lagi.. nanti kita tengok di rumah nanti. Boleh dipakai semasa melawat ayah petang nanti…” Hamdi membuat isyarat ibu jari ke belakangnya, dimaksudkan ialah begnya di dalam bonet kereta.

Tiba-tiba Nurul menyampuk : “Ayah.. mak selalu kata, baju baru tak semestinya selesa kan.. kadang-kadang baju lama lagi baik…”

Hamdi terdiam..
Hamidah melihat wajah Nurul, seraya menggeleng.

bersambung………

p/s : Insya allah Part 6 Final… terpanjang pulak cerpen aku.. takut jadi novel jek…

Dikirim dalam Karya | 1 Komen »

Umrah 1430 H

DIkirim oleh qafmimra di April 3, 2009

Alhamdulillah, Ahad 29 Mac, malam Isnin, lebih kurang jam 6.40pm, aku dan kawan-kawanku tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuwait, dari Jeddah, menaiki flight KU 786 pada pukul 5.00pm.

Aku menyertai rombongan yang terdiri daripada 23 pelajar lain dari pelbagai negara, yang mana semuanya masih belajar di Kuwait University. Kami diiringi 2 orang pegawai dari pejabat pengurusan asrama , Dr Issa al-Zufairy dan Ust Jasim ad-Dakheel yang kedua-duanya berasal dari Kuwait, dan 3 orang lagi warden asrama yang semuanya dari Mesir.

Pelajar melayu hanya 3 orang, aku, abang Ansoree dan abang Anwar Wado yang mana kedua-duanya dari Thailand. Manakala kebanyakan pelajar lain yang menyertai rombongan umrah bertema : Umratun Nur ini adalah berasal dari Bahrain dan negara-negara Afrika seperti Burkina Faso, Mali, Nigeria, Niger, Mesir dan lain-lain.

Ini adalah kali kedua aku pergi umrah menaiki kapal terbang, yang mana kali pertama aku pergi, aku masih di Maahad Dini, tingkatan 4 Thanawi. Pakej umrah ini ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Awqaf dan Students Dormitory Department.

Kami diberi beg kargo, beg sandang, kain ihram, selipar, beg kecil, dan alat-alat perapian diri (pisau cukur, sikat dan lain-lain dalam satu kotak kecil) dengan percuma, malah diberi pula wang saku sebanyak KD40 yang nilainya jika ditukar di Mekah = SR 504 , = lebih kurang RM 505.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, bermula daripada check-in sehinggalah boarding , hotel, sehingga kami pulang. Tiada apa-apa masalah yang berlaku.

Check-in di Kuwait

Di kawasan check-in Kuwait Airways di Kuwait Int'l Airport

Di kawasan check-in Kuwait Airways di Kuwait Int'l Airport

11.05am , 26.03.2009 Khamis
Kami check-in sebagai satu kumpulan di kaunter Kuwait Airways. Yang menariknya, mereka langsung tidak menimbang beg-beg kami, sebaliknya terus mengira bilangan beg-beg tersebut dan terus meletakkan tag bagasi pada setiap beg kargo yang ada, dengar-dengarnya hampir 27 beg kesemuanya, termasuk beg-beg para pegawai dan warden. Mungkin sebab yang menguruskan check-in itu ialah Dr Issa sendiri, dan kami pula semua pelajar Kuwait University, yang mana biasanya pelajar universiti di sini dihormati, termasuk yang bukan Kuwaiti.

Kebanyakan pelajar membawa satu beg kargo, yang rata-rata dilihat agak ‘kosong’ dan ringan kerana ada yang akan membeli sedikit barangan di Mekah seperti buku dan pakaian untuk dijadikan hadiah dan kenangan, maka beg sengaja dikurangkan barang di dalamnya.

Menuju ke pintu no. 2

Di hadapan gate no. 2

Di hadapan gate no. 2

11.35am 26/3
Selesai sahaja urusan check-in, kami terus menuju ke kaunter Passport Control, untuk masuk ke kawasan perlepasan antarabangsa itu.
Yang aku agak hairan ialah semua pegawai yang memeriksa pasport itu adalah wanita… jarang sungguh aku lihat perkara sebegini di Kuwait Airport sejak tahun 2001 dahulu lagi.

Apa pun, setelah solat Zohor di kawasan perlepasan, aku dan beberapa rakanku menukar pakaian dan mengenakan kain ihram. Ada yang sejak melepasi kastam lagi sudah menukar, bagiku, tukar selepas solat lebih mudah.

Dalam flight

1.40 pm

Aku duduk sebelah seorang lelaki Mesir, yang memakai kain ihram juga. Sejak bermula penerbangan sehinggalah nak keluar, dia sedaya upaya nak cakap denganku dengan bahasa Inggeris – dengan pelat Arab – , tetapi akhirnya aku faham kata-katanya dalam bahasa Arab juga. Satu je yang aku tak ingat nak buat ialah : berkenalan…

Tepat jam 2.00pm, barulah kapal terbang berlepas ke udara, bermakna sejak daripada jam 1.45 hinggalah 2.00pm, kapal terbang itu hanya menghabiskan masa ‘bersiar-siar’ menuju landasan khas untuk berlepas ke udara.

Dalam flight kami dihidangkan dengan makanan tengahari , sajian masakan Arab, ayam masak apa entah, pelik sikit namanya. Sedap juga rupanya. Alhamdulillah.

Kemudian lebih kurang setengah jam kemudian, kapten kapal terbang mengumumkan bahawa apabila tinggal lagi sejam untuk melalui miqat, dia akan memberi pengumuman.

Suka aku nak menyebut bahawa ada penumpang yang tersilap faham, lalu menunggu sehingga kapal terbang melalui kawasan miqat baru berniat ihram. Kerana kapal terbang jika dikatakan ‘melalui’ kawasan atau tempat miqat, yang zahirnya dalam peta yang ku lihat di skrin tempat duduk dalam flight itu ialah miqat penduduk Madinah, iaitu miqat Zulhulaifah atau Abyar ‘Ali atau Bi’r ‘Ali , sudah pastilah kapal terbang akan melepasi tempat tersebut saat pengumuman kapten itu. Bayangkan berapa kilometerkah sesaat dilalui kapal terbang itu?

Oleh yang demikian, seeloknya penumpang berniat paling kurang pun 10 minit sebelum itu bagi mengelakkan terlepas miqat.

Apa yang membuatkan aku menyebut perkara ini ialah apabila kapten mengumumkan bahawa sekarang kapal terbang merentasi miqat, barulah aku dengar laungan talbiyah oleh para penumpang yang berihram… bukankah sebaik sahaja kita berniat ihram, kita disunatkan bertalbiyah : LabbaykALLAHumma labbayk…. dan kita melaungkannya sehinggalah kita tiba di Mekah, atau melihat Masjidil Haram, atau melihat Ka’bah (atas mazhab masing-masing).

Walau bagaimanapun, lebih baik bersangka baik daripada tersalah hukum.. mungkin mereka baru teringat nak bertalbiyah agaknya. Wallahu a’lam..

Semasa kapalterbang hampir mendarat, aku sempat mengambil gambar bandar Jeddah dari atas.

Pemandangan Jeddah dari atas kapal terbang

Pemandangan Jeddah dari atas kapal terbang

Sampai di Jeddah

4.00pm 26.9

Kami sampai di Jeddah lalu terus turun menaiki bas ke terminal. Aku lihat ramai juga jemaah dari Malaysia dan Indonesia di situ. Aku ternampak ada bendera Malaysia di salah satu beg kecil seorang lelaki berumur. Nak ditegur, jauh pula, dan kami perlu sentiasa bersama dalam jemaah, agar tidak menimbulkan masalah yang lain.

Selepas keluar dari kawasan tuntutan bagasi

Selepas keluar dari kawasan tuntutan bagasi

Ini kali kelima aku di sini. Tetapi kali ini adalah yang paling aku ingat, kerana kami tunggu di lapangan terbang Jeddah agak lama, lebih 1 jam, sebelum menaiki bas khas kepunyaan Syarikat Mashaer itu. Aku sempat mengambil beberapa gambar di Jeddah, sebagai tanda kenangan.

Sedang menunggu bas. (kelihatan seorang lelaki memakai jubah di kiri gambar, jual SIM Card! )

Sedang menunggu bas. (kelihatan seorang lelaki memakai jubah di kiri gambar, jual SIM Card! )

Kami bergerak ke Mekah lebih kurang jam 5.20pm.

Tiba di Tanah Suci Mekah

7.30pm Mekah – Hotel Intercontinental Dar al-Tawhid

Di pintu masuk Hotel Dar At-Tawhid

Di pintu masuk Hotel Dar At-Tawhid

Alhamdulillah, kami tiba di Mekah selepas maghrib, dan hampir masuk waktu ‘Isya’. Kami niat jama’ ta’khir kerana bimbang tidak sempat solat maghrib.

Aku ditempatkan sebilik dengan rakanku, Musa Sana, dari Burkina Faso, di bilik 843. Bilik yang menghadap Hotel Hilton, sebelah hotel ini, dan Masjidil Haram dapat dilihat bucu bangunannya sahaja dari bilikku itu.

Kami terus bersiap sebaik sampai di hotel untuk solat Isya. Tak sempat rehat. Kami lihat para jemaah telah berpusu-pusu menuju ke ruang solat Masjidil Haram.

Bilikku. Lupa nak alih kain ihram dari katil.

Bilikku. Lupa nak alih kain ihram dari katil.

-bersambung…

Dikirim dalam Inspirasiku | Tagged: | Leave a Comment »