Laman Blog Qafmimra

Blog Qafmimra… be yourself…

Arkib bagi Bulan Oktober 2008

Cerpen : Baju Baru – Part 2

DIkirim oleh qafmimra di Oktober 28, 2008

Malam itu…

“Sheikh… saya ada satu soalan…” Mikraj memulakan bicara setelah semua sahabatnya yang mengikuti kelas pengajian Feqah itu telah beredar.

“Ya.. apakah soalannya Mikraj?” Sheikh Ali bertanya pula, dia sudah biasa dengan perilaku anak-anak muridnya, jika ada soalan peribadi, mereka akan menunggu kawan-kawan yang lain beredar dahulu.

“Bolehkah seorang lelaki muslim itu nikah dengan niat talaq? Maksud saya, bolehkah lelaki itu kahwin dengan seorang perempuan yang halal baginya, dengan berniat akan menceraikannya selepas suatu tempoh yang ditetapkannya sendiri?” panjang lebar Mikraj menyusun ayat soalannya tadi, tertulis di atas kertas,  itupun setelah diperbetulkan berkali-kali semasa di kafeteria selepas maghrib tadi oleh rakannya.

“Ya.. boleh..” Sheikh Ali menjawab, ringkas. “Bahkan jika dia nak akad nikah dengan 4 orang satu hari, dengan niat akan diceraikannya keesokan harinya pun boleh..” agak ringkas namun penuh seribu kebuntuan dan kecurigaan bagi sesetengah pihak jika mendengar tanpa mengetahui sebab dan hukum sebenar masalah ini.

Mikraj agak terkejut, namun dia menyembunyikan perasaannya dengan menambah sedikit lagi elemen soalannya yang panjang tadi : ” Tidakkah itu seperti nikah mut’ah , atau nikah kontrak? Yang mana nikah tersebut diletakkan tempoh tamat ’sahlaku’nya kepada sekian waktu? Ramai yang menyebut tentang perkara ini sheikh.. Tidak mungkin semudah itu kita meletakkan hukum?” lembut Mikraj mempersoalkan fatwa sheikhnya tadi.

Secara rasional dan logiknya perkara ini seolah-olah sama, namun sebenarnya tidak di sisi kebanyakan ulamak Islam.

“Tidak Mikraj. Begini. Nikah mut’ah ialah nikah yang diletakkan tempoh atau had bagi pasangan itu sebagai suami isteri yang sah, namun jika telah tamat tempoh, maka mereka tidak akan bergelar suami isteri lagi. Dan nikah mut’ah itu jika dilihat pada akadnya juga telah disebut padanya secara zahir bahawa nikah itu akan berakhir selepas sekian-sekian waktu. Dan ini adalah tidak sah di sisi Ahli Sunnah wal Jama’ah, sah di sisi puak Syi’ah.”
“Adapun nikah dengan niat talaq tadi, terang-terang lagi dah disebut ‘niat’ talaq, maksudnya walaupun suami itu tahu selepas sekian waktu, dia akan menceraikan isterinya, namun ketika akadnya, dia tidak menyatakan niatnya itu pula, jadi nikah itu sah, dan niatnya hanya antara dia dan Allah swt sahaja. Jadi tidaklah menjadi kesalahan secara dasarnya jika dia ingin berbuat demikian, namun jika dilihat dari aspek kekeluargaan dan hubungan manusia, perbuatan nikah dengan niat talaq ini memang tak digalakkan, kerana dikhuatiri akan menjejaskan sistem kekeluargaan yang dah dibina….” panjang lebar Sheikh Ali berhujah.
“Maksudnya, lelaki itu tidak boleh menyatakan niatnya untuk ceraikan isterinya ketika akad nikah dijalankan? Jadi jika dia menyatakan niatnya pula bagaimana?” Mikraj masih sedikit keliru.

“Ya. Jika dia menyatakan bahawa dia akan menceraikan isterinya selepas sekian waktu, maka itu adalah menyerupai nikah mut’ah , dan kamu tahu kan antara syarat-syarat sah nikah itu ialah berterusannya akad itu tanpa tempoh yang dihadkan…” mudah sahaja Sheikh Ali menjawab.

Mikraj mengangguk perlahan. Kerutan di dahinya belum terpadam. Masih lagi tidak dapat menerima sepenuhnya pendapat sheikhnya itu.

Sheikh Ali tersenyum melihat Mikraj sedemikian, seraya menyambung lagi , “Sudah banyak kali saya dengar tentang adanya beberapa pemuda atau lelaki berkerjaya , yang pergi belajar atau bekerja di luar negara , jauh dari tanah air mereka, yang bernikah dengan niat talaq, atau untuk sementara dia masih berada di sana, bagi mengelakkan berlakunya perkara yang haram atau yang tidak sepatutnya. Dan apabila kerjanya telah selesai, maka dia akan menceraikan isterinya, jika mahu, dan pulang ke tanah airnya kembali.”

Terangkat kening Mikraj ketika mendengar perkara itu keluar dari mulut sheikhnya itu, seolah-olah telah dibaca olehnya tentang sebab sebenar Mikraj bertanyakan hal itu.
“Itulah hal sebenar yang saya ingin tanyakan wahai sheikh.. ada seorang lelaki, berasal dari Malaysia, suami sepupu saya, ingin berkahwin dengan seorang wanita Lubnan di sini, atas alasan dia khuatir tidak mampu untuk menghalang dirinya daripada terjebak ke kancah maksiat jika tidak berbuat demikian.”
“Lagipun, isterinya pula tidak dibenarkan masuk ke Kuwait atas sebab-sebab tertentu. Saya sudah sarankan padanya agar berpuasa, kerana puasa kan pendinding diri, tetapi dia tetap dengan pendiriannya seandainya perkara tentang nikah dengan niat talaq ini dibolehkan dalam syarak, maka dia akan melangsungkan perkahwinannya di sini, secepat mungkin. Dan dia akan menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan isteri dan anak-anaknya di Malaysia….” Mikraj menerangkan tentang keinginan abang Hamdi itu.

Sheikh Ali mengangguk-angguk perlahan, sambil memegang hujung janggutnya yang semakin memutih itu. Sheikh Ali berasal dari keluarga berkelahiran Syria, tetapi beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Kuwait.

“Masya Allah.. Lubnan.. Jodohnya mungkin… Beginilah Mikraj. Kamu beritahu kawan kamu, atau saudara kamu tadi, fikirlah sewajarnya, dan jangan bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata. Tidak semestinya keinginannya itu boleh menjamin kebahagiaan semua pihak. Sebaiknya dia beristikharah dahulu seminggu dua ini… kemudian bertawakkallah moga-moga Allah memberikannya jalan terbaik untuk disusuri.”

“Begitulah yang saya sarankan padanya tempoh hari,  sheikh… Baiklah.. saya amat berterima kasih kepada sheikh atas jawapan yang bagi saya sudah cukup untuk menghilangkan sedikit kegusaran yang melanda saya sendiri dek masalah si lelaki tadi… Insya allah jika ada apa-apa , saya akan bertanya lagi pada tuan sheikh, jika tidak keberatan, pada ketika yang lain pula… kerana bagi saya sheikh amat tinggi ilmunya dalam bidang Feqah ini…”

“Astaghfirullah…. sesungguhnya segala yang berlaku adalah datangnya daripada kehalusan cara urusan Allah swt pada sekalian makhluk di muka bumi ini.. Dan ilmu itu juga datangnya daripada Allah, maka sebaiknya kita isnadkan ilmu itu juga ke hadrat Allah swt, agar kita tidak lupa siapa diri kita sebenarnya…” Sheikh Ali merendah diri.

“Terima kasih sheikh.. Saya minta diri dahulu… Assalamualaikum…” Mikraj meminta diri sambil menghulurkan tangan tanda hormat pada sheikhnya.

“Waalaikumussalam warahmatullah… Ahsanta ya Mikraj…” Sheikh Ali menyambut salam tadi dan terus beredar menuju ke kereta merahnya di sebelah sana.

Mikraj melihat jam di tangan. Sudah pukul 10.30 malam! Agak lama rupanya dia berbicara dengan sheikhnya tadi.

Semasa ingin menekan butang lif di lobi hostelnya yang bertingkat sepuluh itu, bahunya disapa sahabat karibnya, Syukri , sambil tersenyum-senyum di belakangnya bersama beberapa sahabatnya lagi.

“Ye? Antum tak naik lagi?” Mikraj agak terkejut melihat sahabat-sahabatnya sepengajian tadi masih ada di lobi, seakan menunggunya pulang!

“Kami tunggu anta la Mikraj. Lama bukan main berbicara dengan sheikh tadi ye? Apa cerita?” Syukri memprovok dengan soalan yang ditujukannya itu.

“Ye la.. lama betul.. ingatkan sekejap jek… anta tanya pasal nak kahwin ke Mikraj?” Faris pula menyampuk. Seraya mereka yang ada di situ ketawa!

“Eh.. mana ada.. tadi.. aa.. ana tadi.. itu…” Mikraj terkejut lagi kerana seolah mereka mendengar perbualan tadi.. sampai tergagap-gagap dibuatnya.

“Ha..tengok , baru tanya sikit dah tergagap… baik anta cakap betul-betul Mikraj. Bila kendurinya? Nak ana jadi pengapit, no problem!!” Hamzah pula yang mengusik. Keempat-empat kawannya yang berada di situ ketawa lagi, tak tahan melihat gelagat Mikraj tadi.

“Takde la.. apa lah antum ni. Sikit-sikit pasal ana kahwin lah, itu lah, ini lah. Ana lambat lagilah nak kahwin. Tadi ada la tanya soalan Feqah pada sheikh tadi..” Mikraj menyembunyikan juga perkara sebenar yang dia tanya. Dia tidak berbohong sebenarnya, cuma berhelah. Dia sebenarnya bertanya untuk suami sepupunya itu.

“O.. Feqah yek.. ye la.. tak nak bagitau takpe lah kan syabab…” Syukri mencebik , bergurau, “baiklah.. ana nak balik bilik jugak ni. Dah lewat dah ni, karang tidur lewat takut tak terjaga untuk solat Subuh pula..”
Syukri meminta diri dahulu.. Dia memang selalu begitu. Baginya, tidur perlu benar-benar cukup, baru badan sihat.
Tidak bagi sahabat-sahabatnya yang lain itu. Mereka selalu tidur lewat, kadang-kadang tidak tidur langsung, sehingga menjelang Subuh. Kemudian akan ‘qadha’ tidur mereka selepas itu.. Macam-macam ada!

“Mikraj. Jom kita ber’diwaniyah’ jap di bilik Faris. Minum teh ke, makan kuih raya dia ke… hehe..” Hamzah mengajak Mikraj bertandang ke bilik Faris. Seolah bilik itu dia yang punya.

“Ana boleh jek.. kena tanya Faris la dulu, anta ni… Camana sheikh? Ada peluang?” Mikraj menampakkan barisan giginya apabila melebarkan senyumannya pada Faris.

Faris membalas senyuman, lalu menjawab : ” Boleh jek.. meh.. sila la ke bilik ana.. buat macam bilik sendiri…” sinis pula jawapannya pemuda ini..

Mikraj dan Hamzah ketawa lalu menepuk-nepuk bahu Faris.. Pintu lif tertutup. Mereka menuju ke tingkat di mana Faris tinggal.

———————————————-

“Abang Di betul ke nak kahwin ni… saya rasa abang Di cubalah pertimbangkan dahulu perkara ni, baik buruknya, apa yang wajib, apa yang harus, apa yang perlu dibuat sebelum dan selepas perkahwinan ni nanti…” Mikraj menanggalkan kopiah hitamnya lalu meletakkannya di atas meja di sudut biliknya itu.

Kedengaran dengusan kecil dari corong kecil handphone Mikraj itu. Nama yang tertera di skrin handphonenya itu kerap kali menghubunginya sejak beberapa hari yang lalu. Terlalu kuat keinginannya untuk meneruskan niatnya itu.

“Hmm.. Ye lah, kamu pun kata sheikh kamu kata tak salah pun abang kahwin dengan niat nak ceraikan isteri abang ni nanti bila abang dah tamat kontrak kerja di sini kan… jadi apa yang kamu risaukan sangat Mikraj… Abang akan berlaku adil, insya Allah.. bahkan kak Midah kamu bukannya tahu pun hal ini.. jadi seolah-olah abang hanya ada satu isteri sahaja kat setiap negara, separate!” Hamdi meningkah kembali saranan Mikraj padanya.

Bagi Hamdi, perkahwinan ini pun seolah menjadi satu jalan keluar baginya untuk mengelakkan dirinya terjebak dengan perkara yang haram. Tidak terlintas sedikit pun dalam hatinya untuk membiarkan isterinya Hamidah itu sendirian tanpa suami di sisi, cuma dia sudah merancang akan pulang juga beberapa bulan sekali nanti, agar rindu terubat.

Tetapi adakah semudah itu dia membuat keputusan, kerana memang pada dasarnya perkahwinan amat mudah, hanya perlu ada mas kahwin, wali si isteri, dua saksi dan pasangan suami isteri. Itu sahaja. Mengapa perlu bersusah payah untuk memikirkan hal-hal seperti ini. Namun jika dilihat pada makna sebenar perkahwinan itu sendiri, ia bukanlah suatu urusan seperti berjual-beli atau sewa-menyewa, mahupun ‘pakai buang’ .

Perkahwinan adalah satu ikatan suci dan murni yang Allah swt ciptakan bagi hamba-hambaNya untuk bersatu, untuk mencipta suatu institusi kekeluargaan yang menuju ke alam bahagia. Perkahwinan itulah juga yang menjadi benteng iman kedua-dua pasangan itu sendiri.

Bukan hanya berpaksikan nafsu dan keinginan untuk memuaskan diri semata.

“Baiklah abang Di. Terserahlah pada abang. Saya bukan nak masuk campur hal abang, cuma memberi nasihat atau pandangan sebagai seorang lelaki juga. Abang ingat ketika saya pernah sebut di Kedutaan dahulu, tentang sebenarnya isteri itu adalah ibarat baju kita, seperti firman Allah swt :
(Mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka)
Maksudnya lengkap melengkapkan. Tetapi bukan ‘pakai buang’ pula kan… jadi jika abang masih dapat membahagikan kasih sayang antara dua ‘baju’ abang nanti, tanpa ada ketidakseimbangan atau tak adil, abang Di teruskanlah niat abang itu…” Mikraj mengalah.

“Maafkan abang tadi ye Mikraj. Abang bukan marah Mikraj, cuma mungkin bagai orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kalau Mikraj di tempat abang pun, mungkin begini juga yang akan kamu buat… demi menjaga diri kamu juga…” Hamdi pula memohon maaf. Terasa bersalah apabila agak tinggi suaranya tadi meningkah saranan Mikraj itu.

“Baiklah abang Di.. satu sahaja saya nak pesan, abang kena tanya pihak kedutaan juga tau, kalau abang kahwin, perlu ke daftar perkahwinan itu di kedutaan, sebab setahu saya dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia , saya ada terbaca yang Melaka punya, katanya semua perkahwinan rakyat Malaysia di luar negara perlu didaftarkan di kedutaan atau konsulat di negara itu… ye lah.. mana tahu kena daftar, mesti diorang akan sampaikan maklumat ni ke pihak berkenaan di Malaysia, jadi status abang mesti diperiksa juga nanti kan….” Mikraj teringat tentang perkara tersebut tadi, ketika menyemak dan merujuk buku enakmen undang-undang keluarga Islam negeri Melaka yang dibelinya tempoh hari di pejabat Jabatan Agama Islam Melaka itu.
Dia beli buku itu pun kerana ingin cuba membuat perbandingan antara undang-undang keluarga Islam di Malaysia dengan yang ada di Kuwait dan Mesir.

“Betul juga cakap kamu tu.. insya Allah nanti abang rujuk kat Kedutaan semula. Sebab hari tu encik Zakaria tak ada pula sebut tentang perkara ini semasa abang sebut tentang niat abang nak kahwin ni. Dia punya terkejut dengar abang nak kahwin dengan orang Lubnan. Sempat dia bergurau dan kata kalau dapat, carikan seorang untuknya juga.. ha ha ha.. macam-macam…”.

—————————————————————-

Keesokan harinya…

Pagi itu, suasana di pejabatnya agak suram. Kelihatan garis-garis resah dan sedih menghiasi wajah-wajah para pekerja di pejabatnya.

“Assalamualaikum Fahad, kenapa semua muram pagi-pagi begini?” Hamdi kehairanan.

“Isteri Naib CEO kita meninggal dunia malam tadi. Kami semua turut terkejut apabila baru dapat tahu tentang perkara ini pagi tadi.. bahkan, semua yang ada di pejabat hanya mendiamkan diri masing-masing.. mungkin terasa juga kehilangannya…” Fahad menjawab, menjelaskan sebab keadaan suram itu.

Isteri Naib CEO, adalah seorang yang amat baik dan peramah. Kedua-dua pasangan ini amat memahami nasib dan perihal anak-anak pejabat mereka, bahkan kedua-duanya adalah pasangan berasal dari Kuwait sendiri. Encik Ahmad al-Ghanim dan Puan Fatimah al-’Anazy sudah lama dikenali dalam syarikat ini. Saban hari, Puan Fatimah selalu juga mengunjungi pejabat untuk berkenal-kenalan dengan para pekerja di sini.

Sikapnya yang amat prihatin itu juga telah menambat hati para pekerja di pejabat setinggi 10 tingkat ini. Jarang benar seorang Kuwaiti yang boleh bergaul dengan bukan Kuwaiti, dengan amat baik dan mesra, pada pandangan mereka.
Sikap ramai warga Kuwait yang agak sombong dan mementingkan martabat mereka itulah yang menjadikan kebanyakan, atau semua yang datang dari luar ke Kuwait ini agak kekok dan putus asa untuk mencari kenalan rapat dari kalangan Kuwaiti sendiri.

“Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un…. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan maghfirah Allah Ta’ala….. Bila jasadnya akan dikebumikan, Fahad?” Hamdi pula beransur sedih dan muram tatkala mendengar perkara itu.

“Insya allah petang ini, selepas Asar, dekat perkuburan Sulaibikhat.. Encik Ahmad ada letak iklan di papan notis tentang pengebumian itu juga.. Jumpa di sana nanti….” Fahad meminta diri kemudian berlalu menuju ke arah lif. Ada hal agaknya.

Kasihan Encik Ahmad, getus hati kecil Hamdi.
Isteri yang disayangi telah pergi. Isteri yang telah hidup bersama sejak mula berkahwin. Sama-sama susah dan senang. Memahami hati suaminya, menenangkan suaminya tatkala berduka.
Melahirkan zuriat untuk dinasabkan pada si suami. Menjaga dan mengasuh mereka tanpa kenal erti penat dan lelah…
Hamdi terdiam seketika tatkala sedang melayan getus hatinya tadi. Teringat pula isteri di rumah.

“Semoga isteri dan anak-anakku berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya…” Hamdi berbisik perlahan, seolah bercakap dengan dirinya sendiri. Kemudian dia terus menuju ke mejanya, melihat barangkali ada apa-apa kerja yang perlu diselesaikan pagi itu….

————————————————————-

Tengah hari itu…

“Kamu benar-benar mahu berkahwin dengan Hamdi, Sarah?” kata CEO syarikat yang bertapak di bangunan setinggi 10 tingkat itu….

Dikirim dalam Karya | Tagged: , | Leave a Comment »

Doktor angkat tangan?

DIkirim oleh qafmimra di Oktober 26, 2008

Petang itu aku akan mengikuti kelas di bangunan 11 di sebelah kanan bangunan Kuliyyah Syari’ah. Ketika aku keluar melalui pintu sebelah kanan bangunan itu, untuk menuju ke Bangunan 11 itu, aku ternampak seorang pensyarahku, merangkap Dekan Hal Ehwal Pelajar di kuliahku itu, beberapa langkah sebelum naik anak tangga bangunan yg disediakan di luar itu , menuju ke pejabatnya.

Tatkala itu juga, mataku bertembung dengan matanya, dan kebiasaannya aku akan memberi salam dan mengangguk apabila terserempak dengan mana-mana pensyarah, dan biasanya aku yang akan memulakan dahulu komunikasi tanda hormat itu sebelum mereka, dan biasanya aku akan berbuat demikian tatkala aku menghampiri mereka beberapa langkah lagi.

Tetapi pada hari itu aku terasa amat teruja, atau terkejut mungkin, apabila pensyarahku yang ku sebut tadi , atau Doktor itu mengangkat tangan padaku dahulu, tanda mengganti ucapan salam seperti yang dilakukan kawan-kawanku di hostel, bahkan disertai dengan senyuman leret tanda hormat.
Aku yang terpinga-pinga terus menyambut lambaian ringkas dek tangan Dr ku itu.
Kemudian dia terus menaiki tangga menuju ke pintu masuk pejabatnya di atas sana.
Untuk pengetahuan semua, lambaiannya itu dibuatnya lebih 10 meter jauhnya dariku!

Aku cuba ringkaskan apa yang ingin ku sampaikan di sini dalam bentuk nombor:

1.    Ini adalah kali pertama aku diberi hormat sedemikian rupa daripada seorang pensyarah, berasal dari Kuwait, yang telah menyelesaikan tesis PhDnya di Britain. Sebenarnya ini amat ganjil kerana kebanyakan pensyarah di sini tidak akan memulakan dahulu komunikasi dengan pelajar, demi menjaga martabat mereka selaku pendidik, namun tidak bagi Dr ini, dia telah menyebabkanku lapang dada dan senang hati semasa mengikuti kelas-kelas berbaki petang itu.

2.    Adakah ini hanya lakonan semata? Aku amat menghormati Dr itu, sejak pertama kali aku bersua muka dengannya di pejabatnya. Ketika itu aku ingin membantu seniorku dari Singapura yang ada sedikit masalah dengan pendaftaran subjek yang dilakukannya. Apa yang penting, tanpa ada rasa kekok atau megah diri dia berdiri dan datang padaku yang sedang membawa kertas kecil dan menulis sesuatu di kertas itu, dan dia ku lihat amat ramah dengan semua orang, tak kira warganegara mahupun pangkat.

3.    Berbeza dengan pensyarah-pensyarah lain, biasanya seorang pensyarah di sini walaupun ternampak anak didikannya dari jauh, akan berlalu selamba dan tidak menghiraukan mereka kecuali jika benar-benar rapat, seperti jiran atau kaum kerabat.[ Ini adalah yang aku lihat, bukan ingin menghukum ke atas setiap pensyarah di sini. ]

4.    Mungkin antara faktor yang juga menyebabkan Dr tadi berbuat demikian ialah kerana dia mengenaliku ketika aku ambil subjek Ahwal Syakhsiah 2 atau Undang-undang Kekeluargaan Islam 2 dengannya pada semester lepas.

5.    Ada sesetengah pensyarah, jangankan ingin memandang sejenak, salam yang diberi pun tidak dijawabnya! Ada pula yang agak menjaga ‘haibah’ atau martabatnya selaku seorang pensyarah.

Inspirasi :

Benar Firman Allah dalam petikan ayat 11 surah al-Mujadalah yang bermaksud :
“Allah swt mengangkat darjat (martabat) orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan yang berilmu…”

Adakah itu bermakna seorang alim perlu berlagak seolah dia telah sampai ke satu martabat yang mana dia boleh menjadi seorang yang disanjung tinggi dan perlu diberi perhatian dan penghormatan yang terlampau berlebih-lebihan sehingga orang-orang di sekelilingnya yang agak rendah ilmunya disisih atau dipandang rendah?

“Resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi…” – kata pujangga Melayu. (lebih kurang lafaznya yang ku ingat)

Seorang yang berilmu sepatutnya semakin bertambah ilmunya semakin merendah diri, takut pada Allah swt bahawa ilmunya itu dituntut olehnya kerana selain Allah.
Ilmu itu adalah milik Allah, dan Allah jualah yang Maha Mengetahui, segala sesuatu.

Ulamak pula adalah waris-waris para Nabi dan Rasul, kerana merekalah yang menyambung tugas para Nabi dalam menyampaikan wahyu dan dakwah kepada seluruh umat di muka bumi ini.

Ulamak atau orang-orang alim dan berilmu memang sewajarnya mendapat penghormatan yang tinggi daripada semua warga, kerana martabat mereka itu telah diakui oleh Allah swt dan Rasulullah s.a.w sendiri.

Kita lihat akhlak-akhlak Rasulullah s.a.w sendiri, baginda tidak pernah sekali pun menyisih atau memandang rendah pada sahabat-sahabatnya, dan orang-orang yang di sekelilingnya. Baginda amat menitik beratkan soal penghormatan bagi setiap manusia, bahkan pada orang kafir dan munafiq juga.

Kita lihat akhlak para sahabat Rasulullah s.a.w juga, seperti yang dinukilkan dalam kitab-kitab sejarah Islam, amat terpuji dan kita lihat betapa rendah dirinya mereka di depan sahabat dan yang di sekeliling mereka.

Kita lihat para alim dan ulamak dahulu kala, dan antara alim yang kita amat kenali seperti Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad , jika dilihat dalam sirah mereka juga, kita dapati betapa luhur peribadi mereka sesama anak-anak didikan mereka, bahkan orang-orang awam di sekeliling mereka.

Ramai lagi jika kita ingin kaji akhlak seorang yang berilmu dengan orang selainnya, sejak 1400 tahun yang lalu hingga kini.

Jadi apakah gelaran Dr itu telah meletakkan batu pemisah antaranya dan pelajar atau orang awam?

Jika demikian, maka sesungguhnya dia belum benar-benar mencapai martabat seorang yang berilmu….

Wallahu a’lam…

p/s: ini hanya luahanku semata, bukan untuk dibuat panduan atau pegangan.. dan aku sebenarnya sedang berlatih menulis, jadi maaflah jika isi kandung dan teknik olahan bahasa amat hambar dan tidak relevan selaku seorang ‘pelajar’ atau ‘penuntut ilmu’.

-Qafmimra, Kuliyyah Syari’ah, Kuwait University
1.30pm , 26 Okt 2008

Dikirim dalam Inspirasiku | Leave a Comment »

Cerpen : Baju Baru – Part 1

DIkirim oleh qafmimra di Oktober 13, 2008

“Bolehkan Mikraj?” Hamdi bertanyakan kepastian. Ditenungnya mata anak muda itu. Mikraj hanya kelihatan tenang, walaupun jauh di sudut hatinya dia agak bercelaru kerana sedang berusaha memikirkan penyelesaian perkara itu.

Setelah agak lama mendiamkan diri, Mikraj akhirnya mengangguk perlahan, tidak lemah tetapi seolah berhati-hati, takut salah hukum!
“Kak Midah dah tahu ke hal ni abang Di?” Mikraj cuba memancing isu. Dia masih berat hendak mengatakan “Ya” atau “Boleh” pada suami sepupunya itu. Mereka telah berumahtangga sejak 5 tahun yang lalu.

“Belum Mikraj. Abg Di tak mahu dia tahu, kalau tak, mahunya dia datang cari abang kat Kuwait ni! Abang sayangkan dia lagi. Tetapi abang juga takut diri abang terjebak dengan perkara yang tak sepatutnya berlaku nanti. Maklumlah. Lelaki tetap lelaki. Ada kemahuan dan keinginan kan?” mudah Hamdi menjawab. Berbaur keyakinan dalam keikhlasan.

“Betul juga tu abg Di. Tetapi saya masih berat nak mengatakan hukum sebenar dalam hal ini. Kenapa abang tak bawa saja kak Hamidah tinggal di Kuwait ni, kan lebih mudah? Itu yang lebih molek pada pendapat saya. Saya bukan nak jadi batu penghalang daripada niat abang tu..”

“Jadi kamu tak setujulah ni Mikraj?” Hamdi meningkah, lembut. Kelihatan sedikit kerutan pada dahi Hamdi yang tercetus daripada keserabutan fikirannya sekarang ini.

“Bukan begitu. Saya kasihan juga pada Kak Midah tu. Anak-anak abang juga tentu rindukan abang selalu. Kita perlu memikirkan kesan baik buruk perkara ini bang. Bagi saya, dalam hukum feqah, jika terdapat dua perkara yang bertembung, kita digalakkan memilih yang lebih mudah dan rasional..” Mikraj masih cuba memujuk Hamdi agar memikirkan kembali keinginannya itu. Benarlah niat itu suci, tetapi walaupun suci di sini namun jika di sana merana , tidaklah berbaloi jika niatnya ditunaikan.

“Baiklah Mikraj. Abang akan fikirkan semula. Tetapi secara realitinya, abang sebenarnya sudah banyak kali ajak kak Midah kau tu datang tinggal dengan abang. Macam-macam alasan yang diberi. Bahkan, dia kata dahulu dia telah dihalang daripada masuk ke kawasan Teluk Arab ini, atas sebab-sebab keselamatannya.” Hamdi menceritakan keadaan sebenar.

Mikraj agak terkejut mendengar penjelasan oleh Hamdi tadi.

“Bagaimana perkara tu boleh berlaku bang? Ini pertama kali saya dengar tentang  perkara ini. Saya tahu kak Midah pernah kerja di Arab Saudi setahun sebelum abang berkahwin dengannya, tetapi tidak pula saya tahu tentang hal ini.. Apa yang berlaku?” Mikraj tertarik hendak mengetahui keadaan sebenar, yang juga antara lain menjadi pendorong niat Hamdi.

“Kamu ingat tak 6 bulan sebelum kami bernikah, Hamidah pulang ke tanah air. Dia sebenarnya dihalau keluar dari Arab Saudi, bukan atas kesalahan yang dia lakukan, tetapi kecuaian daripada syarikat yang dia bekerja ketika itu. Kerana nyamuk, kelambu dibakar… Keldai yang buat salah, kuda yang kena halau..! Heboh juga kisah ini  di kalangan penduduk Malaysia di sana, lebih-lebih lagi di Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.”

“Nasib baik diperintah keluar , jika ditahan dan tidak dibenarkan keluar dari sana mungkin masalah akan menjadi lebih rumit ye,” Mikraj melayan rentak perbualan.

“Ya. Alhamdulillah, syukur juga dia diarah keluar. Tetapi sebelum keluar itu pun memang banyak benar halangan dan rintangan yang dihadapinya. Sampaikan ahli politik di sana pun turut terlibat. Kamu faham lah kan, ‘asobiyah atau politik qabilah yang diamalkan di tanah Arab ni. Penjenayah besar pun boleh bebas kalau ada ahli Parlimen mereka yang dari satu qabilah yang sama dengan penjenayah tu.”

Hamdi menyambung, ” akhirnya nama kak Midah kau telah disenaraihitamkan daripada memasuki Arab Saudi, dan silap-silap kak Midah kau kata di Kuwait dan seluruh kawasan Teluk Arab ni pun dia tak boleh masuk. Syarikat Malaysia tu ada cawangan kat setiap negara Teluk Arab ni jugak. Di Kuwait ni pun ada. Kesian dia. Orang lain buat salah, dia yang kena.” kekesalan terukir di wajah Hamdi ketika ini, manakala matanya pula merenung mata Mikraj penuh pengharapan agar dia faham pokok pangkal kisah dan rasional keinginannya itu.

Mikraj faham perasaan Hamdi ketika ini. Maju tak kena, mundur pun tak kena. Dia terbayang jika dia yang menghadapi situasi ini, apakah yang akan dilakukannya. Lagipun abang Hamdi terikat dengan kontrak tanpa had dengan syarikat di Kuwait ini, bermakna selagi bosnya tidak menukarkan atau memberhentikannya , maka selamanya dia akan duduk di Kuwait ini berkhidmat untuk syarikatnya.

“Susah juga situasi ni ye bang. Dan susah juga kerja di Kuwait ni. Pelbagai dugaan mendatang. Saya doakan abang tabah dan sabar dalam mencari penyelesaian nanti. Insya allah, ada penyelesaian yang terbaik.” suara Mikraj mengendur.

“Jadi apa kata kamu Mikraj?” Hamdi masih belum mendapat jawapan daripada Mikraj, semenjak tadi, bahkan telah diheret untuk menceritakan perkara sebenar-benarnya yang mendorongnya untuk meneruskan niat memperisterikan anak gadis kelahiran Lubnan itu.

“Beginilah abang Hamdi. Abang Hamdi buat solat istikharah dahulu, dan harap bersabar seminggu ni , boleh tak bang? Biar saya kaji lebih terperinci perkara ini , dan jika perlu juga saya akan rujuk pada sheikh kami nanti malam ini. Moga-moga niat suci abang akan diberi ganjaran oleh Allah subhanahu wa ta’ala hendaknya.” Mikraj akhirnya memberi saranan sebagai penangguh bicara hari ini.
“Lagipun sekejap lagi saya ada 2 lagi kelas untuk diikuti.”

“Baiklah Mikraj. Kamu makanlah dulu ye. Abang pun nak balik ke pejabat ni. Mungkin bos pun tercari-cari mana bakal menantu dia ni..” Hamdi akhirnya senyum juga setelah semenjak tadi bermuram bak pungguk rindukan bulan.

“Ha? Bakal isteri abang tu anak bos abang? O… Patutlah abang pun serba salah ye? Makin rumit ni bang…” Mikraj berseloroh. “Muka pun tadi masam mencuka, sekarang macam pengemis dapat berlian!” Mikraj ketawa perlahan.

Hamdi ketawa sambil menutup mukanya. “Khair insya Allah. Mata biru Mikraj. Kulit putih melepak. Pandang tak jemu. Tutur kata lemah lembut. Bibirnya..” mata Hamdi berkaca tatkala menyebut tentang bakal isterinya itu.
“Dah dah.. saya tak mahu dengar dah bang. Karang saya pulak yang telan liur je dengar benda-benda ni. Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang paling baik untuk semua…” Mikraj memotong percakapan Hamdi tadi. Nak tergelak pun ada melihat kesungguhan Hamdi bercerita tentang wanita itu.

“Ha ha. Baiklah Mikraj. Kamu memang faham naluri lelaki. Hehe.. Kamu bila pulak Mikraj?”

Terkedu sejenak Mikraj dibuatnya. Serta-merta teringat wajah Israk tersenyum manis di hadapannya. Dia menggeleng , memadam gambaran di ingatannya tadi. “Saya lambat lah lagi bang. Saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran dahulu. Nanti dah selesai baru fikir..” Mikraj menjawab, selamba, menyembunyikan keinginannya pula.

“Ala.. Israk tu pun pasti tunggu kamulah Mikraj. Tengok kamu ni sama padan, ha. Tinggi sama lampai, muka sama cerah.. Memang padan punyalah” Hamdi pula yang berseloroh. Kemudian dia ketawa panjang.

Merah muka Mikraj apabila nama Israk disebut tadi. Semacam dapat dibaca dek abang Hamdi seketika tadi.
“Apa-apa je la bang Di. Hm.. Kata nak ke pejabat, karang sesak di jalan raya baru tahu,” Mikraj mencebik, sengaja bagi memadam senyuman yang sepatutnya diukir di wajah.

“Ye la , ye la. Abang nak gi lah ni. Okay Mikraj. Nanti apa-apa hal bagitau abang tau?” sambil menghulurkan tangan, meminta diri, sambil tersenyum simpul pada anak muda itu.

“Insya allah bang. Baik-baik jalan tu. Karang seronok sangat sampai tak nampak tiang!” Mikraj membalas senyuman.

“He he. Ada ada je kamu ni Mikraj. Baik. Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam warahmatullah…”

Hamdi keluar dari kafeteria Kuliyyah Tarbiyah yang terletak di tengah kawasan kampus Kaifan itu, lalu menuju ke pintu pagar terdekat untuk pergi ke kawasan letak keretanya di luar sana.

Mikraj hanya memerhatikan Hamdi dari arah belakang, sambil mulutnya mengunyah roti shawarma yang hampir sejuk itu. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk dihabiskannya.

Jam di tangan dilihatnya. Sudah pukul 1.55pm ! Kelam kabut dibuatnya tatkala mengetahui yang dia akan terlewat jika masih leka di kafeteria yang baru dinaiktaraf itu. Kelas yang akan dihadiri pun akan diadakan di bangunan Kuliyyah Adab di belakang sana. Kalau lewat karang, tak semena-mena senarai putih kehadirannya dicemari dengan pangkah dek pensyarah nanti.

Setelah air jus nenas dalam kotak itu dihabiskan, dia terus pergi ke sinki di hujung kafeteria itu untuk membersihkan tangan, lalu terus ke meja mencapai beg sandangnya dan terus memacu laju kakinya, menuju ke kelas tersebut.

Kasihan juga abang Hamdi tu. Kak Midah pun kasihan juga, lagi-lagi kalau tahu suaminya kahwin lain. Pening aku. YA ALLAH, kau tunjukkan jalan penyelesaian bagi masalah ini. HambaMu ini amat lemah… Ya Allah…

Mikraj berkata dalam hati. Dia takut untuk melakukan sesuatu yang tak sama adil untuk dua pihak. Seolah-olah neraca yang sedang dipegangnya tidak sama imbang.

“Assalamualaikum…” Mikraj menguak pintu kelas itu setelah sampai di situ.
“Waalaikumussalam warahmatullah.. ahlan Mikraj… awal hari ni ye?” Dr. Husin Abbas memerlinya sambil tersenyum sinis. Semua yang ada dalam kelas turut ketawa perlahan, melihat gurauan pensyarah itu. Sudah pukul 2.03pm !

Tergamam Mikraj dibuatnya. Habislah rekod bersih aku!

—————————————————-

“Tak apa Mikraj. Saya maafkan kamu kali ini. Tak pernah lagi kamu lewat semenjak kita mula kelas minggu lepas kan.” Dr Husin mengkhabarkan berita gembira buat Mikraj.

“Terima kasih doktor. Insya allah saya tidak akan lewat lagi walau seminit pun. Saya akan cuba makan tengah hari awal juga nanti” Mikraj membalas dan berterima kasih pada pensyarahnya yang berasal dari Mesir itu. Baik orangnya malah amat disenangi apabila diajak berbual atau ditujukan soalan kepadanya.

“Baiklah. Kalau ada apa-apa silalah ke pejabat saya nanti. Tengoklah senarai waktu pejabat saya yang ditampal di pintu bilik itu. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum… ” Dr Husin meminta diri.

“Waalaikumussalam warahmatullah… terima kasih doktor..” Mikraj mengangguk tanda hormat.

————————————————————

Malam itu…
“Sheikh… saya ada satu soalan…” Mikraj memulakan bicara setelah semua sahabatnya yang mengikuti kelas pengajian Feqah itu telah beredar….

Dikirim dalam Karya | Tagged: | Leave a Comment »

Min wayn? – Min Maliziya!

DIkirim oleh qafmimra di Oktober 9, 2008

“Min aina anta?” tanya pensyarah yang berasal dari Mesir padaku.
“Min wayn akhuy?” seorang pelajar Kuwaiti bertanya padaku ketika kami duduk bersebelahan di kelas.
“Min wain sodiq?” tanya petugas Bangladesh yang menyediakan makanan di kafeteria hostelku.
“Min ayyi baladin anta ya akhi?” aku bertanya kepada seorang pelajar baru dari benua Afrika yang sedang duduk di lobi hostel, menunggu kawan agaknya.
“Shou jinsiyyeh ?” tanya pak cik yang berasal daripada Syria itu padaku ketika melawat bandar Damascus dahulu.
“Dari mana kamu?” tanya pak Arab Saudi yang menjual jubah dekat dengan kawasan Bukit Marwah di Mekah padaku, dengan pelat Indon lagi!
“Where are you from , sir?” tanya wanita berasal dari Filipina di kedai itu.
“Anta min Maliziya soh?” tanya seorang pegawai di pejabat kebajikan di Rawdah itu.
——
Semua jawapan yang diberi, sama ada olehku atau orang yang ku tanya itu akan disertakan dengan senyuman , bangga dengan negara atau tanah air masing-masing.

Apa tidaknya, sebagai contoh apabila aku jawab sahaja “min Maliziya” yakni ‘Dari Malaysia’ , orang yang bertanya pasti memuji negaraku , dan secara tak langsung memberikan satu tanggapan baik dan terhormat buatku ketika itu.

Selalunya, jika yang bertanya itu Arab, lebih-lebih lagi Arab Kuwait , pasti mereka akan menyambung lagi pertanyaan mereka dengan soalan-soalan yang agak pening kadang-kadang bagiku untuk menjawab, seolah berminat tentang Malaysia.

Seperti juga kawanku dari Afrika tadi, dia sempat bergurau dengan menyatakan yang dia datang dari Abu Dunia , yakni ‘Bapa Dunia’ iaitu Nigeria, merujuk kepada gelaran popular yang diberikan oleh orang-orang Arab pada negara Mesir dengan nama : Ummu Dunia , yakni Ibu Dunia, ibu ketamadunan dunia sejak dahulu kala lagi.

Secara amnya, si pemuda Afrika , aku yang dari Malaysia, orang-orang Mesir dan hampir semua warga negara masing-masing di dunia ini akan berbangga dan menunjukkan rasa cinta pada negara sendiri apabila orang lain bertanya tentang asal usul masing-masing.

Itu jika di peringkat antarabangsa, bagaimana pula di peringkat domestik? (macam dalam airport pula) Adakah manusia juga berasa taksub ataupun bangga dengan negeri tempat lahir mereka? Atau daerah tempat mereka tinggal? Atau kampung yang telah menjadi tanah air mereka?

Kita lihat sahaja semangat cintakan tanah air di Malaysia, seperti anak Melaka, Kelantan – gomo kelate gomo! – , Johor, Kedah, Perak – kejor yob kejor! – , Sabah dan negeri-negeri lain, secara lazimnya mereka akan berbangga dengan negeri masing-masing.

Jika dipuji negeri mereka dengan kemajuan , keindahan dan lain-lain, itu sudah cukup bermakna buat mereka, sudah cukup untuk menyejukkan hati dan memberikan kebanggaan buat anak negeri itu, dan sebaliknya, jika kita mengutuk atau menghina mahupun memberi gambaran buruk tentang negeri mereka, nescaya selalunya kita akan merasai aura panas kemarahan dan menilik rasa tidak senang hati  pada mereka, kerana bagi sesetengah pihak, mengutuk sesuatu negeri itu adalah sama dengan mengutuk anak negeri itu sendiri…
Benar kan? Kenapa ye?

Mungkin faktor utama perasaan bangga dan yang berkaitan dengannya timbul ialah kerana negeri mereka itu telah dibina – dengan izin dan kekuasaan Allah – oleh mereka sendiri, – kadang-kadang tidak juga – atau dengan cetusan idea dan sumbangan keringat bakti mereka sendiri bagi membantu negeri mereka ‘hidup dan subur’ di muka bumi ini?

Jika berfaktorkan perkara tadi, apabila negeri mereka diburuk-burukkan dari apa-apa segi, ekonomi, pembangunan, malah warga negeri sendiri, maka itu adalah seolah-olah menghina dan merendahkan hasil usaha keras mereka itu, yang mana secara tidak langsungnya mencetus perasaan kurang senang atau dengan kata lain ‘marah’ terhadap pihak yang memburukkan negeri mereka itu.

Kita lihat juga sebagai contoh orang-orang Mesir, – aku ambil contoh daripada pengalaman sendiri, lebih mudah – , di kalangan mereka sendiri ada perasaan dan semangat sebegini juga, dan apa yang aku lihat, orang-orang so’idy (orang-orang kampung) di Mesir amat berbangga dengan kampung mereka, orang-orang Kaherah amat berbangga dengan bandar sesak mereka yang dikatakan memuatkan lebih 1 juta penduduk dalamnya itu, dan begitulah juga penduduk yang lain.

Begitu juga dengan orang-orang Arab Kuwait, Saudi, Bahrain dan lain-lain, masing-masing berbangga dengan nama tempat mereka sendiri, malah jika dilihat daripada banyak gelaran orang Arab sejak dahulu lagi, mereka menyambung nama mereka dengan gelaran bertemakan nama tempat asal mereka – biasanya- seperti al-Tirmizy, al-Bukhary, al-Tantawy, al-Razy dan lain-lain. Aku tidaklah pula mengatakan bahawa mereka semua meletakkan gelaran di hujung nama mereka kerana ’semangat’ yang aku sebut tadi, tetapi secara amnya bolehlah dikatakan demikian kerana kita tidak tahu APA KATA HATI masing-masing.

Adakah ini satu fitrah semulajadi manusia? Setiap manusia akan , tidak dapat tidak mesti berperasaan sebegitu? Lumrah kehidupan? Bingkisan naluri kenegerian? Bukan taasub? ……

Dan bumi ini milik siapa? Manusia? Bukan… Jin? Bukan juga..

Jadi milik siapa?

Ya.. Bumi ini adalah milik Allah subhanahu wa ta’ala sepenuhnya, seadanya sebelum dan selepas manusia dijadikan. Bersalahlah jika seseorang itu mengatakan bahawa bumi ini milik bersama antara Allah dan manusia, bahkan ia boleh menjadi derhaka yang boleh membawa kepada kekufuran jika tidak kembali kepada kebenaran.

Wajarkah manusia berbangga atau bersedih atas apa yang tidak dimilikinya? Seperti pengemis sedih atas kehilangan harta seseorang yang bukan dia kenal. Atau apa-apa misalan yang lebih layak dibuat…

Namun , mengapa manusia bergaduh, berbalah, berperang-perangan kerana harta yang bukan miliknya pun? Dan lebih-lebih lagi apabila berebut tanah dan tempat tinggal?

Persoalan ini sebenarnya mungkin dipergunakan oleh puak Zionis yang menjajah bumi Palestin, lebih 60 tahun yang lalu. Perkara ini juga boleh dijadikan benteng pertahanan halus oleh pihak-pihak penjajah durjana, yang hanya melakukan kerosakan di muka bumi ini…

Kita lihat sahaja Palestin sekarang. Bagaimana tanah air tercinta mereka telah diambil alih oleh suatu kaum yang tiada sedikit pun disebut dalam sejarah bahawa nenek moyang mereka dahulu kala telah menduduki kawasan itu, malahan mengatakan bahawa Kota Sulaiman ‘yang diperkatakan’ mereka itu adalah betul-betul terletak di bawah tapak Masjid Al-Aqsa yang diberkati Allah itu!!

Ya. Benar, bumi ini milik Allah, dan tiada bagiNya sekutu dalam memiliki segala sesuatu di dunia ini.

Firman Allah swt , dalam surah Ali ‘Imran :

(Dan kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu) – Ayat 189

Dan Allah telah menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah yang akan memakmurkan tanah, air dan udara di bumi ini, firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah :

(Dan -ingatlah- ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”…..) ayat 30.

Maka dengan yang demikian, sebenarnya Allah telah memberi keizinan kepada manusia untuk memakmurkan bumi ini dengan segala kekayaan dan khazanah yang ada itu, dan mereka diberikan hak milik sementara atau secara zahir sahaja, atau dengan kata yang lebih mudah lagi : beri pinjam pada manusia segala yang ada di bumi ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka nanti.

Allah me’minjam’kan mereka pokok-pokok, air, angin, tanah , api, dan apa sahaja yang ada di muka bumi ini, dan meletakkan suatu label hak milik bagi setiap orang pada sesetengah barang atau perkara yang di’pinjam’kanNya itu.

Allah bahkan melantik Rasul-RasulNya bagi memimpin umat di dunia ini agar menjadi sebenar-benar khalifah, yang mengabdikan sepenuh jiwa dan raga untuk Allah semata-mata.

Semua ini membuktikan bahawa hak ‘milik’ bumi atau tanah, ataupun suatu kawasan itu adalah wujud, walaupun tidak secara mutlak. Bahkan dengan hadirnya era pembahagian tanah dan kawasan atas dasar politik dan kekuasaan, terciptalah hudud atau garisan sempadan antara negara di seluruh pelusuk dunia ini, yang mana secara tidak langsung meletakkan suatu kawasan itu di bawah ‘hak milik’ sesuatu kuasa pemerintahan.

Firman Allah lagi dalam surah al-Hadid :

(Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah jadikan kamu MENGUASAINYA…) ayat 7

Firman Allah lagi dalam surah al-Nur :

(Dan Allah telah berjanji dengan orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sepertimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa….) ayat 55

Banyak lagi ayat-ayat dan hadis yang menunjukkan bahawa manusia diberikan kuasa atas muka bumi ini bagi sesuatu kawasan itu.

Aku tak mahu mengulas panjang kerana jika diulas lebih, akan menjadi lebih panjanglah perbincangan tentang perkara ini yang melibatkan secara langsung kesan politik dunia dan penguasaan oleh sebarang organisasi atau penguasa yang ada. Tetapi aku ingin menyentuh sedikit tentang Palestin, bumi tercinta bagi semua umat Islam sejak dahulu hingga kini, dan selama-lamanya.

Sejarah membuktikan bahawa bumi Palestin sejak dahulu lagi telah didiami oleh pelbagai kaum dan bangsa. Bahkan nama-nama tempat di Palestin juga banyak yang dikatakan ‘nama lama’ yang dibiarkan berkekalan selamanya.

Adapun pendudukan orang-orang Islam di Palestin, atau Arab Palestin secara amnya juga adalah berkait rapat dengan sejarah peluasan empayar Islam semenjak zaman Nabi s.a.w , dan para khalifah baginda yang empat dan khalifah-khalifah yang lain.

Dan apabila sejarah menggariskan di atas tanah subur Palestin itu bahawa penduduk di situ mempunyai ‘hak’ ke atas tanah yang mereka diami sejak dahulu lagi, maka secara langsungnya di situlah tanah air mereka yang patut mereka pertahankan jika cuba dijajah pihak luar.

Apakah puak Yahudi atau Zionis dapat menafikan hak tersebut atau tidak, bolehlah dirujuk pada dasar perlakuan terkutuk mereka terhadap penduduk Palestin , lebih-lebih lagi pada zaman penghijrahan mereka ke bumi anbiya’ Palestin itu.

Tentu sedih jika tanah air yang kita cintai dijajah orang. Tentu derita jika kita pula yang dipaksa pindah, keluar daripada tanah air yang kita diami. Tentu membuak kemarahan kita apabila bumi yang kita jadikan alas kehidupan sejak kita lahir , tanah tumpah darah ibu yang melahirkan kita, ditusuk dengan kuku -kuku tajam mencengkam dari tangan sang Zionis durjana.

Tentu meranalah kita jika kita pula diajak berdamai dengan si penjajah yang senang-senang merampas tanah hak kita, atau berkongsi kuasa, tetapi segala hak kerakyatan dan kesejahteraan hidup diselaputi kelambu hitam hasad dan tamak haloba, ketaasuban pada kuasa…

Bagi yang punya tanah air, yang bebas merdeka, yang punya keharmonian, walau secubit secebis, sekangkang kera, aku harap hargailah tanah air itu…
Sejarah mungkin berulang, kembali menjajah ufuk kehidupan , jika manusia sendiri yang tidak endah apa itu sejarah..

Palestin tetap bumi umat Islam sedunia….

Cintai tanah air kita… Tak perlu menukar tanah dengan tanah lain jika hendak menabur benih baru….
Tak perlu bakar pohon rendang jika ingin mengambil akarnya…

Sekian… luahan sang perantau…

p/s : Maaf jika anda tidak faham atau pelik dengan hasil tulisanku ini… Maaf jika ada tersentuh apa-apa yang melanggar hukum fitrah pemikiran manusia….
Maaf jika tulisanku tak seberapa… Maaf jika hatiku enggan meluahkan katanya setulus jiwa….. Maaf jika lidahku tidak menutur baris kata manis untuk dinikmati sang telinga….

Maaf jika tanganku sudah penat menaip….

Wallahu a’lam…
Astaghfirullaha min kulli zanb….

Dikirim dalam Ideologi | Tagged: , , | Leave a Comment »

Inspirasi daripada perkenalan dengannya…

DIkirim oleh qafmimra di Oktober 3, 2008

Inspirasi

Alhamdulillah… pada pukul 6am hari ini, 3 Oktober 2008, aku , shahril n syazwan telah selamat tiba di lapangan terbang Kuwait, melalui penerbangan Kuwait Airways sendiri.
Semasa penerbangan, shahril n syazwan duduk bersama pada baris 17 , seat 17 H n 17 K.
Adapun aku, aku telah duduk di seat 11 K, ‘ditemani’ oleh seorang gadis manis berasal dari Kuala Lumpur. Pada mulanya dia kelihatan amat janggal kerana berada di sebelah seorang pemuda macam aku ini, siap pakai kopiah lagi, dan kami sebenarnya dah bersua dekat kawasan check in Kuwait Airways lagi, di KLIA malam itu, tetapi tidak pula menegur.. ye lah kan, apa hal nak tegur anak dara orang tanpa ada sebab… tetapi tindakan aku menegurnya dalam flight itu pada mulanya amat mendebarkan aku kerana dikhuatiri aku ‘dituduh’ ingin ‘mengorat’ gadis itu, tetapi pada hakikatnya aku masih boleh menahan diriku daripada ‘mengorat’nya…. apa apa pun bacalah selanjutnya…

Sebelum aku memulakan analisaku ini, ingin aku tegaskan bahawa mungkin ada orang akan kata aku ini pelik dan kadang2 lagak macam orang tak betul. Selalu buat analisa pelik2, tetapi bagiku, setiap perkara yang berlaku itu pasti dapat aku pelajari daripadanya beberapa pengajaran mahupun idea bernas.

Baiklah… analisa aku kali ini sebenarnya lebih berkait rapat dengan cara-cara memulakan bicara dengan orang yg asing dengan kita…
Aku ringkaskan topik ini dengan mengetengahkan 2 kategori besar hasil analisa aku tentang perhubungan atau komunikasi sesama insan.

1 – Perkara yg baik dilakukan sebelum memulakan bicara / sembang, dan juga ketika bersembang dengan org yg asing… :

a. Ice breaker : ya… pemecah ais yg menjadi penghalang dalam sesuatu perbualan itu.. aku telah guna soalan : Pergi mesir ke kak?
maka serta merta gadis yg aku rasa sebenarnya lebih muda dariku atau sebaya itu menjawab : Tak… kat UK…
maka aku mengangguk dan kalau tak silap aku , aku tanya lagi : ambik BA ke?
dia menjawab : engineering… eh degree… – dia agak tergagap gagap apabila disoal semula.. mungkin masih malu rasanya…
dan tanpa disuruh, dia pula memecahkan lagi ais yg berbaki dengan bertanya pula pada aku : pergi mesir ke?
maka spontan aku menjawab : taklah.. kuwait…
dia menjawab : ooo.. kuwait..

maka bermulalah kisah kami berkenalan tentang pembelajaran masing masing….
aku bertanya… dia menjawab… dia bertanya.. aku menjawab…
maka berjaya lah aku melaksanakan teori : Ice breaker…. dan nampaknya aku bukan bertepuk sebelah tangan, kerana gadis yg namanya aku beri huruf pertamanya sahaja iaitu A itu adalah agak peramah.. mungkin jika silap2, berkenan pula aku nanti padanya… hehe.. apa apa je lah…

b. Soalan umum : maksud aku soalan seperti asal dari mana, atau pernah belajar di mana sebelum ini, tinggal kat hostel ke dan lain lain yg boleh dikatakan jika disoal sesiapa sekalipun, pasti jawapan akan diberikan dengan mudah sekali.. betul tak ?

c . Bercakap tentang sesuatu yg mungkin menjadi minatnya :
aku mencuba dengan bertanya tentang makanan halal di UK dan dia menjawab dengan senang hati sekali… bahkan gadis manis yg mesra n peramah itu juga ada sebut tentang minatnya pada nasi lemak beralas daun pisang, rindu pada nasi lemak itu ketika di perantauan, bagaimana dia jumpa daun pisang di UK dengan harga 1 pound untuk beberapa helai, …. aku hanya mengikuti rentak perbualan tadi dengan bercerita pula tentang di kuwait yg mana ada buah2an tropika seperti durian n rambutan yg dijual di kuwait, amat mahal drpd harga biasa di pasaran malaysia… atas sebab import dan lain2…

d. bercerita tentang pengalaman masing-masing dalam suatu perkara itu :
seperti umrah, ziarah tempat2 menarik, dan yang menariknya ialah gadis itu secara yakin berkata : dah ziarah Taif? Taif ialah salah satu bandar atau pekan di Arab Saudi. Dan dia berkata : Taif hijau, cantik dan berbeza dengan tempat2 lain di Arab Saudi yg majoritinya ‘bertemakan’ warna perang atau coklat…
aku berfikir, mungkin dia pernah ke sana sebelum ini…
apa yang penting , pengalaman memang amat bernilai jika dikongsi dengan orang lain, lebih lebih jika dengan orang yang tersayang.. situasi kami berkongsi pengalaman itu jika diperhati dari sudut luar, mungkin seperti orang yg baru berkasih, dengan gurauan dan lain2, tetapi sebenarnya itu adalah salah satu proses berkenalan…

e. sebut perkara yg mungkin baru atau tidak diambil tahu olehnya selama ini :
aku cuba seperti KITKAT yg dihidangkan sekali ketika makan malam/supper itu, yang mana ketika dia hendak makan, aku secara berseloroh kata : agak2 kitkat ni takde bahan asas tenusu daripada china? seperti yg kita tahu, banyak produk berasaskan tenusu yg diambil dari hasil tenusu china telah diperiksa semula kerana dikhuatiri mengandungi melamine yang tinggi , yang boleh memudaratkan kesihatan…
dia kelihatan agak terkejut kerana kitkat itu sudahpun mencecah anak tekaknya dan melepasi bibir halusnya itu…. tetapi segera aku meleraikan kekusutan dengan mengalih fokus topik : kalau Snickers dah ditarik semula utk diperiksa…. kitkat saya tak pasti..
kemudian dia berkata : wah.. awak rajin baca benda2 gini ye…
bangga pun ada, nasib baik aku tidak mengembang dua sayap hidungku itu…
tetapi ini semua hanyalah proses berkenalan juga yg mana buat pertama kalinya aku mencuba pada seorang gadis, yang hampir sebaya, cantik , menarik dan mendebarkan aku jika memandang matanya…. tetapi aku dapat melarikan anak mataku sentiasa tatkala berbicara, kerana takut aku tergoda pula… maklumlah, aku jarang bersembang dengan perempuan, lebih2 lagi yg hampir sebaya dengan aku… aku biasanya akan jadi sedikit gugup, tetapi kali ini tidak pula… hairan pun ada…..

f. tanya nama jika sudah kenal sedikit sebanyak tentangnya… :
ha… ini memang penting, n aku tak lupa perkara ini, cuma aku ambil keputusan utk tanya pada pertengahan proses perkenalan, bagi memudahkan lagi proses berkomunikasi.. kerana aku pernah bersembang dengan seorang abang tu, lama, tetapi akhirnya aku tak tahu langsung namanya kerana pada mulanya aku fikir akan bertanya namanya apabila hendak bersurai, tetapi tidak sempat rupanya….

ingat tu, nama amat bermakna bagi seseorang itu, dan manusia amat suka apabila namanya dipanggil , lebih2 lagi jika namanya dipanggil dengan betul.. dan dengan cara yg baik…

tamat sudah bahagian pertama analisa aku… banyak lagi sebenarnya, tetapi, utk ringkasan, aku tuliskan 6 perkara penting dlm berkomunikasi dlm proses berkenalan….

adapun bahagian kedua, iaitu :

2. Perkara yg kurang elok disebut semasa perbualan , atau tips melancarkan perbualan :

a. elakkan sebut nama dahulu, kerana akan mengurangkan sedikit keinginan utk mengenal lebih dekat secara perlahan-lahan… ini pendapat aku, terpulang kepada sesiapa yg ingin ikut… atau protes..

b. kalau dapat, elakkan bertanya umur awal2 juga, dan kadangkala pihak yg satu lagi akan cuba sedaya upaya merahsiakan umurnya atas alasan : personal ..
begitulah juga yg berlaku antara aku dan gadis bernama A.. itu…

c. jangan terlampau banyak ketawa atau buat lawak, sehingga pihak satu lagi sudah penat untuk ketawa atau tersengih , bahkan, silap2 dia akan bosan jika berlarutan sedemikian, lalu terus senyap n akhirnya berhenti di situ sahaja….
aku buat sedikit sahaja lawak spontan, tapi kadang2 selepas lawak, kami akan senyap seketika, bagaikan tidak tahu apa yg hendak dibicarakan lagi… perhatikan kembali perkara tersebut…

d. jika jantina berbeza, seperti lelaki dan perempuan, elakkan sebut di mana kita tinggal secara terperinci, kerana semua itu akan secara tidak langsung, bagi sesetengah pihak , menyebabkannya sangka itu satu pelawaan utk datang ke rumah.. lebih2 lagi jika lelaki yg memberitahu di mana rumahnya… perempuan akan jadi sedikit takut jika perkara sebegini berlaku..
malah, janganlah juga sebut perkara yg sensitif bagi sesetengah pihak seperti bercerita tentang hotel atau yg setaraf dengannya dengan begitu terperinci.
aku ada tersebut tentang hotel di airport pada si A tadi… walaupun tidak jelas, namun reaksinya dapat ku baca dengan naluri sendiri bahawa ada sedikit perasaan kurang senang apabila aku sebut tentang hotel.. kerana baginya – pada pendapat aku – seolah aku yg akan uruskan hotel untuknya…. dan orang asing sepertiku tidak patut berbuat demikian…

e. jaga mata : walaupun kita tak lihat anggota2 nya yg lain, namun melihat matanya sahaja kadang kala turut mengganggu proses perbualan , seperti yg berlaku padaku dengannya. Ini dapat dilihat tatkala aku kelihatan seringkali berpaling ke hadapan ketika bercakap dengannya, dan juga apabila mata kami hampir bertembung…
namun, dari sudut yg lain, sebenarnya mata amat memainkan peranan yg cukup penting dalam perbualan.. sebagai contoh , seseorang itu boleh disangka tidak jujur , menipu atau tidak ambil berat dengan perbualan itu jika seringkali matanya dilarikan daripada bertembung dengan pihak yg satu lagi..
tetapi dalam kes aku ini, aku bukan tidak ambil tahu, cuma malu n bimbang akan tergugat keimananku nanti jika sering bertembung mata dengan mata ayu anak gadis manis itu..

f. sebaiknya jangan ganggunya jika dia sedang termenung seketika :
aku terperasan beberapa kali bahawa gadis itu sering kali termenung sendirian , seperti memikirkan sesuatu.. mungkin memikirkan bagaimana hendak lari dariku? hehe… atau apa apa sahaja lah.. janji bahagia..
sebaliknya biar lah seketika , dan tunggu masa yg sesuai utk menyambung perbualan jika perlu…

ini adalah sebahagian sahaja daripada hasil analisa spontan yg ku buat hari ini ketika mencuba-cuba berkenalan dengan gadis di sebelah seat dalam flight.. flight yg memakan masa 7 jam lagik…

– Inspirasi :
Satu perkara yg amat penting bagiku ialah apabila aku melihat teori pemikiran dan tanggapanku tentang alam pekerjaan kelak telah berlaku pada gadis A tadi.. yang mana bagiku, pekerjaan yg kita ingin ceburi seeloknya biarlah dalam bidang yg dipelajari, kerana aku rasa rugi kalau belajar penat penat n bertungkus lumus beberapa tahun dalam satu-satu bidang itu tetapi bekerja dalam bidang lain, yg mana tidak akan membantu ilmu yg ada pada kita itu dikembangkan dan dimajukan..

kata pujangga Arab (atau mungkin hadis jika bukan pujangga, wallahu a’lam- tak rujuk lagi) : Ilmu yg tiada diamalkan adalah seperti pokok yg tiada berbuah…

jadi gadis itu contohnya, dia berkemungkinan besar akan bekerja di bawah TNB yg menjadi sponsor utama pengajiannya di UK itu, malah bidang yg dipelajarinya juga adalah dalam bidang yg dia ceburi ketika praktikal di TNB (maaf ayat aku berterabur)…

seperti aku, aku lihat kemungkinan aku akan bekerja di firma guaman syari’ah atau di bank-bank yg mengamalkan perbankan islam… kerana sudah memang bidangku yg dipelajari di Kuwait University ini….
sayang jika aku bekerja di tempat lain, seperti menjadi pegawai biasa atau eksekutif yg mana bidang kerjanya tidak langsung berkait rapat dengan bidang yg ku pelajari selama ini….

– Akhir kata :
Aku amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan aku ilham dan inspirasi hasil daripada perbualan dengan gadis itu..
aku memohon ampun daripada Allah sekiranya selama berbual itu aku melakukan dosa yg sengaja atau tidak…. Astaghfirullah..

Wallahu a’lam…

p/s : banyak lagi sebenarnya.. kepada gadis A, selamat belajar dengan tekun n smart…. semoga cita2 mu akan terlaksana hendaknya.. insya allah….

Dikirim dalam Inspirasiku | Tagged: | 1 Komen »