Laman Blog Qafmimra

Blog Qafmimra… be yourself…

Video ISLAM-SAT 09 di Youtube

DIkirim oleh qafmimra di Jun 23, 2009

Alhamdulillah, akhirnya, juniorku , Luqman telah meng’upload’ video ISLAM-SAT 09 di Youtube.

Jadi sesiapa yang ingin lihat hasil kreativiti kami yang tidak seberapa ini, bolehlah lihat video di bawah, atau buka je di Youtube, taip ISLAM-SAT.

Mari saksikan… ada 8 part. 1 jam 10 minit.

Untuk lihat bahagian-bahagian seterusnya, boleh buka :

Youtube – Islam-SAT 09

Terima kasih Luqman!! Cucu Tok Dosah….

Ini pula link untuk fail video ISLAM-SAT 09 format RMVB , aku letak di Zshare.net ( 233.71MB ) : ISLAM-SAT 09

Selamat menonton. Jika ada sebarang komen, kami amat alu-alukan…. Terima kasih.

Dikirim dalam Inspirasiku | 1 Komen »

CD Islam-SAT 2009 Limited

DIkirim oleh qafmimra di Mei 31, 2009

Ya… setelah hampir sebulan bertungkus lumus, akhirnya aku dan abg Ansoree telah berjaya menyiapkan projek VCD Islam-SAT 2009 Limited Edition untuk PPMK. Kami telah mengedarkan vcd berkenaan kepada semua pelajar yang telah memesan, semuanya 35 cd! Sungguh penat membuat copy kat laptop aku dan pc abg Ansoree. Siap ada sticker lagi.

ISLAM-SAT adalah satu program yang diilhamkan oleh generasi pelajar Melayu sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi, cuma setiap tahun akan ada cara masing-masing utk membuat program ini.

Islam-sat adalah satu perkataan yang dipendekkan daripada ISLAM dan SATELITE . Jika dilihat sahaja perkataan satelit, mesti semua terus terfikir tentang satelit angkasa yang banyak digunakan untuk pemancaran siaran televisyen di seluruh dunia.

Begitu juga dengan PPMK! Persatuan Pelajar Melayu Kuwait. Cuma kami tak ada stesyen tv mahupun angkasawan sahaja!

Yang penting, program ini merangkumi tiga jenis pengisian : drama, nasyid dan poster seni.

Tahun ini, aku telah diamanahkan menjadi pengarah program yang unik ini. Dan semalam, 30/5/2009 tamatlah sudah ‘kontrak’ aku bekerja dengan organisasi PPMK yang lebih unik itu. ( Jangan marah Shahril…)

Tema program Islam-sat tahun ini ialah : Akhlak utk drama dan Ulamak Nusantara utk poster seni. Adapun nasyid aku letak bebas sahaja.

Inilah cover CD yg kami edar semalam.

Cover utk VCD Islam-sat 2009

Ini pula thumbnail preview utk VCD di atas, generated using Media Player Classic

Preview VCD Islam-Sat 2009

Insya allah aku telah minta Luqman letak video ini di laman web Youtube, atau aku sendiri akan upload di mana-mana website yg boleh jika berkesempatan.

———————–

p/s 1 : Kepada abang Sesth, jika terbaca mesej ini, ketahuilah bahawa ana akan kirim satu copy VCD Islam-SAT original/limited edition melalui salah seorang adik-adik dari Singapura. Tunggu…..

p/s 2 : Tahniah buat Abdussalam kerana telah terpilih memegang jawatan Presiden PPMK utk sesi 2009-2010 nanti. Buat Shahril, tahniah kerana anta telah berjaya membawa PPMK dengan jayanya… Bravo… Terima kasih….

Dikirim dalam Inspirasiku | Leave a Comment »

Kartun Arabku : أكال الوقت

DIkirim oleh qafmimra di Mei 28, 2009

Ini kartun pertamaku, aku post ke Lajnah Penerbitan PPMK, untuk publish kat majalah tahunan kami , INSPIRA-C 2009.

Dalam bahasa arab, Akkaalul waqt = Perkara yang banyak menghabis masa (Internet)

Enjoy. (Kartun ke ni.. entah le… asalnya guna lukisan tanganku sahaja, tetapi bila dah siap, tak cantik.. tak de bakat melukis rupanya.. hehe)

Kartun page 1

page 1

Kartun page 2

Page 2

Sekadar menegur diriku dan kawan2 seperjuangan di Kuwait….

Dikirim dalam Ideologi, Inspirasiku, Karya | 1 Komen »

Antara adat dan ibadat

DIkirim oleh qafmimra di Mei 24, 2009

Suatu hari, kawanku dari Kemboja bersembang denganku. Kami berbincang tentang pentingnya ibadat yang ikhlas bagi seseorang muslim itu. Kami berbincang tentang bagaimana kita boleh jadikan sesuatu perkara biasa itu sebagai ibadat, dan dia telah memberi suatu keputusan iaitu :
al-’Adah boleh bertukar jadi al-’Ibadah
hanya dengan menambah huruf BA !

العادة + ب = العبادة

Maksudnya ialah sesuatu perkara adat itu boleh dijadikan ibadat dengan menjadikannya perkara yang dibuat untuk mendapat redha Allah swt.

Perkara ini sebenarnya telahpun dibincangkan oleh para ulama’ ketika menerangkan kaedah fiqh yang masyhur iaitu :
al-Umuuru bi maqasidiha (الأمور بمقاصدها )
atau dalam bahasa melayunya : Setiap perkara itu ditimbang pada niatnya.

Al-Jurjany mentakrifkan ‘adat sebagai : Sesuatu yang manusia melaziminya selalu, dan melakukannya berulang kali.
Adapun ‘ibadat , beliau berkata : ialah perbuatan seseorang hamba Allah yang bertentangan dengan kehendak nafsunya, kerana membesarkan Allah.
(rujuk At-Ta’rifat lil Jurjany)

Jadi sesuatu perkara biasa yang kita buat itu ialah ‘adat, yang mana dengan hanya menambah huruf BA sahaja , boleh menjadikannya suatu ‘ibadat, yang secara langsung akan diganjarkan oleh Allah jika ibadat itu menepati syarat-syarat penerimaannya.
Apakah syarat penerimaannya? Yang masyhur di kalangan ulama’ ialah dua perkara :
1- Ikhlas amal itu kerana Allah Ta’la
2- Amal itu hendaklah menepati kehendak syara’ , atau dengan kata lain, mengikut panduan yang diajarkan Nabi s.a.w pada kita.

‘Ibadat yang ikhlas amat besar ganjarannya di sisi Allah, jadi jika suatu ‘adat yang kita biasa buat itu kita niatkannya untuk mendapat redha Allah, atau kita harap dengan ‘adat itu boleh membantu kita menuju rahmatnya, atau dengan kata lain, ‘adat itu adalah perkara yang menyampaikan kita kepada tujuan beribadat, -insya Allah- perkara itu akan diberikan ganjaran seadanya, dan bertukar menjadi ‘ibadat.

Ulama’ telah berpesan : Jangan menghina sesuatu ganjaran yang pahalanya pada zahirnya sedikit, kerana sebenarnya setiap pahala umat Nabi Muhammad s.a.w akan digandakan sepuluh kali ganda.
Tetapi jangan pula bangga dengan pahala atau kebaikan yang dibuat, kelak menjadi ‘ujub, yang mana boleh mengurangkan pahala.
Mereka juga berpesan pula : Jangan pula memandang remeh pada dosa yang kecil atau tidak dianggap besar di sisi Allah, kerana jika suatu titik hitam sahaja sudah mencemarkan sehelai kertas putih, inikan pula jika seluruh kertas itu dilitupi titik-titik hitam (dosa).

‘Adat akan jadi ‘ibadat jika dibetulkan niatnya untuk Allah subhanahu wa ta’ala, seperti setiap hari kita mandi pagi untuk ke kuliah atau kerja, jika ditambahkan niat semata-mata untuk Allah. Begitu juga jika kita memakai pakaian, dengan niat menutup aurat yang mana menjadi kewajipan, memberus gigi kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w , makan sarapan kerana ingin membantu kita bekerja seharian untuk mendapat redha Allah, menaiki kenderaan untuk menuju ke tempat belajar atau kerja semata-mata untuk mencari ilmu atau nafkah yang memang wajib ke atas kita, dan pelbagai lagi perkara harian yang biasa kita buat, jika dibetulkan niatnya, nescaya kita akan mendapat pahala dengan begitu mudah sekali.

Kita telah bincangkan tentang ‘adat yang menjadi ‘ibadat. Bagaimana pula jika ‘ibadat itu pula menjadi ‘adat?
Ya. ‘Ibadat menjadi ‘adat. Ini boleh diberi dua penjelasan berbeza.
‘Ibadat menjadi ‘adat dalam erti kata berunsur kebajikan ialah apabila seseorang itu menjadikan segala ‘ibadatnya itu sesuatu yang sentiasa dibuatnya sehari-hari, dan erti ini amat digalakkan oleh Islam. Biarpun amalan ibadat itu sedikit, namun jika dibuat setiap hari, ’seperti adat’ , amat disukai Allah swt.
Sabda Nabi s.a.w : dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhary no. 5413

وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ

(Dan amalan yang paling disukai oleh Allah itu ialah yang sentiasa dibuat walaupun sedikit.)

‘Ibadat menjadi ‘adat dalam erti kata yang lain pula ialah apabila ‘ibadat yang dibuat setiap hari itu hanya dibuat sebagai perkara biasa seharian, tanpa mengingati bahawa perkara itu adalah ‘ibadat. Pelik?

Lihat sahaja apabila seseorang itu hanya solat setiap hari hanya kerana sudah jadi jadual di tempat belajar atau kerjanya. Atau pergi masjid kerana orang lain pergi masjid. Atau sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa amalan ibadat yang menjadi adat dalam erti kata yang kedua ini diganjarkan pahala, namun ibadat itu lebih bermakna jika kita benar-benar melakukannya kerana ingin ganjaran dari Allah subahanahu wa ta’ala, bukan hanya sekadar perkara biasa atau ‘adat.

Mari kita lihat contoh-contoh yang akan ku beri ini, dan lihatlah adakah perkara itu adat atau ibadat?

-Di Kuwait, dalam solat, kebiasaannya seorang imam yang solat akan membaca al-Fatihah dengan cepat, sehingga kadangkala tak sempat aku habiskan walaupun lima ayat dari al-Fatihah, lalu si imam terus ruku’.
Di Malaysia pula adalah sebaliknya , yang mana kebiasaannya, seorang imam atau yang solat membaca al-Fatihah dengan perlahan, oleh sebab itu jika aku contohnya, menjadi imam di hadapan orang Kuwait, mereka akan merasakan aku baca agak lama dalam al-Fatihah, sedangkan itu adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia -contohnya-.
Padahal itulah yang amat digalakkan oleh Islam, iaitu membaca al-Fatihah dengan sempurna dan menghayati maknanya, bukan seperti membaca surat khabar!
Pada pendapat anda, ini ‘adat atau ‘ibadat?

- Di Kuwait, biasanya Imam akan ruku’ panjang, terutamanya pada rakaat pertama.
Di Malaysia pula , -apa yang ku lihat- banyak imam yang aku solat di belakang mereka, ruku’nya amatlah pendek, sehinggakan ramai jemaah di belakangnya tidak sempat menghabiskan rukun toma’ninah pada ruku’ itu, yang mana jika tidak sempat toma’ninah dengan ruku’ imam di rakaat pertama, rakaat itu tidak dikira. Natijahnya, jika makmum itu tidak menambah satu lagi rakaat, solatnya tidak akan sempurna.
Padahal, ruku’ panjang itu adalah salah satu perkara yang digalakkan ketika solat.

Jadi di Kuwait, al-Fatihah pendek, ruku’ panjang.
Di Malaysia, al-Fatihah panjang, ruku’ pendek.
Alangkah baiknya jika al-Fatihah dan ruku’ itu kedua-duanya panjang, kan lebih afdhal?
‘Adat atau ‘ibadat?

- Di Kuwait, kebiasaannya akan ada jemaah kedua di belakang, apabila solat berjemaah dengan imam masjid telah tamat, dan perkara ini amat biasa di sini bahkan orang di Kuwait memang berlumba untuk berjemaah tak kira di mana jua, hatta di pasar raya besar.
Di Malaysia, apa yang sering ku lihat – bukan sentiasa-  , apabila solat jemaah telah habis, orang yang lewat akan solat sendiri, bahkan kadang-kadang menolak untuk berjemaah di belakang. Lebih-lebih lagi di lapangan terbang atau pasaraya besar. Banyak yang lebih suka solat sendiri. Alangkah moleknya jika diminta seorang menjadi imam, kan banyak pahalanya? Solat jemaah lebih afdhal daripada solat sendirian dengan 25 darjat, atau 27 darjat , dalam satu hadis yang lain.
Adakah anda rasa ini ‘adat atau ‘ibadat?

- Di Kuwait, sebagai contoh, pada bulan Ramadhan, solat tarawih 10 malam terakhir adalah ibadat yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat di Kuwait. Kita boleh lihat di masjid-masjid, yang mana bilangan jemaahnya akan menjadi lebih ramai daripada biasa.
Di Malaysia pula, di sebahagian masjid, seperti juga di masjid dekat rumahku di Melaka, sebaliknya akan berlaku. Semakin sedikit pula jadinya, kerana ramai telah mula sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ini anda rasa ‘adat atau ‘ibadat?

- Di Kuwait dan Malaysia, kedua-duanya sekali, apabila masuk sahaja Ramadhan, akan bermulalah ‘pesta makanan’ besar-besaran, seolah-olah Ramadhan ialah bulan makanan, bukan bulan puasa!
Ini ‘adat atau ‘ibadat?

Banyak lagi perkara lain yang jika kita perhati, nilai ‘ibadat itu tidak lagi diambil kira oleh kita. Bahkan menjadi ‘adat biasa sahaja. Sungguh rugi.

Marilah sama-sama kita renungkan kembali perkara ini, dan renung kembali juga petikan daripada hadis Nabi s.a.w dalam sohih al-Bukhory no. 5413 atau 5524 di atas tadi (boleh dirujuk untuk melihat kisah asal hadis ini ) :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ

Yang bermaksud : ( Wahai kaum sekalian.. beramallah dengan apa yang kamu mampu. Maka sesungguhnya Allah tidak akan jemu (yakni tidak akan menolak amalan – dalam satu tafsiran – ) selagi kamu tidak jemu (dalam membuat ibadat ) , dan sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang sentiasa dibuat walaupun sedikit )

Aqulu qauli haza, wa astaghfirullah al-’adzim li wa lakum.

Dan aku berlindung dengan Allah daripada mengatakan yang batil.

Innahu waliyyutaufiq wal hidayah ila sawaa-is sabil.

Wallahu a’lam.

Dikirim dalam Inspirasiku | 1 Komen »

Video presentation for Umrah 1430

DIkirim oleh qafmimra di Mei 12, 2009

Di sini aku letakkan video persembahan tentang rombongan Umrah 1430H – Umratun Nur , yang aku sertai hujung bulan 3 hari tu..

Video ni telah ditayangkan di Majlis Penutupan Program Hostel Shuwaikh, Kuwait University, pada 10.5.2009 yang lepas.

Katanya dibuat oleh seorang yang bernama : Abdullah Hamadah… aku tak kenal…

Saksikan… 6.57 minit jek..

Dikirim dalam Inspirasiku | Leave a Comment »